Puas uji kemampuan

May 15, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

AERODINAMIK...pandangan sisi.
AERODINAMIK…pandangan sisi.

SELEPAS pelancaran model pertama, Lexus LS 400 pada 1989, jenama itu memasuki hampir 60 negara di seluruh dunia.

Jentera buatan Jepun itu adalah sebahagian daripada kumpulan Toyota yang dicipta untuk mengisi segmen kenderaan mewah bagi bersaing dengan jenama lain dari Eropah.

  • FotoPRESTASI…enjin bersesaran 2,499 cc.
  • FotoMEWAH…ruang kokpit.
  • FotoSELESA…tempat duduk belakang.

Di negara ini, jenama itu sangat popular dengan model kereta utiliti sukan (SUV) membuatkan ia tidak asing lagi malah kerap kelihatan melata di jalan raya.

Sebagai pelengkap, Lexus Malaysia memperkenalkan model terbaru generasi keempat kereta sedan premiumnya melalui Lexus GS.

GS yang bermaksud ‘Grand Touring Sedan’ itu menawarkan pemanduan yang berprestasi dan menyeronokkan.

Model itu turut menjadi penanda aras dengan menerapkan falsafah reka bentuk baru dipanggil ‘L-finesse’ yang tampil lebih canggih dan berani.

Kenderaan yang dibangunkan lebih empat tahun dengan mengharungi perjalanan sejauh 1.6 juta kilometer (km) dilakukan untuk memantapkan lagi tahap kualiti dan prestasinya.

Kali pertama memandu GS 250 Luxury baru-baru ini, ia memberi satu pengalaman berharga buat penulis untuk menguji satu daripada produk Lexus yang menjadi kebanggaan golongan eksekutif.

Walaupun memandu kurang daripada 30 minit di sekitar Cyberjaya bersama media lain, ia memberi kepuasan untuk menguji kemampuannya.

Sebaik duduk di ruang kokpitnya, ternyata Lexus GS ini sehebat model terkenal dari Eropah.

Logo Lexus yang terpapar pada sterengnya menyerlahkan lagi jenama ini untuk tampak eksklusif.

Papan pemukanya dipadankan skrin paparan ‘Electro Multi Vision’ yang bersaiz 12.3 inci dikatakan paling besar berbanding kenderaan lain selain mampu menyalurkan pelbagai maklumat seperti GPS, sistem audio dan kawalan suhu.

Ia juga dilengkapi Pengawal Kawalan Sesentuh seperti tetikus komputer yang terletak pada bahagian konsul tengah sekali gus memudahkan penulis mengendalikan pelbagai sistem tanpa menekan butang atau suis.

Sesuai dengan kenderaan mewah, sistem audionya jenama Mark Levison yang dilengkapi 17 pembesar suara mampu mengeluarkan bunyi mengasyikkan untuk memecahkan kesunyian dan kebosanan memandu.

Kuasa pecutannya sungguh mantap dan sesuai dengan nama singkatannya GS apabila enjin bersesaran 2,499 cc mampu menghamburkan 207 bhp, manakala 253 Nm bagi kuasa kilasnya.

Keistimewaan model ini juga terserlah apabila dipadankan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport yang boleh ditukar dengan menggunakan butangnya.

Paling menyeronokkan pada sesi pandu uji ini, penulis menggunakan mod Sport apabila sistem suspensi dan transmisi ditala untuk pemanduan yang agresif.

Kuasa pecutannya sedikit bertambah untuk memudahkan jarum meter mencapai melebihi tiga angka selain suspensinya sedikit keras bagi memberi pengendalian yang lebih dinamik.

Penulis turut yakin menambahkan kelajuan ketika melalui beberapa selekoh tajam kerana ia memberi ketepatan dan tidak “membuang”.

Sementara itu, jika mahukan pemanduan santai dan menjimatkan minyak, anda boleh menggunakan mod Eco sekali gus sesuai kegunaan dalam bandar atau lebuh raya.

Selepas sesi memandu, penulis merenung seketika melihat reka bentuknya yang tampak dinamik dan gagah.

Pada pandangan hadapan, ia menggambarkan rekaan yang menampilkan imej garang dengan kombinasi lampu berbucu tajam dan jeriji kelihatan unik.

Rekaan terbaru itu yang memaparkan falsafah ‘L-finess’ itu memberi gambaran wajah lebih garang sekali gus menggambarkan identiti keteguhan dan masa depan jenama Lexus.

