Pesona DoubleTree
April 23, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
TERLETAK di dalam radius bandar raya Kuala Lumpur, Hotel DoubleTree by Hilton menjadi tumpuan penginapan pelancong kerana tarikan di sekitarnya.
Kedudukannya yang strategik di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak memudahkan pengunjung untuk membeli-belah, mencari menu makanan terbaik, hiburan tanpa henti atau sekadar berurusan di pejabat-pejabat berhampiran.
Dibina sebagai sebahagian daripada pusat komersial bertaraf dunia, The Intermark, hotel setinggi 34 tingkat itu menyediakan 540 bilik dan suite pelbagai pilihan kepada pengunjung.
Sebaik melangkah ke ruang lobi, pengunjung pasti terpesona apabila disambut dengan kakitangan hotel yang ramah dan mesra.
Tidak cukup dengan itu, biskut cip coklat buatan tangan yang menjadi signatur utama DoubleTree by Hilton sebagai mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Berlatarbelakangkan panorama dan landskap indah bangunan pencakar langit di sekitarnya, setiap bilik dan suite direka khas dengan penataan dalaman dan susur atur perabot yang berkonsepkan moden dan kontemporari.
Dengan keluasan keseluruhan 32 meter persegi, pengunjung bukan sahaja berasa selesa, malah dibuai mimpi indah tatkala berbaring di tilam empuk di bawah jenama Sweet Dreams yang menjadi signatur utamanya.

Ruang bilik airnya juga selesa dan luas sekali gus memberikan privasi kepada pengunjung.
Antara kemudahan lain di hotel itu ialah televisyen bersaiz 32 inci beserta kemudahan akses Internet tanpa wayar yang beroperasi 24 jam setiap hari. Di samping itu, pengunjung juga berpeluang menggunakan kemudahan seperti panggilan dail terus antarabangsa, peti sejuk mini dan kemudahan membuat kopi dan teh yang disediakan.
Bagi pengunjung yang ingin merasai kemewahan dan layanan kelas pertama pula, terdapat sembilan tingkat suite esekutif yang ditawarkan di situ.
Terdapat lebih 152 executive room, 19 deluxe suite, 21 executive suite dan lima terrace suite yang boleh dipilih. Tata rias suit itu direka secara eksklusif dan mewah sesuai dengan status penghuninya.
Menginap di hotel itu juga tidak lengkap tanpa menjamu selera di Makan Kitchen. Terletak di Aras 11, restoran berinspirasikan tempatan itu mampu memuatkan kira-kira 350 pengunjung pada satu-satu masa.
Rasai sendiri keenakan dan kelazatan lebih 200 hidangan yang diilhamkan daripada sajian popular Melayu, Cina, India, Nyonya, Kristang (Portugis Melaka) dan Iban hasil air tangan barisan chef berpengalaman.

Bosan menikmati sajian yang sama, apa kata ke Tosca yang menawarkan hidangan tradisional Itali dan Medditereanean yang pastinya memukau selera.
Jika mahu sekadar bersantai bersama teman-teman menikmati alunan muzik, Axix Lounge adalah jawapannya. Jangan lupa mencuba aneka sandwic, kek atau pastri di The Food Store.
Tidak sekadar itu, pengunjung boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di hotel ini. Pengunjung boleh bersenam di gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan terkini.
Pengunjung yang ingin berendam atau sekadar berjemur di bawah pancaran matahari boleh ke kolam renang disediakan khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Selain menjadi lokasi penginapan, hotel bertaraf lima bintang itu juga sering berfungsi sebagai lokasi persidangan dan majlis-majlis rasmi.
Dewan utamanya seluas 1,085 meter persegi mampu memuatkan sehingga 1,000 pengunjung. Ia juga mempunyai lapan bilik pelbagai fungsi yang lengkap dengan kemudahan audio visual untuk acara persidangan, mesyuarat dan seminar.
Bermain salji di Tembok Besar China
April 23, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
KETAKUTAN untuk menjejak kaki ke luar negara sudah lama menjadi penghalang untuk saya meneroka keindahan dunia luar yang selama ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen dan gambar. Sebelum ini, saya belum pernah mempunyai pengalaman bercuti di negara orang.
Walaupun pernah beberapa kali memasang niat dan bercadang untuk bercuti ke luar negara, hasrat itu asyik terbatal tambahan lagi komitmen kerja dan keluarga, lebih-lebih lagi kini saya mempunyai anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya.
Bagaimanapun, disebabkan penggambaran telefilem Asmara Beijing dan Metro Skuad musim kedua berlangsung di Beijing, China, saya akhirnya akur dengan kehendak pengarah, Datuk Yusof Haslam untuk menjalani penggambaran di sana.
Dua minggu sebelum berangkat, saya berasa gusar untuk berjauhan daripada keluarga lebih-lebih lagi suami dan anak. Tetapi, suami menyokong dan saya sendiri membeli beberapa pasang baju sejuk walaupun ramai yang mengatakan cuaca tidaklah begitu sejuk di sana.
Saya memang tidak tahan sejuk! Di Malaysia sekali pun, saya berselimut tebal, inikan pula di negara yang bersalji. Justeru, saya membuat persediaan sewajarnya.

Hari pertama di Beijing, saya dan ahli rombongan lain dibawa melawat Fresh Water Pearl Centre. Di situ saya mengambil peluang membeli batu jed untuk ibu saya yang amat menyukai aksesori itu.
Keriangan di Tembok Besar China
Di sana, banyak batu permata dan mutiara dijual pada harga dua kali ganda lebih murah berbanding di Malaysia.
Selepas itu, kami dibawa melawat Summer Palace yang merupakan taman diraja terbesar di China yang dibina pada tahun 1751 oleh Maharaja Qing pada zaman itu. Kami juga melawat Masjid Nan Dou Ya yang mempunyai rekaan China unik berusia ratusan tahun.
Pada waktu malam pula, kami dibawa melihat persembahan akrobatik. Saya amat terpesona dengan tarian yang kelihatan pelik, tetapi menarik yang merupakan sebahagian budaya orang China.
