Olahraga catat dua rekod

June 15, 2010 by  
Filed under Sukan, SUKMA

MELAKA – Dua rekod baru temasya berjaya dicipta apabila olahraga Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 membuka tirai di Stadium Hang Jebat semalam.

Rekod pertama dicipta dalam acara baling tukul besi lelaki menerusi atlet Sarawak, Jackie Wong dengan lontaran sejauh 55.14 meter, memadam rekod milik rakan senegeri, Chong Chen Tat 46.54m.

Jackie meraih emas menewaskan Ng Chee Chew dari Perak dengan lontaran sejauh 41.86m, manakala gangsa milik seorang lagi atlet dari Bumi Kenyalang, Yek Chu Hao dengan 40.70m.

Rekod kedua pula lebur dalam acara lompat tinggi wanita apabila Norliyana Kamarudin dari Negeri Sembilan melakukan lompatan 1.76m sekali gus meleburkan rekod Nur Aishah Ismail dari Selangor dengan 1.75m pada temasya 1998.

“Saya mencuba sedaya upaya untuk memecah rekod kebangsaan tetapi tumpuan saya sedikit terganggu dengan sorakan penonton. Apa pun saya berpuas hati kerana berjaya memecah rekod kejohanan,” katanya.

Sementara itu, acara 5,000 wanita akhir pula dimenangi atlet Pulau Pinang, Song Gie Chee mencatat kepantasan 25:43.55s.

Dalam acara lempar cakera pingat emas dimenangi oleh Yap Jeng Tzan dari Negeri Sembilan dengan lemparan sejauh 46.01m.

Bagi acara 400m wanita dimenangi oleh Nurul Assikin Mohd. Rashid dari Johor (56.87s), perak milik Nurul Faizah Mazlan dari Terengganu (57.32s) dan rakan senegeri Farahana Musa mendapat gangsa (58.52s).

Acara 400m lelaki milik P. Yuvaraaj dari Kedah (47.46s), Muhammad Idris Zakaria dari Terengganu memperoleh perak (48.45s) dan gangsa diraih Amir Fakhri Ismail dari Kelantan (48.46s).

Acara lompat kijang pula emas dimenangi Md. Hakimi Ismail dari Perak (15.44m), perak milik Mohd. Ammar Fitri dari Kedah (15.33m) dan Juhari Mohd. Sajari dari Johor meraih gangsa (14.95m).

Tuan rumah Melaka turut meraih emas dalam 5,000m lelaki menerusi J. Karthik (15:18.38s).

SUKMA: 16 Rekod Baru Dalam Acara Memanah

June 14, 2010 by  
Filed under Sukan, SUKMA

MELAKA, 12 Jun (Bernama) — Enam belas rekod baru dicipta dalam acara memanah pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dekat sini, Sabtu.

Antaranya ialah rekod bagi kategori ‘recurve’ lelaki 90 meter yang dipecahkan oleh Mohd Izzudin Abd Rahim dari Pulau Pinang dan Mohd Zulkifli Tahil dari Wilayah Persekutuan.

Mohd Izzudin memperoleh 296 mata manakala Mohd Zulkifli 294 mata, mengatasi rekod lama yang dipegang Mohd Marbawi Sulaiman dari Sabah pada Sukma 2002 dengan 292 mata.

Selain itu, dalam kategori wanita, atlet kebangsaan menguasai pungutan pingat termasuk Noor Aziera Taib yang mewakili Perak dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dari Sabah.

Noor Aziera meraih dua emas dalam kategori ‘recurve’ 70 meter dan 60 meter manakala Fatin Nurfatehah menggondol satu emas dalam acara kegemarannya ‘compound’ 60 meter selain perak dalam kategori ‘compound’ 70 meter.

Fatin Nurfatehah yang merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara ‘compound’ 70 meter itu berkata beliau tidak berpuas hati dan sedikit kecewa dengan prestasinya dalam kategori tersebut.