SPESIFIKASI

LEXUS GS 250 LUXURY 

ENJIN 
Bersesaran 2,499 cc, enam silinder dengan 24 injap

KUASA MAKSIMUM
207 bhp pada 6,400 rpm

TORK MAKSIMUM 
253 Nm pada 4,800 rpm

TRANSMISI 
Enam kelajuan automatik

CIRI-CIRI KESELAMATAN
ABS, BA, VSC, TRC dan EBD.

HARGA
RM398,660 atas jalan tanpa insurans.

TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: ContiSportContact 5

Saiz tayar dicadangkan:
235/45R18 98Y

Prestasi mengkagumkan

May 15, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

pix_middle
 KEHADIRAN kenderaan pikap, Mitsubishi Triton Lite 2.5L Turbo bukan saja menepati kehendak pengguna yang mahukan jentera untuk kegunaan komersial, malah faktor penjimatan bahan api menjadikan model berkenaan pilihan terbaik.

Selepas diperkenalkan hampir lima tahun lalu, model pikap pacuan roda itu tampil dengan sentuhan enjin baru apabila dipadankan teknologi pengecas turbo untuk meningkatkan kuasa prestasinya.

Prestasi enjinnya mampu menghamburkan sehingga 89 Ps dan lebih baik berbanding model terdahulu selain didatangkan dengan wajah segar dengan kombinasi rim aloi baru.

Selain bentuk luaran yang bergaya dan sporty, ruang kabin Triton Lite 2.5L Turbo itu dipadankan dengan warna baru dan papan pemukanya dilengkapi sistem audio pelbagai fungsi.

Walaupun bentuknya sedikit besar dan lebar, ia mampu membuat pusingan di laluan sempit dengan jejari 5.7 meter.

Ketinggian ruang kargo yang sedikit rendah turut memudahkan untuk mengangkat barangan.

Ia juga dilengkapi ciri-ciri standard termasuk dilengkapi tingkap berkuasa elektrik, kelajuan sensitif pengilap cermin depan, sistem pusat pengunci pintu dan lampu utama penghidup auto.

Ciri keselamatannya turut ditingkatkan apabila didatangkan dengan Injap Pengesan Pengkadaran Beban (LSPV) di mana ia berfungsi untuk mengedarkan tekanan brek yang tepat.

Triton Lite Turbo boleh ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu perak dan putih yang dijual RM65,997.10 ke atas jalan termasuk insurans.

Enjin eSP untuk skuter Honda PCX125

May 13, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

MENJADI skuter paling laris di pasaran Eropah pada tahun 2011, Honda PCX125 menggabungkan ciri penggayaan skuter lebih besar, mudah dikendalikan, stabil dan reka bentuk yang mementingkan fungsi.

ENJIN eSP dilihat bakal membuatkan skuter Honda PCX125 bertambah popular.


Bagi tahun 2012 pula, Honda PCX125 menggunakan enjin eSP (enhanced Smart Power) baharu. Enjin satu silinder dengan sistem penyejukan udara itu direka untuk lebih tahan lasak, jimat minyak, berkuasa dan senyap.

Pada tahun 2006, Honda merupakan pengeluar kenderaan pertama yang mengumumkan sasaran pengurangan emisi untuk semua produk dan kilang pengeluarannya.

Honda PCX125 mencipta penanda aras bagi sebuah skuter berkapasiti kecil iaitu praktikaliti, bergaya dan menyeronokkan. Jentera itu dijangka dijual di pasaran United Kingdom mulai musim panas tahun ini. – Newspress

Kereta nasional berinternet

May 9, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

HARI ini, capaian Internet tanpa wayar (Wi-Fi) berkelajuan tinggi boleh nikmati dengan selesa di mana-mana sahaja kita berada.

Akses tersebut biasanya tersedia di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, restoran dan kafe, hotel serta di bangunan pejabat.

Menerusi kemudahan itu, pengguna peranti mobiliti seperti telefon pintar, gajet tablet serta komputer riba boleh melayari Internet dan melakukan kerja-kerja harian mereka dengan lebih lancar.

Melengkapkan atmosfera dunia tanpa sempadan itu, kini rangkaian Internet berkelajuan tinggi bakal disempurnakan pula di dalam kenderaan untuk tawaran akses Internet bergerak.

SYED Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (kiri) dan Yeoh Seok Hong (tiga dari kanan) melancarkan kenderaan nasional terbaru dilengkapi capaian Internet berkelajuan tinggi 4G.

Diperkenalkan oleh syarikat pengeluar kenderaan nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton), model kereta penumpang terbaru Proton P3-21A itu dilengkapi kemudahan rangkaian Internet 4G.