Hari kedua di Beijing, kami dibawa melawat Jade Museum yang banyak memaparkan budaya bangsa China untuk kami fahami dan pelajari. Selepas itu, penggambaran telefilem diteruskan dekat Tembok Besar China. Di situ, saya dan ahli rombongan lain berpeluang menyaksikan salah satu keajaiban dunia di depan mata.
Kami bertuah kerana salji turun pada hari kedua menyebabkan Tembok Besar China dilitupi salji. Walaupun cuaca sangat sejuk sekitar 2 darjah celsius, saya dan ahli rombongan lain berlumba-lumba mendaki tangga tembok dan menggelongsor seperti kanak-kanak!
Tangan dan kaki saya berasa kebas akibat terdedah dengan salji untuk tempoh masa yang panjang. Saya terpaksa meniup dan menggosok tapak tangan berulang kali untuk mengurangkan rasa sejuk.
![]() |
SALINA ke Beijing untuk penggambaran telefilem Asmara Beijing dan Metro Skuad.
|
Keesokan harinya, lokasi pelancongan yang dikunjungi dan paling diingati ialah di Forbidden City. Di samping mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah pemerintahan di sini, saya lebih terpesona dengan seni binanya yang begitu unik, malah masih kukuh hingga ke hari ini.
Monumen itu mempunyai tujuh buah pintu yang besar menggambarkan luasnya bangunan itu. Ia tidak ubah seperti sebuah kompleks.
Disebabkan masa untuk menjelajah begitu singkat, saya dan ahli rombongan lain bergegas untuk merasai pengalaman masuk ke setiap pintu yang ada. Saya berpuas hati kerana dapat mengambil banyak gambar sepanjang berada di Forbidden City.
Di luarnya pula, terdapat banyak pokok yang mempunyai bentuk unik dengan ranting dan dahannya berlingkar-lingkar. Ketika berada di sini, saya berpeluang menikmati buah strawberi dicelup madu yang dijual peniaga jalanan. Rasanya sungguh sedap kerana buah strawberi itu amat manis dan segar.
Pada hari ketiga juga, saya berpeluang berkunjung ke Masjid Niujie iaitu masjid tertua di China yang menyimpan sejarah ribuan tahun. Kemudian, kunjungan diteruskan ke Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasar Muslim di Beijing.
Berdekatan dengannya juga terdapat Silk Store yang begitu popular dalam kalangan pelancong kerana harga kain sutera jauh lebih murah berbanding di mana-mana negara. Malah, pelbagai pilihan produk membuatkan saya rambang mata.
Tewas untuk membeli-belah
Sebelum tiba di Beijing, saya sudah berniat untuk tidak berbelanja besar kerana seringkali membeli sesuatu, tetapi tidak memakainya.
![]() |
STRAWBERI bersalut madu yang boleh dibeli di tepi-tepi jalan di Beijing.
|
Tetapi sebagai kaki membeli-belah, akhirnya saya tewas. Dengan harga yang sangat murah, terasa rugi sekiranya tidak membeli barangan kenangan memandangkan ini kali pertama saya berkunjung ke China, malah ke luar negara.
Pada hari keempat, selain penggambaran yang menjadi rutin harian, kami dibawa ke tempat-tempat beli-belah terkenal di Beijing seperti Olympic Sponsor Jewelry City, Kitchen Appliance Store dan Foot Massage.
Pada waktu malam pula, aktiviti membeli-belah diteruskan di kedai cenderamata Hard Rock Cafe.
Saya sememangnya menyukai cenderamata daripada Hard Rock Cafe kerana mengumpulnya hasil hadiah daripada teman-teman yang berkunjung ke luar negara. Kali ini, saya dapat membelinya sendiri untuk dihadiahkan kepada teman-teman dan keluarga saya.
Pada hari kelima, saya tidak terlibat dengan penggambaran kerana hari itu kru penggambaran perlu menyiapkan penggambaran klip video Anuar Zain pula.
Justeru, isteri Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail membawa kami berjalan-jalan di sekitar Beijing serta membeli-belah di pusat beli-belah yang banyak menjual beg-beg yang cantik dan murah.
Kami juga berpeluang mengambil gambar di Hard Rock Cafe pada waktu siang serta menikmati aktiviti bebas selepas bertungkus-lumus menyelesaikan babak-babak penggambaran yang perlu disiapkan di Beijing.
Sepanjang aktiviti itu, saya dapat melihat bandar raya Beijing dengan lebih teliti. Bagi saya, Beijing ibarat bandar raya tidak berwarna kerana bangunannya banyak menggunakan warna-warna asas.
Selain itu, di sini juga sukar untuk melihat bangunan tinggi, malah kedudukannya juga agak jauh antara satu sama lain.
Kunjungan ke Beijing berakhir pada hari keenam iaitu selepas sarapan pagi di hotel kerana penerbangan dijadualkan pada waktu tengah hari.
Kunjungan kali pertama ini amat bermakna kerana ia telah membuka mata dan minda untuk lebih menghargai kebesaran ciptaan tuhan.
Selepas ini, mungkin saya akan mula memikirkan lokasi percutian luar negara seterusnya dan membawa keluarga saya pula.
Pekan koboi Lahad Datu
April 21, 2012 by Dudi
Filed under Pelancongan
Comments Off
UCAPKAN selamat tinggal kepada penerbangan belasan jam, pemeriksaan kastam ataupun pemilikan pasport antarabangsa.
![]() |
Norman Raman (kiri) dan Sabaril Lamade sedang menunggu penumpang menaiki ‘bas mini’ mereka di Lahad Datu, Sabah.
|
Namun penduduk pekan ini hanya perlu membayar kos ‘pakej’ serendah RM5 dengan menaiki bas mini untuk sampai ke sana.
Jangan salah sangka. Paris yang dimaksudkan bukanlah kota fesyen yang terletak 11,500 kilometer (km) jauh, tetapi sebenarnya adalah Kampung Paris yang terletak 70 km dari Lahad Datu.
Lahad Datu bukanlah sebuah pekan besar, tetapi mempunyai peranan besar ke atas pembangunan negeri Sabah terutama dari segi ekonomi dan pelancongan.
