Solekan semanis gula

February 25, 2013 by  
Filed under Shoppe Guide

Comments Off

MENGAMBIL ilham daripada warna-warna pastel di pentas-pentas peragaan, L’Oreal Paris tampil dengan koleksi alat solek yang ‘manis’ bak gula, Miss Candy.

Koleksi alat solek edisi terhad ini menampilkan rangkaian warna-warna pembayang mata dan pengalit bibir yang sukar untuk ditolak sehingga hampir cukup ‘enak’ untuk dimakan.

Miss Candy didedikasikan untuk wanita yang mahu ceria dengan solekan segar sedia untuk ke parti.

Tiga tona warna untuk pembayang mata merah jambu Naughty Strawberry, coklat semulajadi Tender Caramel dan biru menawan Sassy Marshmallow sesuai untuk kedua-dua solekan siang dan malam. Boleh diperoleh pada harga RM35.90 selagi stok masih ada.

Bagi pangalit bibir pilihan warnanya adalah merah Miss Raspberry, merah jambu Miss Marshmallow dan oren terang Miss Apricot. Boleh diperoleh pada harga RM53.90.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20130220/fe_04/Solekan-semanis-gula#ixzz2Lsq8Pt5V
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dunia rekaan JEDAN

February 19, 2013 by  
Filed under Shoppe Guide

Comments Off

SUSUNAN ratusan busana terbayang di fikiran penulis sebaik sahaja diundang mengadakan sesi fotografi bersama Jedan.

Sangkaan penulis ternyata benar kerana butik Jedan menyediakan pelbagai busana termasuk kaftan kontemporari, kurung dan kebaya tradisi yang komersial, jubah atau abaya terkini menjadikan hasil tangan perekanya, Shahidan Hashim, semakin melekat di hati ramai.

Konsep butik yang terletak di Tingkat 3, SACC MALL, Shah Alam, Selangor ini sesuai dengan trend orang ramai masa kini.

Pilihan dekorasi butik lebih mengutamakan keselesaan pengunjung seolah-olah berada di kediaman dan bilik mereka sendiri.

Koleksi pakaian disusun mengikut tema bagi memudahkan proses pemilihan.

Susun atur meja dan tempat duduk di ruang depan memudahkan pelanggan berbincang mengenai fesyen yang mereka minati. Pengunjung juga dapat beristirehat di ruang tersebut. Perabot-perabot disusun ringkas sambil menerapkan nilai-nilai klasik dan moden.

Ini yang dikatakan sentuhan emas kerana segenap ruang yang ada tidak terlepas untuk dihiasi.

Suasananya begitu santai dan privasi untuk berbual bersama rakan-rakan sambil mencuba pakaian yang dipamerkan dan dijual di situ.

Tidak perlu risau, walaupun tidak membeli, namun anda masih boleh mencuba pakaian tersebut.

Berkunjung ke Jedan mungkin dapat mencetuskan ilham untuk mencari baju kurung sesuai dengan potongan badan anda.

Diselitkan juga beberapa barangan antik yang diperbuat daripada kayu.

Sementara itu, Shahidan menyusun pakaian mengikut tema bagi memudahkan proses pemilihan.

RekaanBercerita tentang rekaan fesyen, Shahidan memang terkenal menghasilkan busana yang dapat menyembunyikan kekurangan bentuk badan wanita.

Walaupun dikategorikan sebagai busana berharga ribuan, ramai mengakui Jedan mampu memberi keselesaan dan mencantikkan bentuk badan.

Bermula sebagai tukang jahit 22 tahun lalu, Shahidan memulakan legasinya di sebuah rumah sebelum berkembang di butik sederhana.

“Hari ini orang semakin cerewet memilih busana berbanding dahulu. Sebagai pereka, kita tidak boleh kering idea, bahkan kita perlu sentiasa mencari sesuatu yang baru,” tambahnya.

Walaupun mempunyai jadual kerja yang padat, Shahidan jarang membawa balik kerjanya ke rumah. Baginya, kediaman adalah tempat untuk keluarga.

“Idea rekaan kadang-kadang datang secara tiba-tiba. Jika benar-benar memerlukan, saya hanya melakukan lakaran kemudian membawanya ke butik. Proses jahit dan menyiapkan pakaian semuanya saya lakukan di butik atau di bengkel saya sendiri,” katanya.

Bagi yang mengenakan busana Muslimah, Jedan turut menyediakan selendang atau tudung seperti ‘tudung Siti’ atau scarf yang bergaya misalnya turban beraneka warna.

Ditanya tentang rahsia bertahan lama dalam bidang ini, Shahidan sangat mementingkan perkhidmatan pelanggan.

