Saiful bakal nikah

May 18, 2013 by  
Filed under Sukan

Comments Off

Kota Bharu: Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan mengakhiri zaman bujangnya apabila memilih personaliti dan pembaca berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman, sebagai bakal isterinya.

Nik Suryani ketika dihubungi berkata, majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Pusat Taman Konvensyen Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, pada 25 Mei ini.

 Kami sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan bertunang pada 20 Oktober tahun lalu dengan majlis yang dihadiri keluarga terdekat, katanya ketika dihubungi BH.
Bagaimanapun, pengacara rancangan ‘Teganu Kita’ itu enggan mengulas lanjut.

Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Ketika itu, beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Isu MB: Azmin bebas tindakan parti

May 15, 2013 by  
Filed under Sukan

Comments Off

PETALING JAYA – PKR tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah hari ini.

“Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja.

“Isu Azmin itu kita anggap selesai setelah Khalid angkat sumpah.

“Proses seterusnya adalah menunggu pemilihan exco kerajaan negeri Selangor daripada wakil ketiga-tiga kompenan parti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata, isu melibatkan jawatan menteri besar itu tidak dianggap sebagai isu besar sehingga perlu diambil tindakan.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung wujudnya laporan bahawa isu Azmin itu telah dibawa ke jawatankuasa disiplin, beliau menafikan perkara itu.

“Tidak ada, mesyuarat lepas  turut dihadiri pengerusi jawatankuasa disiplin tidak ada perkara berkenaan diputuskan.

“Kalau ada kita tunggu mesyuarat biro politik esok kerana semua kes seperti itu biasanya ada di atas meja saya tetapi tidak ada,”katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau kesal dengan kenyataan Azmin yang mengkritik presiden PKR kononnya wujud dasar nepotisme dalam parti.

Ketuanya, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, kritikan Azmin secara terbuka itu melanggar disiplin parti dan perlu diambil tindakan.

Minggu lalu, Azmin dalam sidang medianya menyatakan kekecewaan beliau terhadap pimpinan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak mengamalkan konsesus dalam membuat keputusan.

Azmin juga melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di dalam lamam mikro tweeter miliknya sehingga banyak khabar angin tersebar kononnya beliau akan meninggalkan PKR.

Lima perkara yang Kit Siang mahu…

May 15, 2013 by  
Filed under Sukan

Comments Off

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut lima perkara sekaligus menjawab soalan yang dilontarkan sebuah akhbar mengenai tajuk artikel, ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’, baru-baru ini.

Kit Siang
Kit Siang bersama pimpinan DAP dan PR kawasan Batu Pahat.

Petikan akhbar itu menyifatkan Kit Siang tidak boleh duduk diam walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 lalu.

Orang kuat DAP itu menggariskan lima perkara yang perlu dilunaskan kerajaan dan bertegas akan terus ‘bising’ selagi ia tidak direalisasikan.

Perkara pertama yang dituntut ialah pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang.

Menurutnya, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi.

“Perkara kedua yang saya tuntut ialah Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka.

“Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umum atau kecil perlu dilakukan secara aman,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Dun Penggaram, semalam.

Beliau berkata, perkara ketiga yang dituntutnya ialah keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang.

Jelasnya, jika diperhatikan sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu, berbanding dengan pemimpin pihak pembangkang.

Kit Siang berkata, perkara  keempat yang dituntut ialah pendidikan  negara ini perlulah setaraf dengan  negara luar, yang mengamalkan  sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, bukannya hanya dipandang di dalam negara sahaja.

“Ini kerana, ada sesetengah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan negara, terutamanya pendidikan tinggi, yang hanya sesetengah negara sahaja yang mengiktirafnya.

“Seterusnya, perkara terakhir yang saya tuntut ialah, negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman, dan wujudnya budaya sihat persaingan termasuklah dalam politik,” katanya.

Next Page »