Pembangunan teknologi untuk kereta Internet pertama Malaysia itu merupakan hasil kolaborasi bersama antara Proton dan syarikat pembekal rangkaian 4G terkenal negara, YES.

Kedua-dua syarikat gergasi itu telah mengambil masa selama lebih kurang setahun untuk mengaplikasi kepakaran masing-masing dalam bidang kejuruteraan automotif dan teknologi sambungan Internet mobiliti dalam menghasilkan model kereta canggih dengan spesifikasi tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pengenalan inovasi itu merupakan sebahagian daripada nilai utama yang di beri perhatian oleh Proton dalam setiap pembangunan produk mereka.

”Peranan produk automobil kini telah berubah dengan begitu pantas menerusi pengenalan komponen-komponen sosial dan perniagaan yang diperlukan pengguna.

”Justeru, melalui kemudahan Internet di dalam kenderaan, ia bakal menghubungkan pengguna dengan segala keperluan di mana sahaja lokasi mereka.

”Inisiatif ini juga secara tidak langsung dapat menawarkan pelanggan Proton bukan sahaja kelancaran dan keselesaan kenderaan tetapi juga produktiviti menyeluruh ketika mereka berada di atas jalan raya,” katanya ketika memperkenalkan kenderaan tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau memberitahu, bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin sofistikated, pihaknya bersedia memperluas perkhidmatan tersebut pada model-model terbaru kenderaan masa depan mereka.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YES, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, pihak berbangga dapat bekerjasama dengan Proton dalam merealisasikan inovasi tersebut.

”Perkhidmatan capaian Internet dalam industri automotif hari ini mempunyai kepentingan yang sama seperti fungsi permainan muzik dan penyaman udara.

”Dengan sokongan teknologi Internet berkelajuan tinggi yang ditawarkan YES, pengguna tidak perlu lagi risau tentang capaian liputan tidak kira sama ada mereka berada dalam kawasan bandar mahu pun luar bandar,” jelasnya.

Seok Hong menambah, bagi tujuan merancakkan perkembangan perkhidmatan itu, syarikatnya bersedia memperluas kawasan liputan Internet YES di seluruh negara.

Model terbaru Proton P3-21A itu bakal memasuki pasaran dalam masa beberapa minggu lagi.

Kilang lutsinar

May 9, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

APA perasaan anda apabila melihat deretan kereta tersusun dalam menara berkaca menjangkau ketinggian 40 meter?

Tentu sekali rasa kagum maksimum dan tidak keterlaluan juga mengatakan ia ibarat mesinvending untuk kereta.

Inilah teknologi dalam industri automobil terhebat abad ini yang berlaku di kilang lut sinar atauTransparent Factory Volkswagen yang terletak di bandar Dresden, Jerman.

Kereta yang telah siap dipasang akan disimpan dalam menara kereta (car tower) bercermin dengan ciri binaan berteknologi canggih yang memuatkan kira-kira 280 kereta pada satu-satu masa.

Sebagai pembeli kereta, keterujaan pasti bertambah apabila melihat kenderaan baru anda diturunkan dengan platform khas terus ke hadapan anda.

Malah upacara penyerahan kereta kepada pelanggan juga dilakukan dalam bilik khas tertutup khusus untuk pelanggan saja dan dengan cara cukup simbolik seumpama pelancaran kereta baru di pasaran.

Umpama menyambut kedatangan seorang lagi ‘ahli keluarga’ baru, inilah konsep yang boleh disimpulkan apabila berada hampir seharian di kilang hebat ini.

Proses penghasilan kereta yang dihasilkan di balik cermin pula membolehkan pemilik kenderaan melihat sendiri proses kenderaannya dihasilkan.

Tiada rahsia, semuanya dilakukan secara profesional dan telus yang boleh dilihat menerusi dinding kaca yang memisahkan antara bahagian pembuatan dengan pelawat.

Kilang lutsinar Volkswagen yang terletak di Dresden, Jerman.

Itulah kehebatan teknologi kilang lut sinar yang telah dibina oleh jenama Volkswagen itu.

Kilang yang dalam bahasa Jerman disebut Die Glaserne Manufaktur, adalah inisiatif dan kebanggaan Volkswagen.

Ia sengaja dibina di Dresden, sebuah bandar berusia 800 tahun yang terkenal dengan sejarah, seni dan kraf tangan yang unggul.

Didirikan bersebelahan Sungai Elbe, kilang lut sinar itu dibina untuk pengeluaran kereta mewah Volkswagen model Phaeton.