Di kelilingi industri kelapa sawit, ladang-ladang yang diusahakan secara persendirian mahupun oleh gergasi korporat terbentang luas sejauh mata memandang, sedia untuk memenuhi permintaan minyak sawit untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Aktiviti ekonomi lain berasaskan penanaman yang dijalankan di sini termasuklah perusahaan kelapa kering (kopra) bagi menghasilkan minyak goreng, getah serta koko yang menjadi punca rezeki masyarakat tempatan.
Kedudukannya yang terletak di tepi laut, turut menggalakkan aktiviti perikanan. Selain ikan, perairan di sini kaya dengan udang harimau, udang kertas, ketam bakau dan rumpai laut.
Menurut laman web pejabat daerah, kaum yang tinggal di sini terdiri daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Suluk, Bajau, Cina, Kokos, Iranun, Bugis, Timor, Tidong, Jawa, Sungai, Idahan dan Kagayan. Laman web yang sama juga menyatakan asal perkataan Lahad Datu adalah daripada bahasa kaum Bajau.
Perkataan Lahad membawa erti tempat manakala Datu membawa erti orang kenamaan pada zaman dahulu.
Tempat ini dinamakan sedemikian selepas penghijrahan golongan Datu, yang diketuai oleh Datu Puti, dari kerajaan Suluk. Ini susulan penyerahan kuasa kawasan ini kepada Sultan Suluk oleh Sultan Brunei pada 1879.
Dikatakan juga nama asalnya sebelum peristiwa ini ialah Kerugau yang bererti batu karang bertompok-tompok di sekitar pantai dari Kunak hingga ke Membatu, yang terletak di Tungku.
Lokasi pekan ini juga strategik sebagai perantara untuk industri pelancongan. Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Muzium Arkeologi Batu Tulug semuanya boleh dilawati dengan menggunakan kenderaan darat.
Lembah Danum menempatkan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang kaya dengan spesis yang jarang ditemui seperti Gajah Pygmy Borneo iaitu spesis gajah terkecil di dunia, Badak Borneo Sumatera, Orang Utan, Tembedau dan pelbagai spesis bunga orkid liar.
Dengan kemewahan flora dan faunanya, tidak hairanlah kawasan ini dikenal pasti sebagai antara kawasan ekosistem paling padat di dunia.
Taman Hidupan Liar Tabin pula terkenal dengan kawah lumpur yang menjadi sumber mineral haiwan di sini.
Para pengunjung berpeluang melihat kesan tapak kaki yang masih ‘segar’. Di sini juga terdapat Pusat Perlindungan Badak Sumbu Borneo Sumatera yang menempatkan tiga ekor badak sumbu dalam usaha membiakkan spesies yang semakin terancam ini.
Selesai melawat tempat-tempat berkenaan, pelancong boleh memilih untuk ke Sandakan yang terkenal dengan Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok atau ke Samporna yang menjadi pintu masuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Mabul.
Kedua-dua pulau ini terkenal dengan kecantikan landskap di darat dan dasar laut, turut mendapat jolokan sebagai syurga dasar laut kepada peminat aktiviti selaman skuba.
Kemampuan Lahad Datu untuk menyediakan pengalaman lengkap di darat dan laut boleh dijadikan batu loncatan ke arah hab pelancongan jika dipakej dengan betul dan menarik.
Pekan yang sedang melalui proses pembangunan yang pesat ini adalah nadi buat kehidupan masyarakat baik di Lahad Datu sendiri, mahupun di kawasan sekelilingnya seperti Silabukan, Silam dan Kinabatangan.
Masyarakat dari luar pekan berduyun-duyun berkunjung ke sini untuk pelbagai urusan, yang kebanyakannya pekerja ladang kelapa sawit.
Kesempatan inilah yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan. Satu daripadanya ialah pengangkutan van yang dikenali sebagai ‘bas mini’oleh masyarakat setempat.
Pengusaha bas mini, Norman Raman, 29, berkata, musim gaji turut dikenali sebagai musim ‘bulan muda’ biasanya berlaku dari tarikh 26 haribulan hingga 9 haribulan setiap bulan kerana pada waktu inilah ramai yang keluar ke pekan.
Norman yang sudah mengusahakan bas mini untuk laluan Kampung Paris-Lahad Datu selama lima tahun berkata, walaupun permintaan terhadap perkhidmatan bas mini dipengaruhi faktor musim, namun masih banyak bas mini diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Pelanggan dikenakan tambang berdasarkan jarak laluan yang mereka lalui serendah RM5 seorang. Kos tambang menjadi semakin tinggi sesuai dengan jarak yang dilalui penumpang.
Caj tambahan juga dikenakan jika penumpang meminta untuk dihantar ke destinasi terpencil.
Bagi pemandu bas mini, Sabaril Lamade, 30, beliau menyukai kerjanya kerana dapat membina hubungan rapat dengan para penumpang.
“Bertahun-tahun kita bawa bas, sudah kenal penumpang, mereka senang dengan kita, kita juga senang dengan mereka,” ujarnya yang berperwatakan ceria. . — Bernama
CP Berjaya Times Square
April 21, 2012 by Dudi
Filed under Pelancongan
Comments Off
Pengunjung melalui pengalaman unik apabila memasuki Central Parkt Berjaya Times Square.
Taman hijau yang terletak di tengah-tengah kota fesyen itu menjadi antara tumpuan riadah utama bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan pelancong dari seluruh dunia.
Meminjam aura gah taman tersebut Berjaya Times Square (BTS) di Kuala Lumpur, ‘membawa’ Central Park ke dalam bangunan pusat membeli-belah tersebut sebagai tarikan terbarunya.
Terletak di aras tiga, ruang membeli-belah ini diselubungi dengan kehijauan ‘tumbuhan’ renek dan menjalar membuatkan pengunjung seolah-olah berada dalam taman yang redup dan menyamankan.
Uniknya setiap inci dinding dibaluti dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan reka bentuk setiap premisnya menyerupai rumah Inggeris lama.
Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awamnya, Shahjehan A. Safian, ruang beli-belah yang baru melalui proses ubah suai itu meliputi kawasan seluas 464 meter persegi dengan menampilkan konsep hijau.
