Tahun Baru 2012 Bakal Disambut Meriah

December 29, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita

Comments Off

KUALA LUMPUR: 29 Dis – Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan seperti lazim negara akan mengadakan acara sambutan tahun baru yang juga dikenali sebagai “Countdown”, detik.

Sambutan yang acapkali diadakan di beberapa lokasi terpilih sekitar ibu kota kebiasaannya dimeriahkan dengan konsert artis popular tanah air serta warna-warni pertunjukan bunga api dan pelbagai acara menarik lain.

Menurut satu kenyataan i-Berhad, pemaju i-City di Shah Alam, acara Ambang Sambutan Tahun Baru 2012 akan diadakan secara besar-besaran di bandar cahaya digital i-City, Seksyen 7, Shah Alam bermula 8 malam, Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual hadir pada sambutan acara itu, sempena Karnival ‘Sayangi Selangor’ anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor yang diadakan selama empat hari bermula hari ini.

Antara acara menarik yang disediakan termasuk detik bersama Najib, pertunjukan bunga api, belon udara panas, persembahan artis antaranya Najwa Mahiaddin, Suki, Adam serta persembahan lagu 1Malaysia.

Di Dataran Shah Alam, program “Countdown 2012″ akan diadakan pada Jumaat malam dengan aktiviti Solat Maghrib berjemaah, sembang santai bersama Imam Muda Ashraf, Soal Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.

Sementara itu, di sekitar ibu kota, Dataran Merdeka kekal menjadi lokasi tumpuan untuk acara sambutan malam tahun baru apabila Kumpulan Ambank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan konsert Malam Ambang Tahun Baru 2012 bermula pukul 9 malam.

Selain menampilkan artis popular tanah air seperti Datuk M. Nasir, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Awie, Mizz Nina, Kumpulan Hujan dan One Nation Emcees, pertunjukan bunga api juga akan diadakan pada detik pukul 12 malam.

Sementara itu DBKL memaklumkan bahawa Jalan Raja akan ditutup kepada semua kenderaan pada Jumaat ini bermula pukul 7 malam hingga 1 pagi bagi tujuan raptai.

Pada hari Sabtu, jalan tersebut akan ditutup bermula pukul 5 petang hingga 1 pagi, menurut kenyataan DBKL di sini, Rabu.

DBKL menasihatkan orang ramai yang datang ke Dataran Merdeka supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas serta masalah tempat letak kereta.

Lokasi lain sekitar Kuala Lumpur yang terlibat dengan sambutan malam tahun baru 2012 ialah kawasan sekitar Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Di negeri lain sambutan tahun baru 2012 turut diadakan dengan acara dan aktiviti masing-masing.

Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Melaka, Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 akan diadakan di Menara Taming Sari pada Sabtu ini.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, persembahan artis jemputan, konvoi 1000 Ladies Bikers, persembahan lagu-lagu patriotik serta pertunjukan bunga api.

Di Perak, program sambutan tahun baru anjuran Tango Team akan diadakan di Lost World of Tambun bermula 7.30 malam dengan bertemakan alaf 2000. – BERNAMA

Sayangi Selangor mula hari ini

December 28, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita

Comments Off

SHAH ALAM: 28 Dis – Karnival anjuran BN negeri ruang kepemimpinan negara dekati rakyat

PEKERJA membuat persiapan akhir sebelum Karnival Sayangi Selangor di i-City Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

Karnival ‘Sayangi Selangor’ di bandar cahaya digital i-City, Seksyen 7, di sini, yang membuka tirainya hari ini dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung dengan acara kemuncak pada ambang sambutan tahun baru 2012.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata penganjuran karnival empat hari itu cara terbaik untuk memberi peluang rakyat bermesra dan memupuk hubungan lebih rapat dengan barisan kepemimpinan negara.

Katanya, karnival anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor itu membolehkan ibu bapa meluangkan masa bersama anak sambil mengikuti pelbagai acara diadakan termasuk sukan, hiburan pesta kebudayaan, pesta buah-buahan dan jualan besar-besaran kedai rakyat.

“Dalam musim cuti sekolah dan sambutan tahun baru, ibu bapa harus memanfaatkan masa mereka dengan kegiatan berkualiti dan karnival ini tempatnya,” katanya ditemui di i-City, semalam.