“Saya melakukan kesilapan kecil (acara 70m) dan cuba menebus kembali dalam cara 60m,” katanya kepada Bernama selepas saingan itu.

Pada pertandingan Sabtu, Kelantan dan Sarawak masing-masing memungut dua emas manakala satu emas masing-masing oleh Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.MELAKA, 12 Jun (Bernama) — Enam belas rekod baru dicipta dalam acara memanah pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dekat sini, Sabtu.

Antaranya ialah rekod bagi kategori ‘recurve’ lelaki 90 meter yang dipecahkan oleh Mohd Izzudin Abd Rahim dari Pulau Pinang dan Mohd Zulkifli Tahil dari Wilayah Persekutuan.

Mohd Izzudin memperoleh 296 mata manakala Mohd Zulkifli 294 mata, mengatasi rekod lama yang dipegang Mohd Marbawi Sulaiman dari Sabah pada Sukma 2002 dengan 292 mata.

Selain itu, dalam kategori wanita, atlet kebangsaan menguasai pungutan pingat termasuk Noor Aziera Taib yang mewakili Perak dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dari Sabah.

Noor Aziera meraih dua emas dalam kategori ‘recurve’ 70 meter dan 60 meter manakala Fatin Nurfatehah menggondol satu emas dalam acara kegemarannya ‘compound’ 60 meter selain perak dalam kategori ‘compound’ 70 meter.

Fatin Nurfatehah yang merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara ‘compound’ 70 meter itu berkata beliau tidak berpuas hati dan sedikit kecewa dengan prestasinya dalam kategori tersebut.

“Saya melakukan kesilapan kecil (acara 70m) dan cuba menebus kembali dalam cara 60m,” katanya kepada Bernama selepas saingan itu.

Pada pertandingan Sabtu, Kelantan dan Sarawak masing-masing memungut dua emas manakala satu emas masing-masing oleh Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.

Pungutan Pingat Sukma

June 11, 2010 by  
Filed under SUKMA


Sehingga petang ini , Melaka masih lagi mendahului carta pungutan pingat dengan mengumpul  10 Emas. 3 Perak dan 3 Gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 16 pingat.Negeri Sembilan kini sedang  menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 5 Emas, 5 Perak dan 11 Gangsa dengan keseluruhannya 21 pingat mengekori rapat dibelakang Sarawak yang menduduki tempat kedua dengan mengumpul 6 Emas , 12 Perak dan 6 Gangsa dengan keseluruhannya 24 pingat.

Dalam pada itu juga,1 rekod sukma telah dicipta oleh atlet dari Sarawak iaitu Chui Lai Kwan dalam acara 50m kuak lentang dengan catatan masa 00.30.62

Negeri Sembilan Kuasai Arena Wushu

June 11, 2010 by  
Filed under SUKMA

MELAKA — Negeri Sembilan menguasai arena wushu pada hari ketiga kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 dengan pungutan tiga emas, satu perak dan empat gangsa di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini pada Khamis.

Pengurus pasukan Chong Kim Fatt menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil kerja keras pasukan yang telah mula berlatih sejak setahun setengah yang lalu.

“Kami juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, para guru dan ibu bapa atlet.

“MSN (Majlis Sukan Negara) turut membantu dari segi persediaan ‘physical fitness’,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat di sini.

Negeri Sembilan meraih emas menerusi kategori Jianshu lelaki dan wanita yang masing-masing dimenangi Wong Weng Sin dan Phoon E Yin serta Nandao wanita yang diwakili Tai Cheau Xuen.

Tuan rumah Melaka turut merangkul tiga emas menerusi Chai Fong Wei dalam kategori Daoshu wanita, Ho Mun Hua yang mengungguli Nandao lelaki dan Ng Shin Yii bagi Taijijian wanita.

Selain itu, atlet Kedah Ng Say Yoke, menjadi wira negeri jelapang padi itu apabila menyumbangkan dua emas menerusi kategori Chanquan pada Rabu dan Daoshu pada Khamis.

