MB yakin pasukan bolasepak Negeri Sembilan ke perlawanan akhir dan “Crisis Management Team” telah ditubuhkan untuk menangani jenayah

October 19, 2011 by  
Filed under Berita Bergambar, Jejak Usaha MB

SEREMBAN, 19 Okt. –  Kejayaan pasukan bola sepak Negeri Sembilan mendapat 4 gol ketika bertemu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,  Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan memberi maklumbalas positif pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut tentang perlawanan itu, beliau amat bersyukur setelah perlawanan yang diadakan di tempat lawan itu berpihak k epada Negeri Sembilan dengan kedudukan yang selesa 4-2 .

Beliau yakin pasukan Negeri Sembilan dapat melayakkan diri ke peringkat akhir kerana pemain-pemain mempunyai kualiti yang baik dan turut memberi komitmen yang tinggi dalam pasukan.

Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan pemain-pemain supaya dapat menunjukkan persembahan yang konsisten pada perlawanan seterusnya  bagi melayakkan diri ke pusingan akhir di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober ini.

Mengenai ganjaran, beliau menjelaskan bahawa tiada janji yang ditaburkan kepada pasukan namun beliau tetap tidak akan lupa dan menghargai setiap kejayaan yang dicipta oleh pasukan Negeri Sembilan.

Sementara itu mengulas mengenai penyalahgunaan kafe siber dengan kegiatan perjudian haram di Negeri Sembilan semakin berleluasa. Premis ini bukan hanya terdapat di bandar malah juga terdapat di taman-taman perumahan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan memberikan penekanan mengenai   isu yang menjadi masalah dalam masyarakat.

Beliau berkata, “dasar NKRA yang ditubuhkan oleh kerajaan berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Kadar pengurangann indeks jenayah jalanan di Negeri Sembilan hampir kepada 30 peratus.”

Menurut beliau lagi, satu pasukan yang dipanggil  “Crisis Management Team” telah ditubuhkan di Negeri Sembilan khas untuk tindakan bersepadu bagi menangani kegiatan ini. Pasukan yang akan bergabung adalah Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Sehubungan dengan itu, beliau memberi amaran awal dan menegaskan kepada rakyat supaya tidak terlibat dengan kegiatan haram ini kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan perjudian, kerosakan rumah tangga, peningkatan pinjaman Ah Long, salahlaku pelajar, tunggakan bil-bil semasa dan sebagainya.

oleh : Ainaa

ainaa@n9kini.com

Perpaduan perlu dipupuk supaya rakyat bersatu-padu.

SENAWANG, 15 Okt. – “Rakyat perlu bersatu-padu” ujar TPM di majlis beramah mesra bersama rakyat di rumah pangsa Senawang 2, Sri Mawar di sini, hari ini.

Seramai 5 ribu orang turut menghadiri  majlis penuh bermakna itu untuk menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhiyuddin Yasin. bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Rumah pangsa Sri Mawar yang dibina pada tahun 1991 itu kini berusia 20 tahun dan terdapat 70 buah blok yang didiami oleh rakyat Senawang perlu kan bantuan untuk dibaik pulih.

Oleh itu Tan Sri Muhiyuddin Yasin. telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM3 juta untuk menyelia dan membaikpulih  rumah pangsa berkenaan serta mengecat semula bangunan dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Beliau juga menegaskan agar  rakyat tidak termakan dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan soal kewangan kerajaan.

Katanya lagi, belanjawan 2012 adalah belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas bermesra dengan rakyat di kawasan rumah pangsa Seri Mawar Timbalan Perdana Menteri  turut membuat lawatan ke rumah pangsa yang terpilih dan diiringi oleh Menteri Besar, Dato’ Sri Utama Haji Mohamad Bin. Haji Hasan dan pengerusi penduduk rumah pangsa.

Oleh: Ainaa

Ainaa@n9kini.com

Dasar 1 Murid 1 Sukan melahirkan atlit berpendidikan- TPM

October 15, 2011 by  
Filed under Berita Bergambar, Jejak Usaha MB

SIKAMAT : 15 Okt. – Tiga buah Institut Pendidikan Guru ( IPG ) terpilih untuk dinobatkan sebagai IPG Kebitaraan Sukan iaitu IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Tun Abdul Razak. Jelas Timbalan Perdana Menteri dalam majlis pelancaran IPG Raja Melewar.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia hadir merasmikan majlis pelancaran itu diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dalam rangka lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Sembilan hari ini.