Katanya, konsep tersebut dipilih bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan menikmati sendiri kecantikan pemandangan tumbuh-tumbuhan sambil membeli-belah.
“BTS merupakan pusat beli-belah pertama memperkenalkan konsep seperti itu bagi menjadikan ia berbeza dengan kompleks beli-belah lain.
“Harapan kami ia akan menjadi ikon baharu BTS selepas memperkenal 1st Avanue dan 5th Avenue yang mengambil inspirasi ala pusat beli-belah di New York,” katanya di temui pada majlis pelancaran Central Park baru-baru ini.
Menurutnya, setakat ini Central Park dihuni kira-kira 40 gerai jualan meliputi pelbagai segmen daripada barangan untuk kanak-kanak, pakaian, aksesori hingga kepada buku dan hobi.
Ia juga berjaya menonjolkan imej ikonik dengan struktur yang dihiasi dengan begitu kreatif bagi menghidupkan lagi ruang di pusat membeli belah tersebut.
“Apa yang uniknya ia ibarat taman berkembar dengan Central Park di New York dengan beberapa ciri-ciri m
“Lebih menarik ia dikelilingi oleh kewujudan kedai-kedai yang menyajikan pilihan kepada pembeli,” katanya.
Selain itu menurut Shahjehan, antara keunikan taman ini ialah orang ramai berpeluang menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur dari tingkat.
Taman dalam bangunan ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang seperti siling yang diperbuat daripada bahan polikarbonat lut sinar yang lebih tahan.
Dokumentari Makam Nabi Sulaiman
April 19, 2012 by Dudi
Filed under Pelancongan
Comments Off
Dokumentari Eksplorasi Gunung-Gunung Para Nabi (EGGPN) kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia baru-baru ini berjaya menemui dan membuat penggambaran makam Nabi Sulaiman AS di Al Karak, Jordan.
Pengarah Produksi EGGPN, Ahmad Izhar Mohamed Nor, berkata penemuan itu hasil kerjasama Kementerian Pelancongan Jordan dan penduduk tempatan di Al Karak.
Program EGGPN dijangka ditayangkan Ramadan tahun depan dan akan menamatkan penggambarannya di beberapa negara akhir tahun ini.
Magis Singapura
April 16, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
ENAM tahun tidak menjejaki Singapura, ternyata banyak perubahan berlaku terutama apabila berpeluang melawat Universal Studios di Resort World, Pulau Sentosa.
Kunjungan kami 20 anggota media dari Kuala Lumpur adalah sempena pelancaran tarikan baru Pulau Sentosa, Transformers The Ride. Singapura adalah negara pertama yang diberi penghormatan untuk acara pembukaan taman sci-fi itu diikuti Hollywood, Amerika Syarikat (AS), April depan.
Selain menikmati keseronokan Transformers The Ride, anggota media berpeluang menemubual Pengarah dan Penerbit Eksekutif Transformers, Michael Bay serta Perunding Kreatifnya, Thierry Coup.
Selain Transformers The Ride yang cukup popular, Universal Studios juga memperkenalkan sektor barunya, Maritime Experimental Museum & Aquarium (MEMA) yang memaparkan pelayaran Laksamana Cheng Ho bermula dari Beijing hinggalah ke Oman.
Pelayaran yang terkenal dengan nama Laluan Sutera ini menceritakan sejarah awal Cheng Ho yang juga dikenali sebagai Zheng He, menaiki kapal Bao Chuan bersama 300 kapal kecil anak buahnya pada kurun ke 15.
Cheng Ho berasal dari wilayah Yunan dan beragama Islam. Dia diculik ketika kecil dan dibawa ke sebuah istana di Beijing. Maharaja Ming ketika itu amat menyukai Cheng Ho dan dia dibesarkan sebagai seorang terpelajar sehingga dilantik menjadi laksamana dan diamanahkan menjelajah dunia.
Nama Cheng Ho turut tercatat dalam sejarah Melaka kerana selepas mengunjungi Indochina, Cheng Ho datang ke Melaka yang ketika itu terkenal sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan pedagang Asia Barat ke China.
Sebelum itu, Cheng Ho singgah di Temasik dan meneruskan perjalanan ke Cullicat atau lebih dikenali sebagai Calcutta. Selepas itu, Cheng Ho berlayar ke Kenya dan Muscat, Oman di mana kapalnya karam dan pelayaran terpaksa berakhir di situ.
MEMA memaparkan serba lengkap bentuk kapal Bao Chuan serta pelbagai barangan termasuk artifak bersejarah, pasu Dinasti Ming yang terkenal, makanan, pakaian, kebudayaan dan kesenian setiap negara yang dilawati Cheng Ho.
Paling menarik, pengunjung berpeluang menyertai ‘misi’ kapal ini yang direka khas untuk mendekati jerih payah pelayaran Cheng Ho. Ia dilengkapi teater yang memaparkan tayangan video sejarah awal pelayaran sehingga Bao Chuan pecah dipukul ribut di Muscat.
Pengunjung juga boleh melihat beberapa jenis kapal termasuk milik pedagang Jawa yang diberi nama jong dan borobudur, India, Arab dan China dalam bentuk asal yang turut memaparkan kehidupan sebenar pelayar di zaman itu.
Menurut Pengarah ‘Attraction’ Zon Barat Resort World Sentosa, Jason Horkin, muzium ini unik kerana memberi fokus utama dari segi pendidikan sejarah laluan sutera selain barangan pameran semua negara yang dilawati.
MEMA yang dibuka 15 Oktober lalu, menurut Jason, turut menyediakan bengkel dan ceramah pendidikan yang dikendalikan oleh pakar sejarah, pemimpin maritim veteran dan fasilitator profesional bagi membicarakan pelbagai tajuk.
Universal Studios yang dibuka sejak dua tahun lalu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013 dengan 20 peratus lagi kemudahan sedang dibina.
Fasa akhir ini termasuk Ocean World yang terbesar di dunia. Tarikan ini bakal memuatkan 500 spesis hidupan laut dengan 55 juta liter air laut, akuarium yang turut memuatkan ikan yu dengan pengunjung berpeluang memberinya makan.