Menurut Pegawai Perhubungan Media Automobimanufaktur Volkswagen, Christian F. Haacke, kilang itu dibina dengan matlamat untuk melaksanakan penghasilan kenderaan bertaraf dunia.

Malah katanya, ia bukan sahaja merupakan kilang yang canggih, malah dibina dalam persekitaran yang penuh kehijauan dan ketenangan.

“Sebab itu kami mahu memberitahu bahawa dengan datang ke sini, tidak kira sama ada pembeli kereta atau pelancong, mereka bukan sahaja dapat melihat bagaimana model Phaeton dihasilkan, malah boleh menikmati kehijauan taman botani yang ada di sekitar kilang ini,” ujarnya ketika sesi penerangan kepada kumpulan media Malaysia baru-baru ini.

Seramai 12 wakil media telah dibawa eksklusif oleh Volkswagen Malaysia secara ke Jerman. Semuanya untuk melihat sendiri bagaimana kilang itu beroperasi dengan teknologi yang mengekalkan keindahan alam semula jadi.

“Sejak dibuka 10 tahun lalu, kilang ini telah menerima lebih sejuta pengunjung yang terdiri daripada pembeli kereta itu sendiri dan juga pelancong yang mahu melihat kehebatan kilang ini.

DERETAN model Volkswagen yang telah siap diletakkan di menara kereta.

“Boleh dikatakan kilang ini adalah sebagai satu simbol penghargaan terhadap budaya dan teknologi.

“Di bahagian dalam mereka dapat melihat bagaimana kereta dihasilkan manakala di luar kilang pula orang ramai boleh menonton layar gambar dan persembahan budaya dalam suasana sungguh santai di taman botani,” jelasnya.

Kilang yang dibina dengan kos 186 juta Euro (RM754 juta) ini, terletak di kawasan seluas 100,000 meter persegi di tengah-tengah bandar Dresden.

Kedudukannya amat strategik dan berjiran dengan taman botani terbesar, Grosser Garten iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pekan lama bandar berkenaan yang penuh dengan tinggalan sejarahnya.

Jika di Malaysia mungkin agak pelik wujudnya kilang membina kereta di tengah-tengah bandar. Tetapi tidak di Dresden yang membuktikan ia tetap boleh menyeimbangkan antara keperluan teknologi dan alam sekitar.

Yang pasti kehijauan alam sekitar tetap terpelihara sebaiknya tanpa menjejaskan kualiti udara mahupun ketenteraman di sekeliling.

Tampil dengan seni bina moden, kilang yang dibina dengan 27,500 meter persegi kaca itu adalah rekaan arkitek terkenal Jerman, Prof. Gunter Henn yang juga anak kelahiran Dresden dan pereka Autostadt iaitu Bandar Raya Kereta di Wolfsburg, Jerman.

Hampir keseluruhan dinding dibina dengan kaca manakala lantainya menggunakan kayu maple Kanada yang dianggap satu percaturan hebat antara teknologi dengan budaya masyarakat setempat.

Proses menunggu kereta siap pula mengambil masa selama empat hingga lima bulan.

Pada peringkat pertama, pembeli boleh berbincang bersama pegawai di satu ruangan yang cukup selesa, bagi menentukan apa saja daripada warna kereta, kemasan kayu mahupun gentian kaca, fabrik, aksesori seperti rim dan kerusi urut, sistem audio visual hinggalah sistem keselamatan.

Semuanya boleh dipilih atau ditempah khas mengikut cita rasa pemilik kereta.

Selepas itu pemilik boleh memantau pembikinan kereta mereka hinggalah hari kenderaan tersebut siap.

Dalam sehari kilang ini mengeluarkan kira-kira 56 buah kereta yang kebanyakan adalah model Volkswagen Phaeton.

Produksi di sini juga kebanyakannya adalah untuk pasaran tempatan, China dan Korea Selatan.

Selain kawasan pemasangan kereta, kilang itu turut dilengkapi bangunan pejabat, ruang pameran kereta, restoran, bilik tempahan kereta, ruang audio visual, kedai cenderamata dan ruang persembahan kebudayaan.

Ruang memilih rim dan jenis kemasan dalaman kereta yang memang selesa.


Bangunan yang dibina pada tahun 2002 itu mempunyai beberapa ciri unik. Antaranya, lantai di bahagian pembuatan bergerak bagi membolehkan pelawat melihat setiap peringkat proses pemasangan kereta.

Di samping itu, selain bahagian dinding kaca pelawat juga boleh melihat kerja-kerja pemasangan dari ruang pandang tinjau di tingkat dua.