Di dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri, beliau  bangga apabila kerajaan mewujudkan dasar 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah, jati diri dan membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

” IPG ini akan menjadi titik tolak dalam pembudayaan sukan dan melahirkan atlit berpendidikan. Disamping itu juga turut melahirkan jurulatih-jurulatih sukan dan pegawai teknikal” ujar beliau.

Menyentuh mengenai   subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu , dalam program berasingan , pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar beliau menyifatkan peralihan pembelajaran sebagai satu langkah yang tepat.

Di dalam majlis berkenaan warga pendidik bersama TPM, beberapa soalan diutarakan kepada beliau mengenai elemen atau sistem yang boleh diubah dalam konteks pembelajaran dan sukan.

Cadangan turut diberikan oleh wakil pendidik seperti calon-calon yang menduduki peperiksaan awam sewajarkan boleh di ambil jika kehadiran melebihi 80% mengikut contoh dari universiti-universiti di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.

“Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil.”

Sementara itu di dalam ucapan Menteri Besar, beliau amat berbesar hati menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri di Negeri Sembilan

Kata beliau lagi “sukan di negara kita semakin merosot maka kita perlu memperkasakan usaha untuk melahirkan atlit-atlit yang akan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa “.

Penyerahan Plak Pelancaran yang telah ditandatangani oleh TPM diserahkan kepada Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pengarah IPG Kampus Perlis, En. Tan Ying Kee, dan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak, En. Rijeng anak Jahet.

TPM melawat pameran dan aktiviti “Walk About” diiringi Menteri Besar, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Rosli Bin Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Ghafar Bin Mahmud dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Datuk Dr. Haili Bin Dohlan.

oleh: Ainaa

Ainaa@n9kini.com

Tanda terima kasih dan hadiah buat presiden PBNS adalah kemenangan

October 13, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB, News1

Negeri Sembilan masih ada  90 minit lagi di stadium Paroi malam esok dan kekalahan di Stadium MBPJ  tidak langsung  melemahkan semangat anak buah Azraai, Pasukan bimbingan Azraai perlu melupakan akan kekalahan tersebut walaupun Negeri Sembilan bermain dengan baik tetapi  jentera  serangan Negeri Sembilan agak tumpul sedikit pada malam berkenaan.

Dalam pada itu Negeri Sembilan perlu berhati hati dan jangan memandang pasukan  FELDA UNITED sebagai sebuah pasukan  bertaraf Kelab yang boleh ditewaskan dengan mudah. Mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dalam Liga Malaysia, ditambah dengan kemasukan tiga pemain pinjaman daripada Harimau Muda iaitu D. Saarvindran (HM B), K. Ravindran dan S. Sivanesan (HM A).

Negeri Sembilan  perlu  mendapatkan jaringan awal untuk mengekalkan rentak permainan sebenar dan supaya  tidak bermain dalam keadaan tertekan apabila cubaan demi cubaan yang dilakukan akan mendapat kengkangan dari pihak lawan esok.

Mohd Zaquan Adha walaupun tampak belum bersedia untuk menyarung jersi dan berakis sepenuhnya malam esok boleh memberikan semangat kepada rakan sepasukan sekiranya dia  diturunkan bagi membantu serangan  Negeri sembilan esok namun hanya  Azraai sahaja yang akan menentukan perancangan ini.

Peminat Negeri Sembilan perlu memberikan kepercayaan penuh kepada  Azraai dan juga pasukan Negeri Sembilan berdasarkan rekod Negeri Sembilan yang  sudah 2 kali berturut-turut layak ke pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada 2009 dan 2010 manakala memenanginya pada 2009.

Negeri Sembilan tiada pilihan lain selain dari menang perlawanan timbal balik ini untuk meneruskan perjuangan dan membalas usaha kuat yang dilakukan oleh Presiden  PBNS yang telah banyak memberikan tumpuan kepada pasukan PBNS ini. cara untuk menghadiahkan sesuatu yang berharga dan berterima kasih kepada Presiden PBNS , Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan ialah menang pada malam esok.

