Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti
December 3, 2011 by Dudi
Filed under News1, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Berikut lafas ikrar setia kepada parti,
Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.
Ikrar itu berbunyi: “Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
“Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberik
an sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.
“Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.
“Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.
UMNO persiap jentera tawan semula negeri pembangkang: Najib
December 3, 2011 by Dudi
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
KUALA LUMPUR, 03 Dis : UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) sedang mempersiapkan jentera bagi mengambil alih negeri yang kini ditadbir kerajaan pembangkang.Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata sekiranya BN mahu mengambil alih negeri terbabit, jentera yang dipersiapkan perlu hebat berbanding biasa.”Kita yakin boleh menang.
“Tetapi kita tidak boleh memandang ringan kepada negeri pembangkang,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Zahirkan hasil kajian bahawa BN kembali disokong pada PRU-13
December 3, 2011 by Dudi
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
KUALA LUMPUR 3 Dis. — Hasil kajian empirikal yang membayangkan sokongan rakyat telah kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diterjemahkan anggota Umno dengan kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu, semua anggota parti harus bekerja keras bagi memastikan sokongan tersebut terus kekal bersama UMNO dan BN apabila pilihan raya berlangsung.
Katanya, berdasarkan kajian oleh panel pemikir yang diarahkan Pas Pusat, sebanyak 56.1 peratus setuju DAP cuba menghakis Ketuanan Melayu serta DAP merupakan parti cauvinis.
“Dari kajian tersebut juga, sebanyak 54.2 peratus bersetuju UMNO membela hak dan ketuanan Islam, serta 54.1 peratus bersetuju Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) berjaya memulihkan kembali sokongan rakyat yang terhakis dahulu,” katanya semasa menggulung perbahasan, pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Beliau berkata, kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali yakin dengan prestasi BN masa kini.
“Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.
“Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus pada tahun lepas,” katanya.
Zahid berkata, berdasarkan keputusan kajian terbabit, potensi UMNO dan BN untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang amat besar.
“Potensi tidak ada hanya pada Presiden, atau Timbalan Presiden, atau Naib-naib Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi, atau Menteri, potensi ada pada kita semua termasuk pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan,” katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada ‘tentera baru’ UMNO dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.
“Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka.
“Kita mesti akui peranan media baru sebagai alat komunikasi penting masa kini, dan ia boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti memerintah negara,” katanya. — Bernama
Perhimpunan berjaya, petunjuk kepada pemulihan parti: Najib
December 3, 2011 by Dudi
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
KUALA LUMPUR, 03 Dis : Datuk Seri Najib membuat penilaian bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 sebagai berjaya dan menunjukkan tanda pemulihan semula parti selepas pilihan raya ke-12 lalu.
Presiden UMNO berkata, semangat yang ditunjukkan di kalangan perwakilan memberangsangkan dan tahap keyakinan itu dapat memastikan kejayaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup perhimpunan agung parti 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Pupuk budaya fikir dan debat secara sihat – Rosnah Shirlin
December 3, 2011 by Mail
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
Itu adalah antara sebahagian cadangan Puteri UMNO dalam usaha menswadayakan hak rakyat dan mendahulukan keperluan mereka, katanya semasa menggulung perbahasan Pergerakan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Rosnah berkata, pergerakan itu yang mewakili tiga kelompok iaitu golongan muda, wanita dan golongan penentu, dengan 365,108 anggota, akan terus mendampingi generasi muda dan merekayasa media baru sebagai senjata.
“Kalah pilihan raya ini bukan sekadar kita hilang majoriti, tetapi kita mengiyakan perjuangan nenek moyang kita dipijak, dihina, dibunuh, dikubur dan ditalkinkan oleh pembelot dan pengkhianat bangsa,” katanya. — Bernama
Wanita UMNO ikrar jadikan 222 Parlimen kubu kuat BN
December 3, 2011 by Mail
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
KUALA LUMPUR 3 Dis. — Pergerakan Wanita UMNO berikrar menjadikan semua 222 kawasan parlimen sebagai kubu kuat jentera Wanita Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera sayap itu akan berganding bahu dengan semua pergerakan UMNO dan parti komponen peringkat cawangan dan bahagian bagi memastikan matlamat itu tercapai.
Tugas dan amanah yang diberi oleh parti akan Wanita UMNO laksanakan dengan penuh komitmen bagi memastikan BN mencatat kemenangan hebat pada pilihan raya umum akan datang ini, kata Shahrizat semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.