Sementara itu, Ketua Urusetia Karnival, Datuk Radin Mokhtar Md Yusof, berkata program karnival itu bersesuaian untuk setiap bangsa dan pelbagai lapisan umur.

“Kita seimbangkan setiap aktiviti dengan peringkat umur seperti forum perdana untuk semua golongan, futsal untuk remaja, permainan untuk kanak-kanak dan tarian poco-poco sinonim dengan wanita berumur.

“Lebih menarik, kami sediakan ruang pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan orang ramai menyemak kesalahan saman dan jika diberi diskaun, itu satu bonus,” katanya.

Antara agensi kerajaan turut serta ialah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Bagi Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal, penyertaan remaja dan belia amat dialu-alukan kerana mereka modal insan penting dan menjadi pemangkin kepemimpinan negara pada masa depan.

“Karnival ini memberi banyak manfaat dan menggunakan sepenuhnya konsep 1Malaysia. Tujuh program disediakan khusus untuk remaja, termasuk futsal, bola keranjang dan persembahan kumpulan muzik di kalangan Pemuda UMNO pada malam akhir karnival.

“Acara lain termasuk pertunjukan belon udara panas, pertandingan kugiran Battle of the Bands, solekan dan ratu muslimah, kejohanan bola keranjang, pertandingan kaligrafi, persembahan Brass Band, pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan serta pengusaha industri kecil sederhana (IKS),” katanya.

Pada malam perasmian karnival oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jam 8.45 malam Khamis ini, pengunjung boleh mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam dibarisi ahli panel termasuk Fathul Bari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan penceramah bebas, Datuk Dr Reduan Tee Abdullah.

Jumaat ini, pengunjung berpeluang merakamkan potret mereka melalu program ‘Sejuta Wajah Rakyat Selangor’ dan gabungan gambar berkenaan akan dihadiahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Karnival julung kali itu akan berakhir dengan sambutan tahun baru 2012 dan pertunjukan bunga api yang akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Perdana Menteri.

Caruman KWSP naik satu peratus

December 28, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita

Comments Off

KUALA LUMPUR, 28 Dis. : Kenaikan bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang RM5,000 sebulan

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dinaikkan daripada 12 kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus itu akan memberi manfaat kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, dengan 92 peratus atau kira-kira 4.9 juta pekerja adalah ahli aktif KWSP, bagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

 Selain itu, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus, manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi meningkatkan simpanan hari tua, kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan dari-pada 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup selepas bersara, malah kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.

‘Usah cuba runtuh perpaduan’

December 27, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita

Comments Off

KAJANG: 27 Dis – Keharmonian kaum perlu diperkukuh sebagai landasan kemajuan negara.
Kekuatan Malaysia yang dibina berasaskan kefahaman antara agama harus diperkukuh dan dipertahankan supaya cita-cita melihat Malaysia menjadi negara maju dalam tempoh 10 tahun menjadi kenyataan.
MUHYIDDIN menikmati kek dihidangkan Ah Kow dan isteri, See Moi ketika mengunjungi keluarga berkenaan sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2011 di Taman Sungai Jelok, Kajang, semalam.
MUHYIDDIN menikmati kek dihidangkan Ah Kow dan isteri, See Moi ketika mengunjungi keluarga berkenaan sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2011 di Taman Sungai Jelok, Kajang, semalam.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai negara yang mempunyai rakyat pelbagai latar belakang kaum, etnik dan agama, perkara paling asas yang tidak boleh diabaikan adalah mewujudkan perpaduan yang kukuh.

Semua agama menekankan kepentingan membantu golongan miskin, si kaya membantu yang miskin dan yang memerlukan kerana ia menjadi asas bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan mewujudkan perasaan saling menghormati antara kaum serta agama. – Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Asas yang kita bina sejak 54 tahun lalu perlu kita perkukuh, jangan ada pihak yang cuba untuk meruntuhkan atau meleraikan segala asas yang dibentuk ini.

“Asas ini dibina di atas kesepakatan dan kerjasama pimpinan yang datang daripada pelbagai kaum, keturunan dan agama khususnya menerusi konsep Barisan Nasional (BN) dalam merangka perjuangan masa depan,” katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Sekolah Menengah Tinggi Kajang di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kerajaan ketika ini memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan masyarakat menerusi program transformasi besar-besaran selain menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dipupuk semua agama.