Kolam ikan memuatkan ikan lumba-lumba juga disediakan dengan pengunjung boleh bermain dengan spesies mamalia ini.
Projek penutup ini akan menyaksikan dua hotel iaitu Equarius dan Beach Villas dibina. Ini termasuk 2.9 hektar hutan simpan dipenuhi pelbagai tumbuhan serta rumah atas pokok dengan misi memulihara, menyimpan dan mendidik pengunjung cintakan alam sekitar.
Ketika ini, tujuh taman tema berdasarkan filem keluaran Universal Studios sedia dikunjungi pelancong termasuk The Lost World; Madagascar; Far Far Away; Ancient Egypt; Sci-fi City; Hollywood dan New York.
The Lost World popular dengan filem Jurassic Park; Shrek (Far Far Away) dan Ancient Egypt (The Mummy) serta pelbagai filem terbitan Hollywood. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana Steven Spielberg membuat penggambaran filem menggunakan kesan khas dan bunyi canggih dalam studio Light, Camera, Action.
Terbaru Transformer The Ride yang pasti menjadikan pengunjung teruja untuk melihat secara dekat seolah-olah menjadi pelakon dalam filem itu. Kenderaan khas, Evac direka khusus untuk membolehkan penunjung berperang bersama kumpulan Autobots melawan Decepticons. Peminat Optimus Prime dan Bumbblebee juga berpeluang bergambar di Sci-fi City ini.
Jejak Macau
April 16, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
JIKA diterokai wilayah ini, dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Macau di Hong Kong sebagai duplikasi kota perjudian dunia, Las Vegas, mungkin tidak boleh diterima sepenuhnya.
Ini kerana Macau yang ditadbir Republik Rakyat China dan pernah dijajah Portugis pada kurun ke-16, sebenarnya destinasi percutian menyeronokkan. Macau menawarkan 1,001 tarikan seperti bangunan warisan, budaya unik hasil kacukan Portugis dengan masyarakat tempatan selain dikenali sebagai pusat lambakan produk fesyen jenama tinggi seperti Prada, Gucci, LV, Chanel dan Versace.
Berikutan kesan sejarah kuat mempengaruhi, Persidangan Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia yang dianjurkan UNESCO pada 15 Julai 2005 mengisytiharkan The Historic Centre of Macau sebagai Tapak Warisan Dunia ke-31.
Selain itu, sebanyak 22 monumen disenaraikan warisan dunia seperti A-Ma Temple; Moorish Barracks; Mandarin’s House; Gereja St Lawrence; Panggung Dom Pedro V; Pustaka Sir Robert Ho Tung; Rumah Agam Lou Kau; kubu pertahanan Mount Fortress dan kuil Na Tcha. Selain itu, gereja roboh Ruins of St Pauls bagai memiliki taraf ‘selebriti’ kerana dikunjungi ribuan pelancong setiap hari.
“Gereja roboh ini mengalami dua kali kebakaran dan salah satunya berpunca daripada kelalaian tukang masak. Ketika kebakaran pertama, ada usaha memperbaikinya namun insiden kedua pada 1835 menyebabkan sebahagian besar bangunan itu ranap sekali gus meninggalkan hanya permukaan depan dan tangga.
“Ia kekal hingga hari ini,” cerita Eksekutif Perhubungan Awam (MGTO), Gigi Lam juga pemandu pelancong dalam program kembara Travelog Air Asia bersama Macau Government Tourist Office (MGTO) di Macau, baru-baru ini.
Tinggalan yang asalnya gereja Mater Dei, dibina sekitar 1602-1640 dulunya dilengkapi universiti ala Barat pertama di timur jauh iaitu Kolej St Paul serta kubu pertahanan atas bukit. Kolej itu bagaimanapun turut musnah dimamah api.
Terletak berdekatan, Dataran Senado yang berabad lamanya menjadi penggerak gaya Urban Macau. Selain menjadi medan pertemuan festival serta aktiviti penduduk setempat, Dataran Senado terus popular sebagai pasar beli-belah yang menawarkan barangan harga mampu, ole-ole tempatan dan produk berjenama.
Bangunan tidak melebihi empat tingkat berjajar dataran itu dipercayai dibina sekitar abad ke-19 hingga ke-20. Namun, pada 1993, dataran itu diturap batu mozek corak ombak hitam berselang putih bagi disesuaikan dengan bangunan warna terang yang mengepungnya. Ini menguatkan lagi pengaruh Mediterranean yang cuba diketengahkan.
Keindahan pokok talang di gigi tasik memukau golongan penguasa serta atasan Macau lalu membina kediaman di kawasan sama. Namun, selepas dikosongkan penghuninya sekitar 1980-an, ia diambil alih Jabatan Pelancongan Macau untuk dijadikan Rumah Muzium Taipa. Lewat 1990-an, rumah bercat hijau dan putih itu dibaik pulih tetapi dipastikan tidak hilang identiti lampau.
Lima buah rumah mewakili era silam itu masyhur di kalangan penggiat filem selain sering dijadikan latar belakang menarik sesi fotografi perkahwinan serta berbulan madu. Setiap satunya menawarkan tema serta fungsi berbeza iaitu rumah pertama mengemuka ruang serta perabot antik Cina disulami gaya Eropah.
House of Islands di sebelah menempatkan memorabilia berupa peta dan gambar zaman Taipa. House of the Portugal mempamerkan kostum serta alat instrumen masyarakat itu. Manakala dua rumah lain menempatkan koleksi lukisan, foto dan poster juga menjadi lokasi mesyuarat serta majlis resepsi. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 5 Disember 1999.
Merujuk industri perhotelan, Macau diakui memiliki himpunan hotel antara paling mewah dan menarik seni binanya di dunia. Dalam pada kerancakan seni bina moden, elemen dekorasi Portugis tetap diselitkan.
Sekadar menyebut beberapa nama seperti Sofitel, MGM, Galaxy, The Venetion dan City of Dream melalui hotel mewah tersohornya, Hard Rock, rangkaian hotel ekslusif ini mampu menjadi mercu tanda Macau.