“Wanita tidak rasa gentar, walau halilintar membelah bumi, walau badai melanda lautan, walau ribut meruntuhkan belantara, walau taufan melanda desa, namun perjuangan parti tetap kami teruskan,” katanya.
Shahrizat juga mengulangi ikrar Wanita UMNO untuk terus taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya.
“Kepada (isteri Perdana Menteri), Datin Seri Rosmah Mansor, Wanita ingin merekodkan ucapan terima kasih dan tahniah atas ketabahan dan kesabaran membantu dalam perjuangan pembangunan wanita dan keluarga di bumi yang bertuah mahupun di peringkat global, selain daripada menjaga big bos kami dengan begitu baik sekali,” katanya. — Bernama
Kerjasama erat calon, jentera wujudkan wining party – Khairy
December 3, 2011 by Mail
Filed under Articles, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
KUALA LUMPUR 3 Dis. — Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditentukan oleh jentera parti bekerjasama erat dengan calon boleh menang, dan seterusnya mewujudkan parti yang menang pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, faktor calon boleh menang semata-mata belum tentu menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada jentera pilihan raya parti di kawasan masing-masing.
“Peringatan kepada kita semua, calon boleh menang itu seorang sahaja bagi setiap kawasan, setiap kerusi… kalau nak harapkan calon boleh menang bawa diri sendiri, bawa badan dia sahaja, dia tidak boleh menang.
“Kalau sekiranya calon boleh menang itu hanya atas kertas, seorang diri hebat, (dia) tidak akan menang kalau tidak mendapat sokongan jentera-jentera UMNO, orang UMNO yang tidak bernama, yang tidak ada jawatan, yang bertungkus lumus kempen siang malam membantu beliau, dia akan jadi calon kalah,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini.
Beliau berkata, UMNO kini telah mempunyai formula winning Prime Minister (Perdana Menteri yang menang) dan ”winning candidate” (calon yang menang) serta perlu diperkasakan dengan tekad dan perpaduan ampuh anggota UMNO di setiap peringkat untuk mewujudkan winning party parti yang menang. — Bernama
Antara cadangan, teguran dan harapan
December 3, 2011 by Dudi
Filed under PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011, web/blog
Parti perlu senjata lengkap
USUL ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 diluluskan semalam, selepas dibahaskan panjang lebar oleh 15 pembahas dengan pelbagai cadangan, teguran dan harapan. Dengan lulusnya usul itu, bermakna setiap kandungan ucapan dasar Presiden UMNO itu boleh dianggap sebagai sebahagian ‘dasar’ parti.
Seperti perhimpunan agung UMNO sejak ditubuhkan pada 1946, ucapan dasar dijadikan ‘sepak mula’ kepada setiap perbincangan berpandukan tuntutan semasa. Kandungan ucapan dasar presiden dijadikan ingatan dan panduan kepada setiap ahli parti untuk menghadapi masa depan dalam apa juga cabaran dan dugaan. Pastinya 10 kronologi penting peristiwa yang membabitkan UMNO menjadi kandungan ucapan dasar lima presiden terdahulu. Ucapan dasar Presiden biasanya diterjemah kepada tindakan.
Sebagai Presiden UMNO hari ini, Najib tentunya dapat merasai denyut nadi dan menjiwai setiap masalah yang wujud dalam parti. Dengan pelbagai maklumat yang beliau terima dan kumpul dari pelbagai sumber, Najib dibantu Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada pada kedudukan yang selesa untuk membuat apa juga keputusan. Perhimpunan Agung UMNO ialah platform penting untuk beliau melihat dan mengkaji semula setiap maklumat yang berada dalam fikirannya kerana ia adalah maklum balas daripada akar umbi.
Pembahas sudah pun memberi sumbangan mereka dengan mengupas kandungan ucapan, memberi pandangan, teguran dan harapan sejak kelmarin dan diteruskan semalam. Banyak peristiwa pada peringkat akar umbi yang mungkin kecil bagi pimpinan Pusat tetapi membara pada peringkat bawahan, dibangkitkan untuk pemerhatian pucuk pimpinan dengan mengharapkan ia disusuli tindakan. Jika, bantuan yang diperlukan, UMNO sebagai parti yang menjuarai hasrat rakyat, perlu berada di barisan depan menghulurkan bantuan. Jika UMNO diminta menggempur kubu pembangkang berikutan serangan yang mereka lakukan, UMNO tidak boleh lengah lagi mengerahkan jentera untuk bertindak segera mematahkan serangan.
