06/06/10 Hari persandingan putera sulung MB

June 6, 2010 by  
Filed under Galeri MB, Majlis Perkahwinan Anak MB

Comments Off



Sekitar Sambutan Hari Belia Negeri Sembilan 2010

May 30, 2010 by  
Filed under Galeri MB, Program Harian Menteri Besar

Majlis Perasmian Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Terbilang Jabatan Pelajaran N.Sembilan 2009 di Dewan SDAR

May 25, 2010 by  
Filed under Galeri MB

MB menyaksikan persembahan sistem matrilineal yang akan memperkenalkan Negeri Sembilan kepada dunia luar

Apa yang boleh membezakan Negeri Sembilan  dengan negeri negeri lain di dunia ini adalah  sistem matrilineal. Ia nya adalah identiti kita, jati diri kita dan kaedah kita memperkenalkan diri kepada orang lain sama ada dalam konteks sosial mahupun bidang lain khususnya pelancongan.

Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Oktober 2009 yang lalu telah mengundang minat mendalam kepada sebuah stesen kabel TV antarabangsa untuk mengabadikannya sebagai tontonan umum.

Penghasilan serta penyiaran dokumentari ini kelak akan disiarkan  ke seluruh dunia, saya yakin negeri tercinta ini akan mula dikenali melalui keunikan budayanya yang tersendiri.

Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia, Discovery Networks, Istana Besar Seri Menanti serta agensi Kerajaan Negeri yang telah menjayakan penerbitan ini.

Bandar Di Raja Seri Menanti akan menjadi sebutan masyarakat dari pelbagai benua khususnya Eropah dan Amerika. Sehubungan itu, tidak keterlaluan jika dinyatakan lokasi-lokasi lain di negeri ini juga bakal menjadi daya tarikan kepada para penggemar budaya dan adat resam sejagat sekiranya kita sama-sama berupaya menyuburkan kepentingannya.

Usaha-usaha bersepadu akan digerakkan oleh kerajaan negeri untuk menonjolkan imej Negeri Sembilan sebagai destinasi yang sentiasa subur dengan khazanah budaya.

Promosi mengenai sejarah dan pengamalan budaya tempatan yang unik sudah pasti memberi nilai tambah kepada pelancong luar. Setiap nilai dan budaya tradisi yang baik akan  dikembangkan, diperkukuh dan dipertahankan.

Begitu juga dengan Adat Perpatih yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia merangkumi hal ehwal sosial, perkahwinan, pentadbiran dan pemilihan takhta negeri.

Galeri MB bersama Rakyat

May 23, 2010 by  
Filed under Galeri MB


P>