The Venetion Resort Macao berkeluasan 10,500,000 kaki persegi, antara bangunan berstruktur tunggal terbesar di Asia serta keenam di dunia. Mengambil inspirasi The Venetion di Las Vegas, tarikan utama hotel serta resort itu terserlah melalui terusan dengan perkhidmatan gondola selain langit buatan seolah-olah berada dalam dunia tersendiri.
Hakikatnya, pesona Macau tidak terbilang. Walaupun sedikit sukar mencari makanan halal, Macau boleh dianggap destinasi terbaik bagi memenuhi tuntutan hobi dan keseronokan. Macau Tower misalnya mampu memenuhi hasrat melakukan terjunan bungee dan berjalan mengelilingi menara. Manakala Macau Harbour Cruise pula sesuai bagi pasangan berbulan madu menikmati sajian enak ditemani muzik dan panorama indah kota itu.
Bagi kanak-kanak, selain menyaksikan keletah comel pasangan panda Kai Kai dan Xin Xin di Seac Pai Van Park, berupaya mendalami serta menyelami dunia sains di Pusat Sains Macao juga menjanjikan pengalaman berbaloi.
Itu belum mengambil kira pelbagai muzium seperti Muzium Grand Prix; Cultural Club & Pawnshop Museum; The Maritime Museum dan sebagainya yang boleh diterokai.
Kesimpulannya, lawatan ke Macau yang dulunya dikenali sebagai Ou Mun atau Gerbang Perdagangan ini pasti menjanjikan pengalaman berbeza.
INFO
Kongsi pengalaman anda melancong ke luar negara dengan menghantar rencana dan gambar ke bminggu@bharian.com.my atau ke alamat Berita Minggu, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.
Kunjungan ke Pulau Gaya
April 14, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
SEMEMANGNYA percutian yang mendekatkan diri dengan alam rimba dan lautan menjadi dambaan penghuni ‘hutan batu’. Kunjungan ke Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah sesungguhnya menjanjikan pelbagai keseronokan buat tetamunya.
Apatah lagi, jemputan percutian mewah bertaraf lima bintang yang ditaja oleh Gayana Eco Resort (GER) merupakan yang kali pertama diadakan sejak ia beroperasi empat tahun lalu.
Terdapat 44 buah calet di GER dan 47 buah vila di Bunga Raya Island Resort & Spa (Bunga Raya), iaitu sebuah projek tambahan yang turut diuruskan oleh GER. Dalam aura lima bintang, kadar harga penginapan berbeza bergantung kepada jenisnya.
GER dan Bunga Raya merupakan dua lokasi berbeza. Untuk ke GER, pengunjung perlu menaiki bot atau feri dari jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu. Jika mahu ke Bunga Raya pula, pengunjung perlu menaiki bot laju dari GER yang mengambil masa selama 20 minit.
Sekiranya bernasib baik, sepanjang menaiki bot, pengunjung dapat melihat Gunung Kinabalu yang digelar ‘gunung pemalu’ oleh penduduk tempatan. Gelaran itu diberi kerana gunung setinggi 4,095 meter itu sering diselubungi kabus dan agak sukar dilihat dari jauh.
Kira-kira 200 meter sebelum tiba di pelantar menyambut tetamu, rupa bentuk muka bumi Pulau Gaya yang seperti bulan sabit itu seolah-olah menggamit pengunjung untuk segera mendekatinya.
Tetamu yang tiba disambut oleh kakitangan GER yang murah dengan senyuman sambil mempelawa minuman segar. Layanan mesra itu tidak hanya berakhir di situ.

Air jernih
Selepas diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Besar GER kelahiran Denmark, Tomas Kastberg Andersen, kakitangan GER mengiringi kami meninjau suasana calet yang menanti di situ.
Sambil kakitangan GER berceloteh mengenai pulau dan calet tersebut, mata meliar melihat rekaan dan susun atur premis yang membuatkan diri seolah-olah ditarik-tarik untuk ‘terbang’ ke arahnya lantaran ia kelihatan amat mendamaikan.
Saat berjalan di atas jeti kayu, mata tidak lepas daripada mengagumi kejernihan air lautnya yang berwarna firus.
Memandang liuk-lentok ikan yang berenang, rumput laut yang menari-nari mengikut arus laut dan pasirnya yang memutih menambah nilai eksotik resort tersebut.
Bagi yang obses dengan kehidupan pulau, GER pasti menjadi destinasi istirehat impian.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di GER adalah dengan mengikuti sesi selaman skuba, memberi makan ikan kobia (spesies ikan raja) dan kerapu gergasi serta mengunjungi pusat penyelidikan mengenai hidupan marin seperti kima serta terumbu karang.
Sempena kunjungan berkenaan, para wartawan diberikan kesempatan untuk menginap di Bayu Villa iaitu sebuah bilik yang dilengkapi penyaman udara yang menghadap Laut China Selatan.
Sebaik melangkah masuk, mata pasti tertumpu pada pilihan dan susun atur perabot di ruang penginapan. Katil dengan tilam empuk, meja kerja, kerusi rotan dan almari disediakan selain kemudahan bernilai tambah lain.

Selesa beristirehat
Jika mahu menghirup udara segar di luar bilik, penginap boleh beristirehat di kerusi malas di bahagian beranda. Keajaiban suasana malam apabila bintang-bintang bersinar terang ataupun panorama matahari terbit seawal pukul 5.30 pagi tentunya momen yang dinanti-nantikan.
Bagi yang mahu memuaskan tuntutan selera, GER menyediakan dua buah restoran untuk dikunjungi. Hidangan makanan laut yang menyerlerakan boleh dinikmati di Restoran Alu-Alu sementara bagi mereka yang menggemari masakan Barat, Restoran Macac sedia menyambut pengunjung.
Restoran Alu-Alu memberikan pengunjung pengalaman menikmati makan tengah hari dan malam di premis terapung sambil disapa bayu laut. Pengunjung boleh memilih sendiri makanan laut segar dari akuarium.
Jangan lupa menikmati tauhu bakar istimewa hasil air tangan cfef berpengalaman di restoran tersebut.