Anak kelahiran Alor Setar berusia 22 tahun itu amat gembira dan berpuas hati dengan pencapaiannya memandangkan tahun ini merupakan kali terakhir beliau beraksi di Sukma.

“Sangat gembira kerana saya memang sudah bersedia untuk Sukma… berlatih selama sebulan setengah di Fujian, China. Jadi dengan pencapaian ini berbaloilah latihan saya di China,” katanya kepada Bernama.

Ng mula menyertai sukan wushu sejak berumur sembilan tahun hasil galakan ibu bapa dan kini merupakan atlet kebangsaan.

Beliau berkata sasarannya selepas Sukma adalah pingat emas pada Kejohanan Wushu Dunia tahun depan setelah meraih gangsa pada kejohanan yang sama tahun lalu.

Melaka harap keajaiban atasi Selangor

June 11, 2010 by  
Filed under Sukan, SUKMA

MELAKA – Tuan rumah Melaka tidak mempunyai banyak pilihan, sebaliknya memerlukan keajaiban untuk menewaskan pasukan pilihan Selangor dalam perlawanan terakhir Kumpulan D acara bola sepak di Stadium Hang Tuah, hari ini untuk melangkah ke suku akhir Sukan Malaysia (Sukma) XIII.

Hanya kemenangan ke atas skuad Merah Kuning bakal menjamin tempat Melaka ke suku akhir, kerana mereka belum pernah layak ke peringkat itu sejak Sukma berlangsung pada 1986.

Sepatutnya Melaka tidak bersusah payah dan layak awal ke suku akhir mengiringi Selangor, tetapi kegagalan jentera serangan melakukan penyudah yang tepat, menjadi punca skuad tuan rumah tewas 0-1 kepada Sabah di Stadium Hang Tuah, semalam.

Lebih mengecewakan apabila dua peluang terbaik mencipta jaringan disia-siakan oleh ketua pasukan Ahmad Saufi Ibrahim, yang menyepak mengenai tiang gol sebelah kiri pada minit ke-71 dan kegagalan Mohd. Saiful Mustafa menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87.

Sebaliknya, Sabah yang dibelasah oleh Selangor 4-0 dalam perlawanan pertama, mencuri peluang terbaik mencipta jaringan hasil sepakan percuma Mohd. Ibnu Kassim pada minit ke-80 bagi menghidupkan harapan untuk mencari slot ke suku akhir.

Jurulatih  Melaka, Mahazir Taha berkata, seluruh kesebelasan utama Melaka yang akan diturunkan malam esok berdepan tugas getir bertemu Selangor perlu memerah lebih keringat jika ingin memastikan impian untuk ke suku akhir menjadi kenyataan.

Gimnas Johor Cipta Kejutan

June 11, 2010 by  
Filed under SUKMA

JASIN, 10 Jun — Johor mencipta kejutan apabila Wan Mohd Akmal Hakim Wan Mohd Zain muncul juara dalam acara gimnastik artistik individu lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di sini Khamis.

Pada saingan di Dewan Politeknik Merlimau di sini, gimnas Johor itu berjaya memperoleh jumlah mata 73.500 untuk mengalahkan juara bertahan Mohd Azzam Azmi dari Selangor yang menerima pingat perak dengan catatan 75.100 mata.

Pingat gangsa disandang oleh seorang lagi gimnas Selangor, Danniel Iskandar dengan perolehan mata 74.150.

Jurulatih Johor, Stanoy Borisov dari Bulgaria, ketika ditemui Bernama, berkata beliau berbangga dengan kemampuan Wan Mohd Akmal Hakim mengatasi dua gimnas pilihan dari Selangor itu.

Sementara itu, gimnas negara yang mewakili Selangor, Farah Ann Abd Hadi menepati ramalan apabila memperolehi pingat emas dalam acara gimnastik artistik individu wanita dengan jumlah mata sebanyak 52.100.

Farah Ann, yang kali ketiga menyertai SUKMA, memperolehi 12.900 mata untuk disiplin melombol, palang bertingkat (13.100), batang titian (12.800) dan senaman lantai (13.300).

