Destinasi 5: Kem D’Agroloka
December 26, 2011 by Rarra
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita
Comments Off
JELEBU, 21 Dis. – Kem D’Agroloka merupakan sebuah dusun yang dibangunkan dan diselia oleh pemiliknnya sendiri iaitu Dato’ Shamsul Bahari bin Mat. Kem D’Agroloka dibangunkan untuk menjadi kem bagi menganjurkan program-program berasaskan motivasi serta latihan jati diri.
Keluasan tanaman di Kem D’Agroloka adalah seluas 20 ekar dan hampir 650 pokok tanaman pulasan serta buah-buahan yang lain seperti manggis, dokong, durian dan rambutan di tanam di Kem D’Agroloka.
Untuk melawat Kem D’Agroloka ini memerluka satu jangka masa untuk membuat tempahan. Biasanya tepahan selama 3 bulan sebelum tarikh yang ingin dilawati. Ini kerana Kem D’ Agroloko ini sentiasa mendapat banyak tempahan. Pada tahun 2009 Kem D’Agroloka telah mendapat anugerah daripada birotatanegara.
Kem D’Agroloka juga ada memyediakan kemudahan bagi sesiapa yang ingin membuat aktiviti di sini. Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan ceramah, dewan makan, asrama, surau, tapak perkhemahan dan banyak lagi kemudahan yang disediakan. Segala peralatan yang diperlukan juga akan disediakan oleh pihak Kem D’Agroloka ini.
Kemudahan untuk membuat tempat berkursus, mesyuarat, hari keluarga, majlis perkhawinan dan sukaneka turut disediakan untuk semua jabatan-jabatan kerajaan, NGO, syarikat swasta, universiti, sekolah dan keluarga.
Selain itu, turut juga menyediakan pensyarah, fasilitator, jurulatih dan urusetia yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman.
Banyak juga aktiviti yang boleh dijalankan di sini antaranya night tracking, berakit, river crossing, roda cabaran, terowong katak kongkong serta titian getir.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak di Kem D’Agroloka di talian 013-6102087.
Destinasi 3: AS Equestrian Centre
December 25, 2011 by Rarra
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita
Comments Off
LENGGENG, 20 Dis. – AS Equestrian Centre adalah distinasi seterusnya peserta Kembara Cuti Malaysia. Di sini terdapat kemudahan menunggang kuda, trek untuk aktiviti ‘Jungle Trekking’, dan padang rumput untuk aktiviti berkuda. Aktiviti di sini dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan menunggang kuda.
Di AS Equestrian Centre juga memberikan perkhidmatan yang lain seperti kelas menunggang kuda, rentas desa & rimba, sewaan kuda, pertunjukan & pameran, latihan kuda dan kursus pengurusan kuda. Waktu operasi untuk menunggang kuda di AS Equestrian Centre bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Setiap hari selasa hingga ahad.
Setakat ini hanya 20 ekor kuda yang ada di AS Equestrian dan bakal membawa masuk beberapa ekor lagi dalam masa terdekat.
Sukan berkuda kelolaan AS Equestrian Centre yang dimiliki oleh AS Resources Services Sdn. Bhd merupakan satu produk baru dalam industri pelancongan di Negeri Sembilan.
Selain itu, AS Equestrian Centre menyediakan perkhidmatan homestay kepada pelanggan iaitu Rawa Homestay. Aktiviti sampingan yang boleh dijalankan di Rawa Homestay adalah pertunjukan kebudayaan, santai rimba, mendaki puncak broga, perkhemahan motivasi dan pesta buah-buahan kampung yang mengikut musim.
Homestay disediakan untuk kemudahan bagi mereka yang ingin bermalam dan menikmati udara segar di kampung. Kedudukkan kampung ini terletak dalam kawasan mukim lenggeng diantara pekan lenggeng dan sungai machang hilir.
Untuk maklumat lanjut mengenai AS Equestrian Centre sila hubungi 013-7579022 (Puan Saadiah) dan 012-7989021 (En.Azwan)
Gambar/laporan: Rara/ Ainaa
Destinasi 4: Mudin Hasan Homestay
December 25, 2011 by Rarra
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita
Comments Off
KUALA PILAH, 20 Dis. – Destinasi diteruskan lagi ke Mudin Hasan Homestay yang terletak di kampung terusan Kuala Pilah. Disini merupakan tempat tinggal pertama bagi peserta program kembara cuti-cuti 1 Malaysia jejak perpatih V ini.
Di homestay Mudin Hasan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan. Antaranya adalah memperlihat bagaimana gula anau dihasilkan, melihat kebun getah serta padi orang-orang kampung, membakar lemang dan masak rendang secara tradisional, mendayung rakit buluh dan memancing pada waktu malam.
Para peserta hanya berkesempatan melihat cara untuk mendapat air sira bagi gula anau dan memancing pada waktu malam. Di sini para peserta mendapat ibu dan ayah angkat masing-masing ketika tiba di homestay Mudin Hasan.
Tujuan peserta dibahagikan kepada ibu dan ayah angkat adalah untuk para peserta menikmati suasana di kawasan kampung dan mengeratkan silaturrahim diantara penduduk kampung.
Anizah bt Hasan, 44 dan Adnan bin Bahari, 47 merupakan ibu dan bapa angkat bagi krew N9kini. Mereka sangat gembira akan kehadiran para peserta dan berharap akan ada program seperti ini pada masa akan datang. Mereka juga amat berbesar hati untuk menerima sesiapa yang berkunjung di sini.