“Semua agama menekankan kepentingan membantu golongan miskin, si kaya membantu yang miskin dan yang memerlukan kerana ia menjadi asas bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan mewujudkan perasaan saling menghormati antara kaum serta agama.

“Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia dan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan negara menerusi pelbagai langkah transformasi seperti transformasi kerajaan, pendidikan, ekonomi dan politik.

“Peruntukan lebih RM2 bilion untuk membantu rakyat termiskin yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM3,000, selain peruntukan RM100 dan RM200 kepada pelajar menerusi kategori yang ditetapkan, membuktikan kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat,” katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa bangga dengan kehadiran lebih 20,000 pada majlis itu yang disifatkannya sebagai manifestasi sokongan kuat rakyat terhadap usaha kerajaan selama ini.

“Ia diharap memberi petanda baik bagi masa depan negara,” katanya yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 yang bertemakan ‘Harmoni 1Malaysia’ dianjurkan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (kiri); dua Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D’Cruz serta Paderi Poraki Katolik Holy Family, George Harrison.

Terdahulu, Muhyiddin dan isteri, Puan Seri Norainee Abd Rahman mengunjungi rumahpasangan warga emas, Peter Ng Ah Kow, 70 dan Wong See Moy, 71, di Taman Sungai Jelok, Kajang.

“Ini kali pertama saya jadi VIP kerana TPM datang ke rumah saya. Saya tidak sangka sebelum pulang beliau turut bagi wang raya. Ini baru betul kerajaan tolong rakyat,” kata pengumpul barangan lusuh yang menganggap ia sambutan Krismas paling bermakna dalam hidupnya.

Penyatuan Pas-UMNO Dihalang Agenda Politik Pas – Kata Pensyarah

December 26, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita, Politik, Politik Nasional

Comments Off

Agenda politik sempit Pas yang mengatasi kepentingan ummah menyukarkan usaha memupuk kerjasama dan penggabungan antara parti itu dan UMNO, kata seorang penganalisis politik.

Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata kebimbangan Pas terhadap kerjasama sedemikian berpaksi kepada kemungkinan pemimpinnya terpaksa berkongsi tiket untuk bertanding pada pilihan raya umum.
“Jadi  (ini) soal kepentingan sendiri hendak menjadi calon mengatasi kepentingan dan ummah secara umumnya,” katanya dalam satu wawancara khas bersama AntaraPos.com.
Isu penyatuan atau kerjasama UMNO-Pas sekali lagi menjadi fokus susulan pengisytiharan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa Pas tidak patut menolak cadangan itu demi perpaduan Islam.
Malah, Hasan menyarankan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan demi menjadikan kerjasama itu satu kenyataan.
Pendirian Hasan itu dibidas oleh beberapa pemimpin Pas termasuk Naib Presiden Mahfuz Omar dan Setiausaha Agong parti Datuk Mustafa Ali yang menuduh beliau (Hasan) melaksanakan agenda UMNO.
Ditanya kenapa Pas begitu keras menolak kerjasama dengan UMNO, Atory berkata soal pengagihan kerusi pada pilihan raya dan jawatan dalam kerajaan menjadi pertimbangan utama  bantahan itu.
“Yang tidak suka penggabungan ini adalah daripada parti pembangkang. (Ini kerana mereka bimbang) kalau berlaku penggabungan, tentulah kerusi-kerusi yang popular akan diberikan kepada UMNO,” kata beliau.
Beliau juga berkata wujud kebimbangan parti itu tidak akan diberi jawatan-jawatan dalam kabinet dan kerajaan sebagaimana yang dituntutnya jika penyatuan UMNO-Pas menjadi realiti.
Atory mengimbau sejarah Pas yang menyertai Barisan Nasional pada  tahun 1971 tetapi kemudian meninggalkan gagasan itu pada tahun 1978, krisis darurat di Kelantan.
Atory berkata bekas pemimpin Pas Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda sendiri ditempelak oleh parti pimpinannya kerana mahukan kerjasama di antara Pas dan UMNO.
“Asri ditendang keluar sebagai presiden Pas pada tahun 1983, apabila beliau  mengatakan orang Melayu  perlu menyokong dasar-dasar Dr. Mahathir seperti dasar pandang ke timur, dasar pejuangan Islam kerana itu sama dengan dasar perjuangan Islam.
“Datuk Asri kata Pas juga memperjuangkan Islam, hendak memartabatkan orang Melayu dan Islam tetapi orang PAS kata apa? Kalau begitu habislah kita Datuk, habislah peluang kita untuk menjadi wakil rakyat,” kata Atory.
Atory yakin isu pengagihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan mampu di tangani secara bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan Pas sekiranya wujud kerjasama antara dua parti itu.
Beliau berkata Najib tentunya “tidak akan kedekut” dalam isu berkenaan dan akan merujuk kepada pengalaman ayahnya, Allahyarham Tun Razak yang bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri Asri.
” Tun Razak dan Datuk Asri telah membahagi-bahagikan perkongsian kuasa jawatan Menteri diberikan kepada PAS, terutamanya ketika itu Menteri yang melibatkan Felda, duta-duta luar negeri terutamanya negara Islam diberikan kepada Pas, duta IRAN diberikan kepada Pas,” kata beliau.
Beliau berkata pemimpin kedua-dua parti juga di lantik menjadi exco di peringkat negeri contohnya di Kelantan Perak.
Atory menegaskan usaha penggabungan Pas-UMNO ketika ini masih samar kerana PAS berkeyakinan ia mampu mentadbir kerajaan pada masa akan datang.
Beliau menyifatkan pemimpin Pas sebagi “petaruh politik kerana mereka menjangka dengan yakin akan dapat mengalahkan Barisan Nasional,” katanya.
Atory berkata perbedaan pendapat dalam pucuk pimpinan Pas turut menjadi penghalang kepada kerjasama itu,
Beliau berkata walaupun Presiden parti Abdul Hadi Awang bersikap terbuka kepada penyatuan itu namun Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menentang usaha itu.
“Nik Aziz tidak bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Jadi dalam Pas ini saya melihat walaupun Hadi Awang Presiden, tetapi hirarki dalam pimpinan Pas ini juga berbeza,” katanya.
“Jadi pada hari ini apa juga yang saya nampak kesan besar sama ada Pas dan UMNO hendak bergabung atau tidak, di pihak UMNO tiada masalah, sebab UMNO jelas dasar perjuangannya di atas dasar-dasar untuk bangsa, agama dan negara, itu tiada masalah,” ujar Atory.
“Jadi sekarang ini pada PAS, jika Datuk Nik Aziz memberi lampu hijau, saya rasa tiada masalah, hari ini juga boleh mengadakan penggabungan Pas dan UMNO,” katanya.
Antarapos.com

Saya tidak dapat tolong

December 26, 2011 by  
Filed under DUNIA SUKAN, Lain Lain Berita, Sukan

Comments Off

 

SAAT Lee Chong Wei dan Misbun Sidek bersatu sebagai pemain dan jurulatih tidak mungkin bertaut semula selepas pengakuan bekas sifu pemain No. 1 dunia yang tidak dapat membantunya, semalam

 

 

KUALA LUMPUR – Datuk Misbun Sidek menyedari, ada sesuatu yang ‘hilang’ dalam diri bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei kurang lapan bulan menjelang Sukan Olimpik, malangnya tiada apa yang dapat dilakukan untuk membantu pemain No. 1 dunia itu.

Jelas Misbun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memiliki ramai pakar yang lebih layak untuk menentukan apa yang terbaik buat Chong Wei bagi menggapai misi memburu pingat emas Olimpik, sedangkan beliau cuma orang biasa.

Malah jurulatih berpengalaman itu turut menambah, sebagai sebuah organisasi yang besar, BAM mampu menyediakan segala keperluan terbaik buat Chong Wei, manakala bagi dirinya, tanggungjawab terhadap pemain itu sudah selesai sejak beliau melangkah keluar dari badan induk itu, awal tahun ini.

“Kadang-kala saya masih ikut perkembangan Chong Wei dan selepas sekian lama mengenalinya, firasat saya mengatakan bahawa dia kehilangan sebahagian daripada dirinya dan kerana itu dia mudah hilang fokus hingga tidak dapat memberi permainan terbaik.