Pingat perak dimenangi oleh atlet bukan pilihan dari Pahang, Norhasleen Fatihin Hasnan dengan memperolehi jumlah mata sebanyak 51.850 manakala gimnas harapan Melaka, Tracie Ang hanya mampu memperolehi pingat gangsa dengan 51.250 mata.

Farah Ann berkata beliau tidak menjangka kejayaan itu kerana terpaksa menghadapi saingan sengit dari peserta lain. Bagaimanapun, beliau bangga kerana akhirnya meraih gelaran itu selepas menyertai Sukma pada 2006 dan 2008.

Saingan gimnastik akan bersambung esok dengan menawarkan enam pingat emas bagi enam acara apparatus gimnas lelaki dan empat pingat emas bagi empat acara apparatus gimnas wanita.

Pungutan Pingat SUKMA – N 9 di tempat kedua

June 10, 2010 by  
Filed under SUKMA

Sehingga berita ini ditulis , Negeri Sembilan kini sedang  menduduki tempat kedua dalam kiraan pungutan pingat di belakang Melaka yang memungut 6 Emas  1 Perak dan  1 Gangsa  berjumlah 8 pingat keseluruhan nya. Negeri Sembilan telah memungut 3  emas 3 perak 5 gangsa dan jumlah pungutan pingat sebanyak 11 pingat.

Sarawak pula telah memungut sebanyak 2 pingat emas 5 pingat Perak dan 2 pingat gangsa yang menjadikan keseluruhan sebanyak 9 pingat di tempat ketiga.

Sabah Tewaskan Melaka Dalam Saingan Kumpulan D

June 10, 2010 by  
Filed under SUKMA

MELAKA, 10 Jun (Bernama) — Sabah menewaskan pasukan tuan rumah Melaka 1-0 pada perlawanan bola sepak kumpulan D Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Stadium Hang Tuah di sini, Rabu malam.

Gol Sabah dijaringkan oleh Mohd Ibnu Kassim pada minit ke-80.

Dalam perlawanan kumpulan sama di stadium itu, Selangor menewaskan Sarawak 2-0.

Dua gol Selangor dijaringkan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham pada minit ke-38 dan 60.

Dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Tun Fatimah di sini, Kedah menewaskan Perlis 2-1.

Gol Kedah dijaringkan Mohd Hisham Mohd Shofi pada minit ke-75 dan Mohamad Rozaidi Abdul Rahim pada minit ke-94 manakala gol Perlis disumbangkan Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-43.

Juga di stadium berkenaan dalam kumpulan sama, Wilayah Persekutuan seri tanpa jaringan dengan Perak.

Dalam perlawanan kumpulan C di Sekolah Menengah Seri Kota, Kelantan mengalahkan Pulau Pinang 1-0. Gol negeri pantai timur itu dijaringkan oleh Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-81.

Pada sebelah petang di padang sama, Pahang mengalahkan Johor 3-2 dalam saingan kumpulan B.

Gol Pahang disumbangkan oleh R. Surendran pada minit ke 44, Syed Farul Hakim Syed Mahmud minit ke-68 dan Muhammad Fauzi Rozlan minit ke-74.

Dua gol Johor itu dijaringkan Mohd Shoufiq Mohamad Kusaini pada minit ke-22 dan Yuhendri Rusdi pada minit ke-29.

Perlawanan yang masih dalam peringkat kumpulan akan bersambung Jumaat ini.

– BERNAMA

Lima Pingat Emas Bakar Semangat Tuan Rumah

June 10, 2010 by  
Filed under SUKMA

MELAKA, 10 Jun (Bernama) — Kontinjen tuan rumah, Melaka memulakan kempen dengan bergaya apabila berjaya meraih lima pingat emas pada Rabu.

Melaka memulakan kempen bergaya dengan meraih tiga daripada enam pingat emas yang ditawarkan dalam acara wushu.