Diharap penyokong Negeri Sembilan akan datang beramai ramai untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Hobin Jang Hobin pada malam esok.

sukan@n9kini.com

Shahidan yakin kepimpinannya dalam KOAM masih diperlukan

October 3, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB

KANGAR 3 Okt. – Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yakin kepimpinannya dalam badan sukan itu masih diperlukan walaupun terdapat pandangan negatif berkaitan pembabitan pemimpin politik dalam badan sukan.

Beliau tidak menghadapi masalah memimpin KOAM malah para anggota majlis kesatuan itu sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadapnya, kata Shahidan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas KOAM di sini malam tadi.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim bahawa pemimpin politik tidak seharusnya campur tangan mahupun terbabit menguruskan persatuan sukan di negara ini.

Beliau akan terus memberikan sumbangan kepada badan sukan itu selagi diperlukan, kata Shahidan.

Penduduk Sendayan akan mengecapi pembangunan strategik

September 23, 2011 by  
Filed under Berita Bergambar, Jejak Usaha MB

SENDAYAN, 23 Sept – Suasana perkampungan Sendayan dan pemilikan tanah akan terus terpelihara dan tidak diusik walaupun pembangunan insfrastruktur bandar giat membangun di kawasan sekitarnya. Ini akan menjadikan perkampungan Sendayan sebagai kampung tradisi di dalam bandar kelak.

Menteri Besar yang juga merupakan ADUN Kawasan Rantau,  Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berserta isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin hadir di ’Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gerak Gempur Kebajikan, Sumbangan Anak Pokok dan Bantuan Peralatan Peperiksaan PMR/SPM SMKSS anjuran bersama JKKK Kg Felda Sendayan dan UMNO 3 Cawangan.”

”Agenda pembangunan Kerajaan Negeri terlalu banyak dan sedang giat di merata-rata. Usah lah kita meragam dan mahu mencuba berkerajaan baru kerana tiada lagi janji yang ditunaikan sejak Pilihan raya Umum kedua belas.” Tegas menteri besar.

”dan kerajaan negeri tidak pernah menabur janji, tetapi tuan-tuan dan puan-puan dapat melihat pembangunan di sana sini. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan nilai kan lah sendiri.” kata beliau lagi.

Beliau juga akan memastikan penduduk di Felda Sendayan kekal selesa walaupun ada pihak yang tidak bertanggung jawab datang mengusir.

Kehadiran penduduk kampung Sendayan amat menggalakan dan ini membuktikan bahawa penduduk Felda Sendayan meyakini budi dan bakti pemerintahan kerajaan Barisan Nasional tidak perlu di sangkal lagi.

Turut meraikan kehadiran Menteri Besar dan isteri ialah Encik Wan Shaharudin, Penghulu Mukim Rantau, Puan Juliati Sulaiman, Penolong Pengarah Pertanian Negeri Sembilan.

PM, TPM sertai 4,000 kakitangan di majlis Aidilfitri JPM

September 21, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB

PUTRAJAYA 21 Sept. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai 4,000 kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada majlis sambutan Aidilfitri JPM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Beberapa menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hadir sama pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melawat gerai-gerai makanan yang mewakili 14 negeri di Malaysia.

Najib turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kakitangan JPM yang mencatat keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia 2010. – BERNAMA

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya dua keganasan di Norway

July 24, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB

KUALA LUMPUR 23 Julai – Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan di Oslo serta kejadian tembakan di kem remaja di Utoeya, Norway semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan media hari ini berkata, Kuala Lumpur turut merasa terkejut dan sedih di atas kejadian itu yang sengaja disasarkan kepada orang awam.

Kerajaan turut menyampaikan perutusan takziah kepada kerajaan Norway di atas kejadian yang telah berlaku itu, kata kenyataan itu.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway sedang memantau perkembangan selanjutnya.

“Kerajaan Malaysia berharap agar mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini di bawa ke muka pengadilan.