Homestay Mudin Hasan menubuhkan kumpulan irama tradisional yang dikenali sebagai warisan bongai. Warisan bongai pada asalnya hanya menggunakan gong, biola dan gebana. Kini pelbagai alat muzik yang digunakan untuk memberikan lebih muzik atau alunan.
Warisan bongai ini terdiri daripada ahli keluarga terdekat yang dikenali sebagai paklong Hasan, mok Rahim, pak ndak Tafa, Jimmy, Mat Ros dan Sahak.
liputan/ gambar : Rara dan Ainaa
Destinasi 2:Restoran Wadi Ar-Raudhah
December 22, 2011 by Rarra
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita
Comments Off
SEREMBAN, 20 Dis. – Para peserta Program kembara cuti-cuti 1 Malaysia jejak perpatih V meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua, Restoran Wadi Ar-Raudhah yang terletak di Taman Seri Rahang.
Restoran Wadi Ar-Raudhah ini telah beroperasi lebih dari 10 tahun semenjak tahun 1998. Restoran Wadi Ar-Raudhah yang bermaksud lembah syurga beroperasi pada setiap hari isnin hingga jumaat bermula dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Pada hujung minggu Restoran ini juga menerima tempahan tempahan katering .
Restoran yang memilih konsep masakan kampung ini menyajikan lebih dari 50 jenis lauk pauk setiap hari buat hidangan kepada pengunjung yang datang.
Wadi Ar-Raudhah juga turut menyediakan kemudahan ruang makan dan dewan makan mini sekiranya ada pelanggan yang ingin mengadakan majlis dan jamuan. Dewan ini dilengkapi dengan audio sistem. Dewan makan mini ini mampu memuatkan 80 hingga 100 orang.
Wadi Ar-Raudhah menyediakan juga perkhidmatan lain seperti katering bagi majlis perkahwinan, hi-tea, buffet dan makan malam.
Para peserta juga diberikan kesempatan apabila Puan Jamilah telah memberikan tunjuk ajar cara cara membuat lempeng pisang serta ‘daging masak lompap’ (gulai kawah).
Akhir lawatan, peserta telah dihidangkan dengan masakan kampung seperti rendang kerbau, gulai ayam cili api, acar buah dan keli goreng cili padi.
keterangan lanjut mengenai Restoran Wadi Ar-Raudhah sila hubungi 019-3508426(PN NORMAH) dan 014-5095046 ( EN FARIES).
Destinasi 1: Rantau Agro Park Bakal Dikenali
December 22, 2011 by Rarra
Filed under Kembara Cuti Malaysia N9kini, Lain Lain Berita
Comments Off
RANTAU : 20 Dis. – Seramai lebih 80 peserta dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyertai Program Kembara Cuti-cuti 1 Malaysia Jejak Perpatih V yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Negeri Sembilan dan GayaTravel mulai 20 sehingga 23 Disember.
Program ini diadakan untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang produk-produk baru yang perlu dipromosi kepada orang luar bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Negeri Sembilan.
Dua orang Krew N9kini , Ainaa dan Rarra turut serta dalam program ini bagi membantu Kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkenalkan produk produk pelancongan di Negeri Sembilan.
Pada jam 8 pagi, semua peserta berkumpul di Stesen KTM Seremban bagi sesi pendaftaran. Para peserta diberi kelengkapan yang sempurna seperti kemudahan pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum.
Rantau Agro Park merupakan destinasi pertama yang dikunjungi oleh para peserta. Rantau Agro Park merupakan sebuah dusun buah-buahan tempatan dan juga berfungsi sebagai pusat latihan. Ianya terletak di Kampung Seri Lalang, Rantau. Perjalanan ke Rantau Agro park ini dari Seremban, Port Dickson dan Kuala Lumpur kurang dari 1 jam.
Pelbagai aktiviti mencabar yang disediakan di sini. Rantau Agro Park mempunyai kawasan seluas 100 ekar yang terletak berhampiran dengan kawasan hutan kampung.
Semua bangunan yang dibina adalah berasaskan buluh dan ianya mula beroperasi sejak 3 Januari 2011 dan sepanjang tempoh ianya mula beroperasi seramai 13,000 pengunjung telah melawat kawasan ini. Rantau Agro park ini diuruskan oleh Setaracita Adventure Sdn. Bhd.
Kemudahan yang disediakan di Rantau Agro Park adalah sebuah dewan utama, sebuah surau, asrama lelaki dan perempuan, dan chalet untuk kemudahan bagi program kursus kursus jati diri dan juga program program berasaskan pasukan.
Aktiviti luar yang boleh dijalankan di Rantau Agro Park adalah jungle trekking, treasure hunt, obstacle, nightwalk dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Rantau Agro Park seperting Katering, mencetak banner, mencetak t-shirt dan sebagainya.
Di akhir lawatan, para peserta dihidangkan dengan cucur kodok dan ubi rebus yang merupakan makanan tradisonal di Negeri Sembilan.
laporan / Gambar : Ainaa /Rarra N9kini.com











































