Pingat emas Melaka itu diperolehi melalui Ho Mun Hua (Nanquan lelaki), Chai Fong Wei (Changquan wanita) dan Ng Shin Yii (Taijiquan wanita) dalam acara wushu.

Tuan rumah turut memperoleh perak dalam acara Taijiquan lelaki dan gangsa menerusi Changquan lelaki.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas menyampaikan pingat untuk acara wushu berkata kejayaan tersebut adalah sebagai langkah permulaan yang positif untuk Melaka meneruskan usaha bagi menambah bilangan pingat apabila lebih banyak acara berlangsung pada Khamis.

“Kehadiran dua pingat emas awal itu diharap dapat menyuntik semangat kepada atlet-atlet Melaka yang lain yang akan memikul tanggungjawab menyertai kesemua 33 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya tahun ini,” katanya.

Selain wushu, turut menyumbang pingat emas untuk negeri Bandaraya Bersejarah ini ialah ialah gimnas cilik mereka — Goh Mae Jenn, Loh Hui Xin, Nur Azian Irdahani Abdullah, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang — dalam acara gimnastik artistik berpasukan wanita.

Pingat emas terakhir Melaka diperolehi menerusi acara pencak silat (Tempur Ganda lelaki) Mohammad Hafifi Abdul Hamid dan Mohd Nazir Abu Bakar selepas memperolehi 565 mata.

Pingat perak menjadi milik gandingan Muhamad Firdaus Sabarudin dan Mohd Shahrul Nizam Ahmad Sabri dari Pahang yang mendapat 555 mata, manakala pingat gangsa menjadi milik pesilat Sarawak, Gadaffi Bahri Hamdan dan Hazwan Bojeng yang mengumpul 540 mata.

Sementara itu dalam acara bola sepak, Kedah memperolehi kemenangan pertama mereka untuk menguasai Kumpulan A selepas menewaskan Perlis 1-0, manakala Pahang meneruskan penguasaan dalam Kumpulan B selepas menewaskan Johor 3-2.

Dalam perlawanan lain, Kelantan menewaskan Pulau Pinang 1-0 dalam Kumpulan C dan Selangor menewaskan Sarawak 2-0 dalam Kumpulan D, sementara Wilayah Persekutuan dan Perak, seri tanpa jaringan.

Pasukan tuan rumah, Melaka tewas kepada Sabah 0-1 dalam perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Hang Tuah.

Melaka akan bertemu Selangor pada 11 Jun ini untuk melengkapkan jadual liga mereka.

Pada Khamis, sebanyak 13 pingat emas lagi ditawarkan melalui acara gimnastik artistik (dua), pencak silat (empat) dan wushu (tujuh).

– BERNAMA

Melaka, Negeri Sembilan Kuasai Hari Pembukaan Wushu

June 10, 2010 by  
Filed under SUKMA

MELAKA, 9 Jun (Bernama) — Melaka dan Negeri Sembilan menguasai pungutan pingat pada hari pembukaan sukan wushu Sukan Malaysia ke-13 (Sukma) yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini Rabu.

Daripada enam pingat emas yang dipertandingkan hari ini, Melaka berjaya meraih tiga pingat melalui acara Nanquan lelaki, Changquan wanita dan Taijiquan wanita.

Tuan rumah turut memperoleh perak dalam acara Taijiquan lelaki dan gangsa menerusi Changquan lelaki.

Negeri Sembilan pula cemerlang dengan pungutan 1 emas, 1 perak bagi acara Nanquan wanita dan 1 gangsa bagi acara Taijiquan lelaki.

Kedah turut memulakan kiraan pingat hari ini apabila memperoleh satu emas menerusi acara Changquan lelaki yang dimenangi Ng Say Yoke dengan 9.70 mata.

Sementara itu atlet nasional Loh Jack Chan yang mewakili Sarawak dalam acara Tajiquan lelaki menunjukkan aksi cemerlang apabila mendapat 9.75 mata, sekaligus menyumbangkan satu emas untuk negerinya.

« Previous PageNext Page »