“Kedua-dua insiden ini menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa akan kepentingan membina kerjasama yang lebih kukuh untuk menghadapi segala bentuk keganasan dan golongan pelampau di atas landasan demokrasi dan kesederhanaan,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, 91 orang dilaporkan terbunuh dalam kedua-dua kejadian itu, termasuk 84 dalam kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki di tempat perkhemahan remaja di pulau peranginan Utoeya. – Bernama

Menteri Besar prihatin dengan nasib yang menimpa pelajar-pelajar SRJK (T), Lobak yang ditimpa bencana alam.

LOBAK : 30 Jun – Menjadi kelaziman kepimpinn kerajaan  Barisan Nasional mengambil berat serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Kearajaan Negeri Sembilan sentiasa peka serta bersedia menghulurkan bantuan kepada semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, kerohanian dan kemanusiaan.

Sekitar pukul 2.00 petang tadi,  Menteri Besar telah meluangkan masa melawat SRJK (Tamil), Lobak yang ditimpa bencana alam baru-baru ini.

Hujan lebat yang disertai dengan ribut  yang berlaku pada 17 Mei 2011 telah mengakibatkan beberapa kerosakan struktur bangunan seperti bumbung atap diterbangkan angin dan kebocoran dinding yang menyebabkan air mengalir.

Keprihatinan Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan tanpa mengira bangsa telah melegakan Pengerusi PIBG SRJK (T), Lobak iaitu En Krishnan Gopal apabila RM10,000.00 telah di peruntukkan bagi membaik pulih kerosakan yang dialami.

Pada tahun lepas, Menteri Besar telah menghulurkan bantuan sebanyak RM56,000.00 untuk menurap jalan dan RM20,000.00 untuk kemudahan insfrastruktur.

Berucap di majlis ringkas yang diaturkan oleh pihak pengurusan Sekolah, Menteri Besar menyatakan keprihatinan serta komitmenya  terhadap pembangunan pendidikan sekolah di Negeri Sembilan adalah perkara serius yang mesti dilaksanakan.

Menteri Besar menjelaskan; ”Saya berharap dengan pemberian sumbangan  ini dan memberi penekanan akademik sepanjang masa, kita akan memperoleh pencapaian akademik yang membanggakan.”

“Malah ianya akan turut meningkatkan prestasi pendidikan SRJK (T), Lobak di masa yang akan datang.” ujar Menteri Besar di akhir ucapannya.

Guru Besar Cemerlang,  SRJK (T), Lobak iaitu; Pn K. Nachi mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga dengan bantuan yang dihulurkan.

Menurutnya,  ketika ditanya pemberita, ”Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan adalah pemimpin yang prihatin dan pantas menghulurkan bantuan. Perkara ini akan meringankan beban kewangan PIBG seterusnya kerosakan struktur dapat dibaiki.”

Ramakrishnan mangsa kebakaran dari Taman Bukit Emas turut menerima bantuan pribadi sebanyak RM1,000.00 daripada Menteri Besar.

Turut hadir ialah Dato’ T. Rajagopalu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan, En Ganesan, Pengerusi MIC Bahagian Seremban dan En Yau, Pegawai Khas BN, Lobak..

Gambar Lain Klik Disini:n9kini.fotopages.com

Muslimat minta satu kerusi parlimen, DUN setiap negeri

June 2, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB

SHAH ALAM 2 Jun – Dewan Muslimat Pas Pusat akan berbincang dengan kepimpinan Pas Pusat bagi merealisasikan cadangan supaya muslimat diberi kuota satu kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan ini akan diperhalusi setiap Badan Perhubungan Pas negeri bagi memastikan calon yang dipilih, bersesuaian dengan kawasan yang ditandingi.

“Sebab kalau nak padankan calon dengan kerusi, kadang-kadang kita ada (calon) muslimat, tapi bukan dari DUN itu, jadi kita nak bawa dari DUN luar adalah perkara yang susah dalam politik.

“Kadang-kadang kerusi itu dah OK, tapi muslimat tempatan tak ada, kena import, itu ada masalah. Kita juga nak kena tengok siapa calon sebelah lawan, banyak faktor yang perlu kita teliti,” katanya kepada pemberita pada Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-51 di sini hari ini. – Bernama

« Previous PageNext Page »