“Kalau pembeli dari Malaysia hendak membeli Phaeton, mereka juga boleh datang ke sini dan melalui proses yang sama.

“Bayangkan saja kereta anda dibina mengikut cita rasa sendiri. Sebagai contoh ada pelanggan yang menambah ruang untuk menghisap cerut dan ada yang mahukan skrin televisyen semuanya boleh dilakukan.

“Pernah ada seorang pelanggan menunggu seawal 6.30 pagi selama tiga hari berturut-turut di kilang ini untuk melihat sendiri keretanya dipasang.

“Apabila disedari pengurusan kilang, pelanggan itu diberikan peluang untuk menurunkan tandatangannya di dalam kereta sebagai identiti khusus keretanya,” kata Haacke

Seramai 500 pekerja di kilang ini dengan 300 daripadanya di bahagian pembuatan, menjadikan kilang produksi di sini cukup efisien.

Di bahagian tertentu, kebanyakan kerja dilakukan dengan bantuan robot manakala sistem pengangkutan kargo menggunakan perkhidmatan kargo keretapi elektrik (tram kargo) selain lori kontena.

Sesuai dengan lokasi yang terletak di tengah bandar, kilang telus ini mengendalikan pemasangan kereta peringkat akhir saja.

Semua proses yang mengeluarkan bau, operasi kilang yang bising, seperti kimpalan dan kerja mengecat dan mengetuk hanya dilakukan di Zwickau daerah yang terletak tidak jauh dari Dresden.

1199 Panigale, ciptaan termaju Ducati

May 3, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

KORIDOR sepanjang 80 kilometer di antara daerah Reggio Emilia dan Bologna di Itali merupakan lokasi kelahiran banyak jenama kenderaan unggul dan eksotik dunia.


Antaranya ialah Ferrari, Lamborghini, Maserati, De Tomaso, Stanguellini, Pagani dan Ducati.

Kawasan yang dikenali sebagai Motor Valley itu dikelilingi oleh ratusan perniagaan kecil dan besar mendokong minat sama. Cinta terhadap prestasi tinggi dan semangat perlumbaan.

Meskipun jenama-jenama tersebut sudah dikenali umum di persada antarabangsa, masih ada juga pengeluar yang berbesar hati menamakan produk keluaran dengan nama kampung halaman sendiri.

Itulah yang dilakukan Ducati terhadap motosikal 1199 Panigale. Jentera berkuasa tinggi berkenaan diberi nama sempena kilang pengeluarannya di Borgo Panigale, Bologna.

Penampilan sulung motosikal terbaharu Ducati itu diadakan sewaktu Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali, November lalu. Tiga varian iaitu 1199 Panigale, 1199 Panigale S dan 1199 Panigale S Tricolore dipertontonkan kepada orang ramai.

Kemunculan produk terbaharu itu menjadi topik perbualan para peminat motosikal serata dunia ekoran pembaharuan yang dibuat oleh Ducati.

“Ia adalah projek paling istimewa dalam sejarah Ducati. Jentera ini menguji kecemerlangan kejuruteraan dan soal emosi produk jenama kami dalam pasaran yang amat berdaya saing.

DARI kiri: Mukhriz, SM Faisal dan Bordiga pada majlis pelancaran 1199 Panigale di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

“Motosikal ini mewakili gaya asli Itali, pusat rujukan berkaitan prestasi dan peningkatan aspek keselamatan untuk pengguna di atas jalan mahupun di litar perlumbaan,” demikian kata Presiden Ducati, Gabriele Del Torchio.

Baru-baru ini, Next Bike Sdn. Bhd. (Next Bike) memperkenalkan ketiga-tiga varian 1199 Panigale untuk pasaran tempatan.

Anak syarikat Kumpulan Naza itu merupakan pengedar dan pengimport tunggal jenama Ducati di Malaysia. Percaya atau tidak, sudah ada lebih daripada 30 tempahan diterima untuk model berkenaan.

Majlis pelancaran 1199 Panigale disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik, Mirko Bordiga dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Casis Monokok

Model 1199 Panigale tidak lagi mengguna pakai kerangka tradisional (trellis) Ducati. Kali ini, kerangka jenis monokok digunakan. Ia membantu mengurangkan berat jentera kira-kira 10 kilogram (kg).

Enjin baharu yang dinamakan sebagai Superquadro dipasang pada model itu. Ia juga berperanan sebagai penghubung lengan ayun, kerangka hadapan dan sub-bingkai hadapan dan belakang jentera.

Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, Ducati 1198 Panigale, enjin Superquadro menawarkan kuasa kuda tambahan sebanyak 25hp. Ketiga-tiga varian 1199 Panigale dilengkapi tiga mode tunggangan iaitu Race, Sport dan Wet.

 

SUSPENSI Ohlins TTX36 yang boleh dilaras secara elektronik.


Bagi sistem suspensi varian 1199 Panigale, Ducati memasang fork hadapan baharu boleh laras jenis Marzocchi 50 milimeter (mm). Sementara suspensi jenama Sachs boleh laras dipasang pada roda belakang.

Untuk varian 1199 Panigale S and Tricolore pula, fork hadapan dan penyerap hentak tunggal belakang melibatkan komponen daripada Ohlins NIX30 43mm dan Ohlins TTX36. Tugas memberhentikan jentera seberat 164kg itu diserahkan kepada brek jenama Brembo.

Roda hadapan dilengkapi dua set brek cakera berukuran 330mm dan angkup Brembo Monobloc M50 empat omboh. Roda belakang menggunakan brek cakera bersaiz 245mm dan omboh berkembar.

Jika melihat model 1199 Panigale tanpa penutup (cover set), anda pasti terpegun dengan kekemasan rekaannya. Boleh dikatakan tidak ada ruang kosong langsung pada bahagian enjin.

Lihat sahaja ekzos model yang melingkar dari atas hingga ke bahagian bawah enjin. Ternyata jurutera-jurutera Ducati melakukan kerja yang cukup teliti dalam rekaan dan pembangunan 1199 Panigale.

Bagi memastikan jentera tersebut selesa ditunggang di atas jalan dan litar, Ducati memberi pelbagai sentuhan teknologi termaju bantuan tunggangan yang sofistikated.

Antaranya, Ducati Traction Control (DCT), Ducati Electronic Suspension (DES), Ducati Quick-Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC), ABS dan sistem pendikit minyak Ride-by-Wire.

Pelaburan RM5 juta

Seiring dengan pelancaran 1199 Panigale, sebuah pusat Ducati dengan keluasan 1,394 meter persegi dibuka di Naza Automall di Petaling Jaya. Ia membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Premis berkenaan dilengkapi kemudahan lapan ruang menyelenggara jentera, pusat selepas jualan, pusat talaan suspensi, pusat kecergasan, bilik pameran, tempat rehat dan jualan. Mekanik di sana juga sudah menerima latihan daripada Ducati.

PAPARAN meter berwarna transistor filem nipis (TFT) berubah warna mengikut persekitaran tunggangan.


Pelaburan signifikan itu mencerminkan objektif perjalanan Ducati di negara ini. Jelas Kumpulan Naza mahu memberikan yang terbaik untuk jenama tersebut dan para pemilik jentera berkenaan.

Bak kata Bordiga, Malaysia merupakan pasaran kedua terbesar buat jenama Itali itu di rantau Asia Pasifik. Beliau juga optimis unjuran jualan sebanyak 758 unit pada tahun 2012 mampu dicapai. Harapannya, Malaysia menjadi pasaran utama Ducati di rantau ini.

SCIROCCO R BERKUASA 255PS

May 1, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

RANGKAIAN model hothatch Volkswagen sedia ada kini diperluaskan lagi menerusi pengenalan Scirocco R. Ia merupakan varian paling berkuasa.

PRESTASI Scirocco R pernah diuji pada siri perlumbaan Scirocco R di SIC tahun lalu.


 

Prestasi jentera dua pintu itu pernah dipamerkan menerusi siri perlumbaan Piala Scirocco R di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun lalu.

Huruf ‘R’ membawa maksud jentera moden dengan pemanduan dinamik, berkuasa, rekaan menarik dan menawan. Scirocco R turut mewarisi DNA perlumbaan dan menawarkan pengalaman pemanduan menyeronokkan di atas jalan raya biasa.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Ricky Tay berkata, model Golf R dan Passat CC R-Line mewakili segmen pasaran berbeza dan kelompok sasaran pelanggan tersendiri.

Hothatch itu dilengkapi enjin turbo empat silinder TSI dengan sistem suntikan terus bahan api. Ia menggunakan petrol sebanyak lapan liter untuk setiap 100 kilometer (km). Kadar emisi karbon pula hanyalah 187 gram bagi setiap km.

“Secara tepatnya, Scirocco R 2.0L mampu meledakkan kuasa maksimum sehingga 255PS @ 6,000rpm. Tork maksimum pula mampu mencecah 330Nm antara 2,400rpm hingga 5,200rpm,” kata Ricky.

