Santai dan selesa
April 2, 2013 by admin
Filed under Uncategorized
Comments Off
PADA hujung minggu, pasti ramai yang mahu bersantai dengan selesa tanpa perlu berkompromi dengan pakaian dan gaya yang mahu dikenakan.
Antara pilihan jenama paling sesuai sudah tentulah Esprit, yang menawarkan keselesaan dalam gaya kasual penuh keremajaan.
Terbaharu Esprit tampil dengan tema Mengembara Penuh Gaya. Tema ini diilhamkan sempena kemunculan koleksi Esprit Musim Bunga/Panas 2013.
Koleksi kali ini memperkenalkan gaya tersendiri dan rekaan unik yang sesuai dipakai dalam setiap majlis yang dihadiri.
Dengan rekaan ini, pengguna Esprit dapat mengekalkan pendiriannya serta mengetahui fesyen tertentu yang dapat membuatkannya berasa selesa dan lebih yakin.
Dikenali dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dengan perincian sempurna, koleksi terbaharu ini menggunakan pelbagai warna, fabrik dan tekstur yang diilhamkan oleh para pelancong dari seluruh dunia.
Selain itu, untuk membangkitkan semangat percutian, Esprit menampilkan warna-warna tanah, alam dan semula jadi seperti merah karang, biru firus dan hijau asid serta banyak lagi.
Esprit Musim Bunga/Panas 2013 ini juga memperkenalkan dua penyeri wajah utamanya iaitu ikon fesyen terkenal yang juga model dan pelakon dari Amerika Syarikat, Dree Hemingway dan model terkenal dari China, Liu Wen untuk berkongsi tip perjalanan mereka.
Mereka juga menunjukkan bagaimana koleksi tersebut sesuai dipakai semasa musim panas.
Antara rekaan utama koleksi ini adalah seluar potongan lurus dengan corak cetakan, kemeja, jaket, topi boling dan jean skinny. Selain itu, lengkapkan penampilan dengan pilihan aksesori perincian logam seperti beg dan tali pinggang.
Koleksi terbaharu ini boleh didapati mulai Februari lalu di semua butik Esprit di seluruh negara.
Corak kekotak klasik
March 18, 2013 by admin
Filed under Uncategorized
Comments Off
Koleksi terbaharu daripada Tudung Kuzie Kuala Lumpur (TKKL), jenama hijab yang kian dikenali ini, tampil dengan corak kekotak yang digabung bersama fabrik polos untuk kepelbagaian gaya pemakaian.
KEKOTAK, corak klasik yang tidak pernah pudar dalam apa juga aliran fesyen dari dahulu hingga sekarang. Sifatnya yang universal membuatkan motif kekotak masuk dalam apa juga gaya sama ada untuk kemeja, blaus mahupun baju kurung. Terkini corak tersebut menular ke koleksi hijab dengan penampilan selendang kekotak eksklusif untuk gaya sederhana yang santai dan tidak keterlaluan.
Menggunakan fabrik lycra benang kapas yang lembut, hijab selendang ini cukup selesa dikenakan dalam apa juga suasana dan cuaca.
Pembantu penyelia butik TKKL, Asmiah Pabang berkata, corak kekotak memberi elemen santai khususnya bagi remaja untuk dipadankan bersama pakaian kasual blaus dan jeans ketika keluar bersiar-siar pada hujung minggu.
Sementara gabungan fabrik polosnya memberi sentuhan lebih eksklusif untuk digayakan ke pejabat, mahupun menghadiri majlis-majlis makan malam, apatah lagi jika disesuaikan cara pemakaian sama ada dililit ke belakang mahu pun disilang di bahagian hadapan.
Hijab selendang sememangnya memberi ruang kepada si pemakai untuk berkreatif dengan gaya tersendiri atau mengikut aliran gaya semasa.
Ketika ini gaya yang digemari remaja adalah lilitan tudung ala Yuna iaitu lilitan longgar di atas kepala atau juga gaya ala Shila iaitu kemas bersilang di bahagian depan,” katanya.
Didatangkan dalam pelbagai warna dan corak kekotak yang menarik, menurut Asmiah lagi, bagi mengekalkan nilai eksklusifnya, setiap warna dihasilkan dalam jumlah yang terhad.
Selendang ini boleh diperoleh pada harga RM50 sehelai sama ada dengan mengunjungi butik TTKL mahupun menerusi laman sosial Facebook di alamat Kuzie Kuala Lumpur.
Gelang penuh makna tersembunyi
March 11, 2013 by admin
Filed under Uncategorized
Comments Off
GELANG merupakan aksesori yang sering dipakai oleh wanita. Namun, ada juga lelaki yang menyarung gelang dalam menggayakan trend yang dipadankan dengan pakaian mereka.
Pelbagai jenis gelang boleh didapati di pasaran sama ada diperbuat daripada besi, mutiara, manik dan sebagainya dengan gaya yang berbeza mengikut selera si pemakai.
Pada tahun ini, trend pemakaian gelang dilihat begitu popular terutama bagi gelang jenis manik berbatu yang mempunyai ikatan yang kemas dan trendy.
Gelang jenis ini bukan sahaja nampak cantik bahkan setiap charm yang ada pada gelang itu memaparkan ciri-ciri yang ada pada si pemakainya.
Ada yang telah siap dan boleh terus dipakai dan ada juga gelang yang boleh dipadankan mengikut mood seseorang dengan ciri-ciri diri mereka sendiri.
Pelbagai bentuk charm kini terdapat di pasaran dengan rekaan seperti watak animasi, sukan, majlis tertentu, buah-buahan dan sebagainya.
Setiap gelang itu boleh menceritakan sesuatu perkara yang mungkin ada pada diri anda. Jadi awas, si dia boleh mengetahui mood anda pada hari itu.
Bagi lelaki pula, gelang yang dipakai boleh memberikan isyarat tersembunyi kepada kamu dengan hanya menunjukkan gelang yang dipakainya.