“Apa yang menjadikan dia begitu, saya tidak tahu, lagipun ia bukan tanggungjawab saya untuk menjawabnya. Anda kena tanya kepada jurulatih Chong Wei, saya cuma seorang kawan buatnya, jadi sebagai kawan saya hanya boleh lihat dia bermain dan berharap dia menang,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir Kejohanan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri 2011 di Kelana Jaya, semalam.

Sambil menyuarakan rasa simpati terhadap apa yang dialami Chong Wei, Misbun turut mengingatkan BAM, bahawa mereka perlu segera mencari penyelesaian kerana tugas menyiapkan juara Olimpik tidak mudah. “Ia bukan kerja yang kita boleh secara ‘cincai’, mereka kena betul-betul ada program yang tepat dan serius.”

Malah ketika ditanya, apakah pendiriannya andai Chong Wei benar-benar menginginkan beliau kembali untuk membantu menggalas misi Sukan Olimpik, Misbun menegaskan, beliau langsung tidak mahu memikirkan perkara itu.

Biarpun mengakui ada beberapa kali bertemu juara All England itu tahun ini, namun pertemuan tersebut sekadar pertemuan antara dua kawan lama, dan beliau tidak menyentuh mengenai badminton atau apa yang dilakukan Chong Wei di atas gelanggang.

Tanpa dapat dipastikan mengapa Misbun tampak cukup berat untuk kembali bergabung dengan bekas anak didiknya itu, namun kata-kata yang diungkap jurulatih berusia 51 tahun itu meninggalkan sedikit persoalan, apakah beliau sudah serik untuk kembali ke pangkuan BAM.

“Perkara ini (permintaan Chong Wei) sebenarnya tidaklah susah sangat, tetapi hendak membersihkan ‘keladak’ itu yang susah. Ketika saya hendak keluar dulu, ada keladak yang kena dicuci, kemudian ia bersih dan perlu dicuci semula.

“Jadi sejak itu, saya langsung tidak mahu memikirkan tentangnya. Saya selesa dengan kehidupan saya sekarang, saya menyibukkan diri dengan macam-macam aktiviti dan sekali sekala saya bantu Nusa Mahsuri dalam program pembangunan pemain remaja,” katanya lagi.

Persiapan Chong Wei, 29, untuk menghadapi Olimpik menimbulkan kerisauan selepas gagal melayakkan diri ke final dalam tiga kejohanan terakhir yang disertai, Terbuka Hong Kong, Terbuka China dan Siri Super Masters Akhir.

Destinasi 5: Kem D’Agroloka

December 26, 2011 by  
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita

Comments Off

JELEBU, 21 Dis. – Kem D’Agroloka merupakan sebuah dusun yang dibangunkan dan diselia oleh pemiliknnya sendiri iaitu Dato’ Shamsul Bahari bin Mat. Kem D’Agroloka dibangunkan untuk menjadi kem bagi menganjurkan  program-program berasaskan motivasi serta latihan jati diri.

Keluasan tanaman di Kem D’Agroloka adalah seluas 20 ekar dan hampir 650 pokok  tanaman pulasan serta buah-buahan yang lain seperti manggis, dokong, durian dan rambutan di tanam di Kem D’Agroloka.

Untuk melawat Kem D’Agroloka ini memerluka satu jangka masa untuk  membuat tempahan. Biasanya tepahan selama  3 bulan sebelum tarikh yang ingin dilawati. Ini kerana Kem D’ Agroloko ini sentiasa  mendapat banyak tempahan. Pada tahun 2009 Kem D’Agroloka telah mendapat anugerah daripada birotatanegara.

Kem D’Agroloka juga ada memyediakan kemudahan bagi sesiapa yang ingin membuat aktiviti di sini. Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan ceramah, dewan makan, asrama, surau, tapak perkhemahan dan banyak lagi kemudahan yang disediakan. Segala peralatan yang diperlukan juga akan disediakan oleh pihak Kem D’Agroloka ini.

Kemudahan untuk membuat tempat berkursus, mesyuarat, hari keluarga, majlis perkhawinan dan sukaneka turut disediakan untuk semua jabatan-jabatan kerajaan, NGO, syarikat swasta, universiti, sekolah dan keluarga.