Kelajuan maksimum jentera itu adalah 250 km sejam. Bagi pecutan 0km hingga 100km, ia cuma mengambil masa enam saat sahaja. Bagi mengimbangi kestabilan dan mengurangkan kehilangan cengkaman di atas jalan, teknologi electronic differential lock (EDS) telah diintegrasi bersama sistem ESP.

RUANG kabin yang sporty dan berorientasikan pemandu.


Scirocco R yang dilengkapi rim aloi 19 inci turut diberikan Adaptive Chassis Control (DCC) sebagai ciri standard. Bampar hadapannya mengandungi tiga ruang penyaluran udara. Dua set lampu DRL (daytime running lights) LED dipasang pada bahagian kiri dan kanan bampar. Lampu utama adalah jenis bi-xenon.

Bahagian belakang didominasi oleh bumbung besar yang dilengkapi spoiler. Peresap (air diffuser) berwarna hitam di bahagian bawah bampar belakang mempamerkan rekaan model R. Perumah lampu belakang juga dihitamkan sedikit agar nampak lebih sporty.

Cermin sisi turut diwarnakan hitam. Ruang kabin ditonjolkan dengan pemasangan tempat duduk motorsport bucket. Tidak terkecuali, bumbung panaromik.

Antara peralatan standard yang dipasang pada Scirocco R ialah pengawal suhu dua zon, kemasukan tanpa kunci, sistem navigasi satelit RNS 510, pemain cakera padat dan MP3, hab USB serta AUX-IN.

Didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu putih, hijau, biru, perak, kelabu dan hitam, ia ditawarkan pada harga RM279,888 seunit. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.volkswagen.com.my atau www.r-series.my.

Penampilan maskulin Citroën Numéro 9

May 1, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

HANYA selepas dua tahun pelancaran rangkaian DS, jentera berprestasi keluaran Citroën itu mendapat sambutan hangat dengan jumlah jualan lebih 200,000 unit di seluruh dunia.

CITROEN dijangka memasarkan rangkaian model DS ke pasaran China pada tahun ini.


Meliputi model seperti DS3, DS4 dan DS5, Citroën kini sekali lagi mengujakan peminatnya menerusi model konsep Numéro 9. Dilancarkan pada Beijing Motor Show 2012, Numéro 9 dilihat sebagai isyarat gaya rekaan untuk tiga model rangkaian DS akan datang yang merangkumi model sedan premium segmen C, SUV dan saloon eksekutif.

Direka bentuk di Paris, Perancis, Numéro 9 memiliki penampilan sebuah coupé, bonet yang panjang, titik graviti rendah dan mengaplikasikan rim aloi bersaiz 21 inci.

Numéro 9 menggabungkan gaya rekaan eksekutif radikal, selain menitikberatkan aspek keselesaan dan kemewahan. Ia direka bersama teknologi plug-in hibrid sepenuhnya.

Sistem itu didakwa sebagai ultra cekap dengan kuasa mencecah 295hp, penjimatan petrol mengagumkan dan boleh bergerak sejauh 50 kilometer dengan hanya menggunakan kuasa elektrik.

Teknologi hibrid itu dipadankan bersama enjin petrol atau diesel konvensional (bergantung kepada pasaran). Motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang mampu menjana kuasa sehingga 70hp dan tork 200Nm.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion, motor elektrik tersebut boleh dicas semula dalam tempoh cuma tiga jam setengah daripada soket biasa. – Newspress

NZ125R kapcai terbaharu Naza

April 22, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

KHABAR mengenai kemunculannya sudah digembar-gemburkan sewaktu acara Bikepalooza di Shah Alam, Selangor pada bulan Oktober tahun lalu. Sewaktu karnival motosikal dan kereta itu, risalah dan spesifikasi motosikal kapcai terbaharu Kumpulan Naza iaitu NZ125R sudahpun diedarkan kepada orang ramai.

MODEL ini mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan.


 

Selepas tiga bulan menanti, motosikal itu akhirnya dilancarkan oleh Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) sewaktu program rumah terbuka Tahun Baru Cina 2012 anjuran Kumpulan Naza di bilik pameran Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor.

NZ125R merupakan produk keluaran kilang Naza Bikes di Shah Alam. Kilang dengan keluasan mencecah 2,229 meter persegi itu mula beroperasi sejak tahun 2003. Sehingga kini, kilang berkenaan sudah menghasilkan sebanyak 14 jenis motosikal termasuk NZ125R untuk pasaran tempatan dan eksport.