“Jedan memberi perkhidmatan sepenuh hati. Setiap kritikan berguna untuk memperbaiki kelemahan. Nasihat saya, jangan takut mencipta sesuatu yang baru,” ujarnya.

Ceria musim bunga

February 19, 2013 by  
Filed under Shoppe Guide

Comments Off

BUKAN sekadar kepuasan memiliki prestijnya tetapi lebih penting berkongsi nilai ketahanan dan ketelitian hasil buatan sesuatu produk berjenama.

Itu juga yang cuba dijanjikan oleh Coach, jenama barangan aksesori moden mewah dari Amerika Syarikat, setiap kali tampil dengan koleksi-koleksi terbaru.

Daripada rekaan, pilihan material asas hingga kepada memaksimumkan fungsi, segalanya diambil biarpun sekecil dompet duit mahupun rantai kunci.

Falsafah sama dialirkan dalam himpunan terbaru Koleksi Musim Bunga 2013 untuk wanita dan lelaki.

Koleksi ini yang sebahagiannya masih berada di pasaran, buat pertama kali dipertontonkan kepada pengunjung di butik Coach, di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mencerminkan warisan jenama ini yang berusia 70 tahun dalam barangan kulit mewah, pertukangan inovatif dan gaya ikonik, Coach mengemaskini koleksi terasnya, terutamanya pada koleksi Legacy.

Warna-warna, kulit-kulit dan sentuhan-sentuhan baru memberikan koleksi teras wanitanya sebuah rupa baru yang kelihatan segar untuk musim ini.

Diilhamkan daripada gaya-gaya yang paling ikonik dalam arkib Coach, koleksi Legacy diteruskan dengan pelbagai sentuhan klasik serta dikemaskini dengan pelbagai warna segar.

Sentuhan-sentuhan baru termasuk tas tangan Mini Tanner, yang menggabungkan rupa moden Tanner Tote, dengan saiz kecil dan bertali bebas.

Direka dengan pastel baru pada musim ini, beg tangan tote ini adalah contoh yang sempurna untuk sentuhan-sentuhan moden dan rekaan lebih padat.

Bagi yang mengutamakan banyak fungsi, pilihannya sudah tentu beg Romy Top Handle baru yang luas dengan reka bentuk lembut.

Lebih menarik fungsi serba gunanya boleh dipakai dengan pemegang boleh laras atau dengan tali panjang untuk silang badan atau beg bahu.

Pada skala yang lebih kecil beg genggam, Legacy Kimball Clutch mudah alih dan Hadley Clutch memberi musim ini dengan warna yang lebih segar, termasuk karang dan limau.

Gaya yang ketara dalam koleksi ini, termasuk Legacy Duffle, kembali dengan warna-warna yang lembut dan elegan seperti lemon dan chambray.

Koleksi Madison

Dalam pada itu koleksi Madison yang moden juga kembali pada musim bunga ini, diperbaharui dengan palet warna bertenaga dan mempunyai hiasan warna.

Sentuhan-sentuhan baru terdapat pada Carryall yang sofisikated dan mempunyai banyak fungsi serta pada Large East West Tote yang serba guna.

Kulit eksklusif Gathered Leather kembali dalam warna kaya baru, manakala edisi terhad koleksi Madison Pinnacle mempunyai dua rekaan baru, Lia yang sofisikated dan Emma yang elegan.

Kedua-duanya dilengkapi dengan perkakasan rantai gabungan yang melengkapi kulit mewahnya, kulit-kulit yang mempunyai edisi terhad.

Madison Leather Isabelle yang lembut dan feminin, pada mulanya diperkenalkan pada musim luruh lepas, kali ini diperkenalkan lagi di musim bunga dengan reka bentuk yang lebih kecil, memberi rupa yang lebih menawan.

Seterusnya koleksi Poppy yang bertenaga diperkenalkan semula untuk musim bunga ini dengan reka bentuk dan platform baru.

Kulit yang mempunyai hiasan warna, lelubang dan palet warna yang bertenaga mengemaskini koleksi ini dengan kontras grafik dan tekstur.

Cetakan segar bunga-bungaan dan Embroidered Signature C yang baru menambah dimensi kepada kepelbagaian fabrik.

Reka bentuk utama termasuk East West Tote, dihiasi dalam warna terang seperti warna ceri menyerlahkan sifat kesopanan.

Beg-beg tangan bergaya ini menawarkan fleksibiliti dan keselesaan serta fesyen, membolehkan sesiapa saja membuat peralihan tenaga dari siang ke malam.

« Previous PageNext Page »