Selain itu, turut juga menyediakan pensyarah, fasilitator, jurulatih dan urusetia yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman.

Banyak juga aktiviti yang boleh dijalankan di sini antaranya night tracking, berakit, river crossing, roda cabaran, terowong katak kongkong serta titian getir.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak di Kem D’Agroloka di talian 013-6102087.

Belia Hargai Usaha Kerajaan Bina Masa Depan Yang Kukuh

December 25, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita

Comments Off

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

“Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.

“Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia,” kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.

Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.

Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.

Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan ‘anti-kerajaan’ seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?

“Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah ‘anti-kerajaan’ seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan,” katanya.

Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.

Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.

Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.

Dalam keadaan Malaysia boleh menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sekarang, pembangkang memang tidak melepaskan peluang mendakwa bahawa golongan belia kononnya bersama-sama dengan perjuangan mereka walaupun hakikatnya hanya segelintir belia terlibat.

Pekerja swasta, Noorazmi Mohd Radzi, 29, berpendapat pembangkang menggunakan pelbagai kaedah bagi menyokong dakwaan mereka itu termasuklah dengan mengketengahkan belia dalam demonstrasi jalanan baru-baru ini dan juga siswa yang menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Mereka berharap dapat mempengaruhi belia lain, supaya terikut-ikut kerana kononnya tindakan itu ‘trendy’. Mereka juga menggunakan laman web untuk menonjolkan kononnya para belialah yang bersuara menentang kerajaan. Sedangkan mereka sendiri tahu yang terlibat hanya segelintir,” katanya.

“Bukan isu nak tolak kerajaan atau tidak, soalnya sekarang pembangkang kian takut apabila kerajaan kini sedikit demi sedikit berjaya menambat hati golongan muda. Saya orang muda, saya rasa kerajaan yang ada sekarang sudah bagus. Saya tidak akan membakar kelambu kerana marahkan seekor dua nyamuk,” katanya.

“Belia sekarang tak sama macam dulu. Zaman dah berubah dan fikiran belia juga semakin terbuka apatah lagi dengan pelbagai maklumat yang boleh diperoleh menerusi internet. Perdana Menteri perlu menghapuskan nyamuk-nyamuk itu supaya tidak terus menerus memburukkan imej kerajaan di mata belia,” katanya.

Najib pada ucapan Belanjawan 2012 Oktober lepas, telah menyedari perlunya mendidik generasi muda apabila beliau berkata, “Pujangga berpesan agar mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuai kehendak kita sebagai orang muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.”

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.

“Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti. Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.

Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.

“Pemerhatian saya, ramai belia atas pagar berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan mereka peluang pendidikan, kemahiran dan pekerjaan. Cuma mungkin mereka mahukan sistem penyampaian yang lebih memuaskan hati mereka.

“Menyuarakan harapan serupa itu bukanlah bermaksud mereka itu anti-kerajaan cuma harap ia diperbaiki,” katanya sambil menambah jumlah belia di negara ini dianggarkan seramai 11.2 juta orang.

Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.

“Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya. Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang,” katanya.

Jadi, tidak benarlah minat belia terhadap politik sekarang menggambarkan kecenderungan mereka kepada pembangkang?

Siswa sebuah universiti tempatan, yang mahu dikenali sebagai Sera Nadzmi pula berkata puluhan rakannya di universiti memang mengikuti perkembangan politik semasa tanah air termasuk isu-isu yang ditonjolkan pembangkang.

“Isu yang dimainkan pembangkang memang sedap dibaca. Namun kami tidak mudah dibutakan mata oleh isu yang digembar gemburkan itu kerana kami lebih yakin terhadap kerajaan yang ada, yang sudah terbukti memberi perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina masa depan yang lebih baik untuk kami,” katanya.

Katanya, beliau dan rakan-rakannya sentiasa bersyukur dapat menikmati kemudahan belajar di universiti dengan bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), malah disediakan juga peluang pekerjaan, melalui usaha berterusan kerajaan menjamin pertumbuhan ekonomi yang baik, selepas mereka habis belajar.

