06 MEI 2012 – Menteri besar berkata, silat seni ini harus di pertahankan kerana ia merupakan tradisi silat melayu zaman berzaman. “Sisipkan kerohanian dalam diri pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan silat seni ini dan perkasakan ilmu pendidikan mereka supaya dapat menghadapi kehidupan sebenar di masa hadapan,” pesan beliau kepada tenaga pengajar dan para guru. Beliau berucap ketika hadir di Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Peringkat Negeri 2012, kelmarin

May 6, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

28 APRIL 2012 – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan hadir untuk bersama-sama dengan ahli Pertubuhan Senamtara Taiji Qigong 18 Gaya bagi majlis makan malam bersempena Sambutan Ulangtahun ke-19 PSTQ 18 Gaya Negeri Sembilan di Restoran Min Kok, Seremban, malam tadi. Di dalam ucapan, beliau berpendapat senamtara taiji qigong 18 gaya ini merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai untuk kesihatan tubuh badan kepada mereka yang aktif bekerja dan jika taiji ini diamalkan, ianya mampu menjadikan tubuh badan sihat, bertenaga dan tenang.

April 28, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

28 PRIL 2012 – Port Dickson yang diisytiharkan Bandar Tentera Darat pada 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan saja menjadi lokasi tumpuan tentera, malah akan berubah menjadi bandar pelancongan bercirikan tentera sepenuhnya. Kunci itu diserahkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Zahid sebelum diserahkan kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

April 28, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

28 APRIL 2012 – Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, “kini penduduk tidak perlu lagi membayar premium sebanyak RM4.00 kepada Pejabat Tanah. Setelah perkara ini di bincangkan dan diteliti di dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan beberapa jabatan terlibat, Kerajaan Negeri sepakat mengenakan caj premium sebanyak RM0.10 bagi satu kaki persegi bagi pemilikan tanah yang didiami sejak sekian lama.” Penyerahan borang 5A ini berlangsung di Padang Bola Kampung Pasir Siliau, Rantau kelmarin.

April 28, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

23 APRIL 2012 : Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (tiga dari kiri), menyerahkan potret Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Halim Mu’azam Shah, di Majlis Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Dataran Merdeka. Turut menyaksikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis itu sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

April 23, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

21 APRIL 2012 – PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersarapan pagi dengan peniaga di Pasar Bandar Kim Fung, Sandakan, hari ini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Sabah bermula semalam.

April 21, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

21 APRIL 2012 – Seramai 72 orang mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya mendapatkan Ijazah Kelas Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dari seluruh IPTA menerima anugerah siswazah cemerlang yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Shah Alam Convention Center (SACC), malam tadi. Menteri Besar turut melancarkan simbolik penubuhan Persatuan Waris Adat Perpatih Negeri Sembilan di mana objektif penubuhan WARIS ini adalah untuk memperluaskan ilmu pengamalan dan penjagaan adat perpatih dan adat istiadat melayu dan menjadi tradisi masyarakat melayu yang kininya semakin terhakis dek arus pemodenan.

April 21, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

17 APRIL 2012 : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) bergambar bersama model terbaru kereta nasional Proton Prevere di Majlis Pelancaran Proton Preve di Seri Kembangan semalam. Turut hadir bekas Perdana Menteri selaku penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamad (kanan), Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga dari kiri).

April 17, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

16 APRIL 2012 : PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) bagi tujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen, hari ini.

April 16, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

14 APRIL 2012 : YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (dua dari kiri) beramah mesra dengan (dari kiri) Datuk Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Nordin sebelum acara Golf Diraja bermula di Glenmarie Golf and Country Club (GGCC) di Shah Alam, hari ini sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Rabu lalu.

April 14, 2012 by  
Filed under Featured

Comments Off

« Previous PageNext Page »