Seperti diramalkan, sehingga perbahasan ditutup, pembahas menyentuh pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Presiden parti.
Meskipun Najib menyentuh pelbagai isu membabitkan perjuangan UMNO, isu yang paling dominan dan menarik perhatian mereka ialah mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini mudah difahami kerana ia adalah penentu kepada kelangsungan UMNO yang pastinya memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan negara. Tambahan pula ramalan bertiup kencang pilihan raya sudah hampir di depan mata. Semangat mereka begitu membara untuk mempertahankan kuasa dengan mengingatkan rakyat mengenai jasa yang sudah UMNO curahkan.
Sudah tentu perkara yang dibangkitkan ramai pembahas ialah kriteria ‘calon yang boleh menang’ dan perkara berkaitan dengan pilihan raya.
UMNO tentunya tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi, jika calon yang dipilih itu difitnah, UMNO perlu mempertahankannya. UMNO juga perlu memastikan setiap calon yang dipilih benar-benar memahami cita-cita dan perjuangan matlamat dan perjuangan UMNO. UMNO tidak seharusnya tersalah pilih.
Mungkin, Najib akan menjawab segala persoalan ini sewaktu penggulungan hari ini atau beliau masih mahu menunggu waktu yang lebih sesuai.
Setiap mereka yang sebelum ini bersikap menikam dari belakang dan belot, perlu dinyahkan. Daripada kandungan ucapan pembahas, mereka banyak menyentuh isu yang sememangnya menjadi perkara yang perlu diberi perhatian segera. Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib pastinya menjadikan perhimpunan ini sebagai penunjuk untuk beliau membuat penilaian bagi mencongak tarikh pilihan raya. Jika melihat ‘mood’ perhimpunan ini boleh menggerakkan momentum pilihan raya, bermakna PRU-13 akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Perhimpunan Agung UMNO ini juga menjadi platform beliau menilai adakah UMNO dan BN benar-benar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sewaktu pentas dibuka sebaik saja usul ucapan dasar Presiden UMNO dicadang oleh wakil Kelantan dan disokong Pergerakan Pemuda UMNO kelmarin, pembahas seolah-olah tidak begitu selesa kerana mereka mungkin mendapati isu di depan mata begitu kritikal menyebabkan mereka terlalu berhati-hati mengatur kata-kata dan kebanyakannya membaca teks ucapan. Namun, sebaik saja gelanggang dibuka untuk hari kedua semalam, perbahasan menjadi rancak kerana pembahas sudah pun mendapat rentak untuk membangkitkan isu yang dianggap panas. Pembahas tidak lagi berselindung dan membangkitkan perkara yang boleh melemahkan parti.
Wakil Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, umpamanya, tanpa segan silu membangkit soal ahli UMNO yang belot. Mungkin golongan ini sewaktu pilihan raya umum 2008, bukan saja tidak menyokong UMNO tetapi menghasut pengundi supaya tidak mengundi calon BN. Jika beliau merujuk kepada Pulau Pinang, negeri itu sudah pun jatuh ke tangan pembangkang diterajui DAP. Menyifatkan mereka ini sebagai musuh dalam selimut, beliau mendakwa mereka ini masih bersama UMNO. UMNO perlu bertindak segera. Masalah di depan mata ialah UMNO dan BN mesti menang dan merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.
Perhimpunan Agung Umno 2011 Masuki Hari Terakhir
December 3, 2011 by Mail
Filed under News1, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
PWTC : 03 Dis. – Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir, Sabtu disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.
Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).
Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya Sabtu.
Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan
December 3, 2011 by Ainaa
Filed under Berita Bergambar, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
Kuala Lumpur, 2 Dis. – Majlis makan malam bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan diadakan di Park Royal Kuala Lumpur malam tadi .
Lebih 250 perwakilan dan pemerhati serta anak anak Negeri Sembilan yang bekerja di bandar Kuala Lumpur ini turut hadir.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan memilih konsep makan malam secara buffet supaya lebih santai serta memudahkan semua tetamu untuk bergerak dan beramah mesra sesama mereka.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Dato Nasarudin UMNO Tampin kerana membahaskan usul dengan baik sekali mewakili Negeri Sembilan dan Puan Wan Salwati Hj Abdullah Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban merangkap EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Majlis makan malam yang diadakan turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Negara dan Datuk Razak Mansor Speaker Dewan Undangan Negeri.
Oleh : rara@n9kini.com