Dalam seronok menikmati juadah, sesi makan malam itu pasti lebih romantik dengan kehadiran dua orang pemuzik tempatan yang mendendangkan lagu sambil memetik gitar. Nyatakan sahaja lagu kegemaran anda, permintaan itu pasti dipenuhi!
Menurut Tomas, GER dibina khusus untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan kedamaian minda sambil ditenangkan bunyi ombak laut dan unggas rimba.
“Bermula empat tahun lalu, idea untuk mewujudkan calet di kawasan Pulau Gaya diilhamkan oleh keluarga pengusaha dan pemiliknya, Gillian Tan, 28.
“Kami sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Kami mengambil peluang itu untuk mendidik mereka supaya menghargai khazanah lautan yang begitu penting untuk dilindungi seperti kima dan terumbu karang,” ceritanya.

Tomas menambah, pengunjung boleh melakukan aktiviti selam skuba di situ untuk merasai sendiri keindahan hidupan marin yang terdapat di sekitar perairan Pulau Gaya.
Keindahan alam
Seperti di GER, Bunga Raya tidak kurang hebatnya kerana ia menjanjikan kedamaian dan keindahan alam dalam kelas tersendiri.
Perjalanan menaiki bot laju yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari GER, empayar yang dibina oleh keluarga Gillian itu menawarkan vila-vila mewah yang memanjakan penginapnya dengan pelbagai kemudahan dalam aura tropika gaya hidup pulau.
Selain diberi bilik yang dilengkapi kelengkapan seperti di GER, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling, aktiviti merentas hutan hingga ke GER yang mengambil masa tiga jam perjalanan, kayak dan jet ski.
Bunga Raya juga dilengkapi dengan restoran, peralatan barbeku, gim dan spa.
“Spa di sini menyediakan lapan buah bilik rawatan dan pengunjung boleh menenangkan fikiran dengan mendengar muzik atau irama sahutan unggas rimba yang mengasyikkan,” kata Tomas.
Tambahnya, nama Bunga Raya diambil sempena bunga kebangsaan yang menjadi kebanggaan Malaysia. Tambahan pula, ia dipilih sempena minat pemilik resort yang terlalu mencintai alam semula jadi.
“Tidak hairanlah jika pengunjung menemui banyak pokok bunga raya yang ditanam di sekitar kawasan resort,” katanya.
Pilihan penginapan
Penginapan calet di GER menawarkan beberapa jenis unit bergantung kepada persekitarannya.
Ia menawarkan unit-unit Rimba Villa yang menghadiahkan penginap dengan pemandangan hutan, Pantai Villa (pemandangan teluk), Bakau Villa (pemandangan pokok bakau), Bayu Villa (pemandangan laut) dan Palm Villa.

Palm Villa yang seluas 139.4 meter persegi merupakan penginapan paling mewah. Ia dilengkapi bar mini, balkoni privasi dengan akses terus ke laut dan ruang mandian yang besar untuk tab mandi dua orang.
Penginapnya juga dimanjakan dengan keselesaan hawa dingin, akses Wi-Fi, mesin membuat minuman, televisyen LCD 32 inci, barangan penjagaan diri mewah dan perkhidmatan butler.
Lengkap dengan dengan sebahagian lantainya dibina menggunakan kaca telus pandang bagi membolehkan penginap melihat kebiruan air laut.
Sementara itu, di Bunga Raya, sebanyak enam jenis vila ditawarkan iaitu Superior, Deluxe, Beachfront, Treehouse, Suit Deluxe dua katil dan suit Deluxe tiga katil.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gayana-eco-resort.com atau hubungi 088-380 390.
Janji temu bersama Mickey
April 12, 2012 by Dudi
Filed under Pelancongan
Comments Off
CUACA cukup indah kala melangkah ke kota keriangan Hong Kong Disneyland Resort yang terletak di Hong Kong, baru-baru ini.

Seperti berada di dalam filem animasi Disney dengan bangunan berupa istana Eropah lama berlatarbelakangkan langit yang biru menyambut kedatangan penulis, terik mentari tidak terasa tambahan disapa angin nyaman saki-baki musim sejuk yang baru saja berlalu.
Gemuruh jantung makin rancak tatkala melihat dua karakter utama Disney, Mickey Mouse dan Minnie Mouse melambai kepada pengunjung yang berkumpul di luar pagar sebelum mereka dibenarkan masuk tepat pukul 10 pagi.
Umpama lupa usia sebenar yang bukan kanak-kanak lagi, penulis dan rakan-rakan media iaitu Mazlina Abdul Majid, Yusmawati Mohd. Yusof dan Zurina Hamzah terus mengambil kesempatan bergambar dengan dua ikon terkenal dunia itu sebelum menyusuri Main Street USA yang penuh dengan deretan kedai dan restoran comel serta unik senibinanya.
Destinasi pertama yang kami lawati pastilah Toy Story Land, taman tema daripada filem animasi blockbuster, Toy Story yang baru dibuka November tahun lalu.
Terasa bagaikan mengecil sehingga saiz barang mainan apabila melihat karakter dari filem animasi itu yang merupakan mainan milik Andy seperti Woody, Toy Soldier dan Rex sebesar atau lebih besar daripada kita.
Bermula dengan permainan yang kurang menyeramkan iaitu Slinky Dog Spin, kami kemudian beralih ke Toy Soldier Parachute Drop yang memberi pengalaman seperti terjun menggunakan paracut dari ketinggian 25 meter.
Jeritan kegayatan bersambung ketika mencuba permainan RC Racer iaitu kereta lumba milik Andy membawa kami di rel berbentuk U setinggi 27 meter dalam keadaan 90 darjah.
Bergambar
Selesai melakukan aktiviti yang membuatkan darah berderau, kami mengambil peluang bergambar dengan watak utama Toy Story iaitu Woody dan Jessie di Barrel Of Fun serta menyaksikan Toy Soldier Boot Camp yang merupakan sekumpulan askar mainan berwarna hijau melakukan aksi ketenteraan.
Usai bermain di ‘laman belakang rumah Andy’, kami meneruskan pengembaraan menikmati taman tema yang terletak di Pulau Lantau itu sambil mencari sesuatu untuk dikunyah memandangkan sudah masuk tengah hari.