“Insya-Allah kami akan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, supaya generasi adik-adik kami yang masih dibangku sekolah juga akan turut mendapat peluang yang sama kalau pun tidak lebih baik,” katanya yang akan mengundi buat pertama kali.

– BERNAMA

Destinasi 3: AS Equestrian Centre

December 25, 2011 by  
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita

Comments Off

LENGGENG, 20 Dis. – AS Equestrian Centre adalah distinasi seterusnya peserta Kembara Cuti Malaysia. Di sini terdapat kemudahan menunggang kuda, trek untuk aktiviti ‘Jungle Trekking’, dan padang rumput untuk aktiviti berkuda. Aktiviti di sini dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan menunggang kuda.

Di AS Equestrian Centre juga memberikan perkhidmatan yang lain seperti kelas menunggang kuda, rentas desa & rimba, sewaan kuda, pertunjukan & pameran, latihan kuda dan kursus pengurusan kuda. Waktu operasi untuk menunggang kuda di AS Equestrian Centre bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Setiap hari selasa hingga ahad.

Setakat ini hanya 20 ekor kuda yang ada di AS Equestrian dan bakal membawa masuk beberapa ekor lagi dalam masa terdekat.

Sukan berkuda kelolaan AS Equestrian Centre yang dimiliki oleh AS Resources Services Sdn. Bhd merupakan satu produk baru dalam industri pelancongan di Negeri Sembilan.

Selain itu, AS Equestrian Centre menyediakan perkhidmatan homestay kepada pelanggan iaitu Rawa Homestay. Aktiviti sampingan yang boleh dijalankan di Rawa Homestay adalah pertunjukan kebudayaan, santai rimba, mendaki puncak broga, perkhemahan motivasi dan pesta buah-buahan kampung yang mengikut musim.

Homestay disediakan untuk kemudahan bagi mereka yang ingin bermalam dan menikmati udara segar di kampung. Kedudukkan kampung ini terletak dalam kawasan mukim lenggeng diantara pekan lenggeng dan sungai machang hilir.

Untuk maklumat lanjut mengenai AS Equestrian Centre sila hubungi 013-7579022 (Puan Saadiah) dan 012-7989021 (En.Azwan)

Gambar/laporan: Rara/ Ainaa

Destinasi 4: Mudin Hasan Homestay

December 25, 2011 by  
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita

Comments Off

KUALA PILAH, 20 Dis. – Destinasi diteruskan lagi ke Mudin Hasan Homestay yang terletak di kampung terusan Kuala Pilah. Disini merupakan tempat tinggal pertama bagi peserta program kembara cuti-cuti 1 Malaysia jejak perpatih V ini.

Di homestay Mudin Hasan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan. Antaranya adalah memperlihat bagaimana gula anau dihasilkan, melihat kebun getah serta padi orang-orang kampung, membakar lemang dan masak rendang secara tradisional, mendayung rakit buluh dan memancing pada waktu malam.

Para peserta hanya berkesempatan melihat cara untuk mendapat air sira bagi gula anau dan memancing pada waktu malam. Di sini para peserta mendapat  ibu dan ayah angkat masing-masing ketika tiba di homestay Mudin Hasan.

Tujuan peserta dibahagikan kepada ibu dan ayah angkat adalah untuk para peserta menikmati  suasana di kawasan kampung dan mengeratkan silaturrahim diantara penduduk kampung.

Anizah bt Hasan, 44 dan Adnan bin Bahari, 47 merupakan ibu dan bapa angkat bagi krew N9kini. Mereka sangat gembira akan kehadiran para peserta dan berharap akan ada program seperti ini pada masa akan datang. Mereka juga amat berbesar hati untuk menerima sesiapa yang berkunjung di sini.

Homestay Mudin Hasan menubuhkan kumpulan irama tradisional yang dikenali sebagai warisan bongai. Warisan bongai pada asalnya hanya menggunakan gong, biola dan gebana. Kini pelbagai alat muzik yang digunakan untuk memberikan lebih muzik atau alunan.

Warisan bongai ini terdiri daripada ahli keluarga terdekat yang dikenali sebagai paklong Hasan, mok Rahim, pak ndak Tafa, Jimmy, Mat Ros dan Sahak.

liputan/ gambar : Rara dan Ainaa

« Previous PageNext Page »