Ketibaan kapcai terbaharu itu menempatkan semula jenama Naza dalam segmen 125cc tempatan. Hampir dua tahun Naza menghilangkan diri dalam kelas itu selepas ketiadaan model Naza Flash.

NZ125R menggunakan enjin sejukan udara bersesaran 124.8cc sama seperti yang digunakan pada model Flash. Enjin tersebut adalah buatan China. Ia dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan dan sistem kaburator. Hasilnya, kuasa kuda maksimum yang mampu dicapainya mencecah 10.1hp.

Sementara tork maksimum pula berada pada paras 10.3Nm @ 5,000rpm.

Ciptaan jurutera Naza

NZ125R dilengkapi poin elektrik untuk mengecas telefon bimbitatau sambungan pengecasan alat GPS.

Ada dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu melalui butang penghidup atau penendang kaki. Sekali pandang, kapcai itu mempunyai iras-iras motosikal keluaran jenama Jepun. Namun, harus tahu bahawa NZ125R dicipta oleh jurutera-jurutera Naza Bikes dan motosikal tersebut disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang uji NZ125R. Kali pertama duduk di atas pelana, ia berasa cukup selesa. Posisi badan sewaktu tunggangan juga agak baik dan tidak melenguhkan. Menyusuri kesesakan trafik, memang tiada masalah.

Sebaik sahaja menaiki motosikal underbone seberat 95 kilogram itu, butang penghidup ditekan. Bunyi enjin dihidupkan kedengaran agak panjang. Ketika kaki kiri memijak gear pertama pula, jelas kedengaran bunyi kemasukan gearnya agak kasar.

Namun, sepanjang sesi tunggang uji didapati proses penukaran gear adalah lancar. Cuma sistem suspensi jenis pegas gegelung (spring) pada roda belakang berasa sedikit keras dan tidak selesa ketika tunggangan di atas laluan yang tidak rata. Biarpun begitu, pelarasan boleh dibuat oleh penunggang mengikut kesesuaiannya.

Kelajuan motosikal ini berjaya diperah sehingga 110 kilometer sejam (km/j) pada kedudukan gear ketiga. Selepas seketika memasuki gear keempat, jarum meter laju mula melepasi paras 125km/j.

Pencahayaan lampu utama perlu diubah. Bagi saya, pantulan sewaktu tunggangan malam kurang memuaskan. Ia kelihatan seperti imej daun pokok Jeremin yang samar-samar. Namun, pujian harus diberikan kepada prestasi lampu isyarat membelok dan brek, ia ternyata cukup terang.

Setiap liter petrol motosikal NZ125R menawarkan jarak perjalanan sejauh 65km jika ditunggang pada kelajuan bawah 80km/j. Pendek kata, motosikal itu didakwa mampu memberi penjimatan sebanyak RM500 setahun berhubung soal penggunaan petrol. Ia pasti menjadi satu kelegaan buat para pemilik sekiranya harga petrol naik.

Salah satu keunikan model itu ialah poin elektrik yang berperanan sebagai panel pengecas telefon mudah alih atau alat penentu kedudukan global (GPS). Ia pasti berguna buat mereka yang ingin melakukan aktiviti kembara dengan sebuah motosikal mampu milik.

METER NZ125R memaparkan kekemasan rekaan dengan pelbagai petunjuk maklumat.


Didatangkan dengan dua warna pilihan, NZ125R ditawarkan pada harga RM4,256 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Swift Attitude penuh karekter

April 21, 2012 by  
Filed under Permotoran

Comments Off

BERIKUTAN kejayaan model Swift, Suzuki telah melancarkan edisi khas jentera kompak tersebut yang diberi nama Swift Attitude.

 

VARIAN tiga pintu ini diperkenalkan buat pertama kalinya oleh pihak Suzuki.


 

Hanya 500 unit dihasilkan (warna putih sahaja). Swift Attitude ditawarkan dalam varian lima dan tiga pintu buat pertama kalinya.

Disasarkan untuk golongan muda, ia dibangun berdasarkan model SZ3 yang menggunakan enjin bersesaran 1.2 liter, tetapi dengan gayaan lebih sporty dan agresif.

Enjin Dual DVVT yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 94PS itu merupakan enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Biarpun begitu, ia cuma mengeluarkan emisi 116g/km.

Swift Attitude dilengkapi tujuh beg udara, ESP, sambungan USB sebagai ciri standard. Spesifikasinya ditingkatkan lagi melalui pemasangan lampu kabus, bumbung dengan kesan gentian karbon, spoiler belakang, rim 16 inci dan lencana ‘Attitude’.- Newspress

Next Page »