Kami menarik nafas lega apabila mendapati Hong Kong Disneyland Resort mempunyai sebuah restoran yang menyediakan pelbagai masakan Asia yang halal iaitu Restoran Tahitian Terrace.
Baru dibuka 15 Mac lalu, restoran yang terletak di Adventureland itu menyediakan pelbagai menu dari India, Timur Tengah, Singapura malah dari Malaysia seperti nasi dengan kari ikan Penang, ayam masak kurma, sate dan laksa.
Kenyang menghabiskan sepinggan nasi ayam, kami terus bergegas ke Tomorrowland yang menyediakan pelbagai permainan dan persembahan yang berkaitan dengan watak-watak Disney seperti Stitch dan Buzz Lightyear.
Space Mountain merupakan permainan yang wajib dicuba kerana keunikan roller-coaster yang membuatkan pengunjung terasa bagai menaiki kapal perang angkasa lepas.
Suasana di dalamnya sungguh gelap hanya diterangi cahaya gugusan bintang serta suara Buzz Lightyear yang memberi arahan bagaikan kapten.
Pengalaman menyaksikan Stitch Encounter turut mengagumkan apabila penonton dapat berinteraksi dengan animasi Stitch siap watak makhluk asing comel berwarna biru itu boleh menyebut nama pengunjung.
Persembahan dari The Jammitors iaitu tiga orang lelaki bermain gendang yang diperbuat daripada tong sampah juga menghiburkan dan tidak semena-mena penulis serta rakan-rakan diajak menghiburkan orang ramai bersama-sama dengan bermain alat muzik.
Selesai membuat ‘persembahan’ pertama kami di Hong Kong, kami terus bergegas ke Main Street USA untuk mendapatkan tempat terbaik menyaksikan Perarakan Flight Of Fantasy, antara acara yang paling ditunggu-tunggu pengunjung.
Penulis yang sememangnya membesar dengan menonton animasi Disney teruja melihat karakter-karakter kegemaran berarak masuk menaiki kenderaan berhias mengikut tema masing-masing bermula dengan Dumbo.
Penat berjalan dan melompat seharian tidak terasa apabila dapat melihat kelibat puteri-puteri Disney yang merupakan kegemaran penulis terutamanya Puteri Aurora dari filem Sleeping Beauty.
Perarakan
Antara watak-watak lain yang menyertai perarakan tersebut ialah Mickey Mouse, Winnie the Pooh, King Louie, Tantor, Simba, Tinkerbell, Stitch dan Buzz Lightyear.
Kemudian, kami bergerak ke Fantasyland bagi menyaksikan persembahan Mickey Philharmagic iaitu filem 4D dimana kami dapat menghidu masakan ketika watak Donald Duck masuk ke dapur, direnjis air ketika Donald dikejar dan terasa angin kuat ke muka ketika aksi menaiki karpet terbang ditayangkan.
Persembahan Golden Mickey iaitu teater muzikal watak-watak Disney membuatkan penonton terimbas kembali kenangan menonton filem Disney sejak kecil apabila mereka menyanyikan lagu-lagu Disney seperti Beauty And The Beast.
Pengalaman menaiki bot di sungai yang terletak di Adventureland terasa bagaikan benar apabila kami disambut dengan replika haiwan-haiwan liar seperti gajah, badak air, zirafah dan lain-lain.
Ditemani pemandu bot yang ramah menerangkan setiap destinasi yang kami lalui ketika menaiki Jungle River Cruise, keterujaan bertambah ketika melalui kawasan ‘dewa air dan api’ yang ‘marah’ dengan kehadiran kami lalu menyemburkan api di sungai tersebut.
Akhirnya, acara kemuncak di Disneyland Hong Kong malah di empat Disneyland yang lain ialah persembahan bunga api iaitu Disney In The Stars Firework.
Orang ramai mula berkumpul seawal 7 petang di hadapan Istana Sleeping Beauty untuk menanti persembahan bunga api yang bermula pada pukul 8 malam.
Menyaksikan persembahan bunga api diiringi lagu-lagu tema filem Disney seperti dari filem Alladin dan Beauty And The Beast membuatkan semua tergamam menikmati keindahannya.
Ternyata upacara penutup Disneyland Hong Kong itu memberikan senyuman kepuasan kepada semua yang hadir sewaktu melangkah keluar daripada taman tema tersebut.
Pengalaman seharian di Disneyland ternyata memberi seribu satu kenangan manis dan terasa bagai segala impian ditunaikan oleh pari-pari.
Taiwan miliki rahsia Asia
April 9, 2012 by Ainaa
Filed under Pelancongan
Comments Off
BAGI yang tidak pernah mengunjunginya pasti tertanya-tanya mengapa Taiwan menjadi buah mulut serata dunia sebagai Pulau Cantik atau ‘Ilha Formosa’ oleh kelasi Portugis serta diiktiraf salah satu daripada rahsia Asia yang masih terpelihara dengan baik.
Kedudukan muka buminya yang dikelilingi pulau-pulau indah, Taiwan jelas mempunyai daya pesona luar biasa itu kerana memiliki ratusan lokasi magis yang mampu memukau pandangan, khazanah antik tertua dunia, monumen dan senibina bangunan mengagumkan serta keunikan budayanya cukup untuk menggambarkan identitinya.
Oleh itu, bagi mereka yang gemar melancong, Taiwan seharusnya menjadi negara wajib untuk dilawati kerana kunjungan ke sana pasti memberi pengalaman berbeza apatah lagi bagi mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke negara berkenaan.
Menyentuh lokasi-lokasi magis di Taiwan, pengunjung mempunyai lima pilihan sebagai destinasi utama.
Ini kerana pakej pelancongan yang ditawarkan di Taiwan terbahagi kepada lima bahagian iaitu utara Taiwan, Taiwan tengah, selatan Taiwan, timur Taiwan dan barat Taiwan.
Kelima-lima bahagian tersebut menjanjikan keunikan dan pesona tarikan destinasi pelancongan tersendiri yang pasti tidak mengecewakan para pengunjungnya.
























