NS gagal menyerlah kembali
February 15, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, DUNIA SUKAN, Sukan
Comments Off
PAROI, 15 Feb – Pasukan Negeri Sembilan tidak mempamerkan persembahan menarik malam tadi apabila hanya mampu seri 1 berbalas 1 dengan Selangor PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Walau pun mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri, pasukan NS gagal manfaatkan peluang tersebut.
Gol pertama PKNS di sempurnakan oleh Paulo Sergio Ferreira di minit ke 42 melalui sepakan penalti setelah berlaku serangan bertali arus di kawasan gol NS dan bola mengena tangan Zulfaizham Kamis apabila dia berusaha menahan kemaraan PKNS.
Kedudukan PKNS mendahului NS tidak bertahan lama apabila Jean Effa Owona menyamakan kedudukan melalui tendangan percuma berbisanya di luar kotak penalti di minit ke 45.
Di babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan beraksi hambar apabila tiada sebarang gol dan penyudah yang mampu menambah gol pasukan masing-masing.
Tiga kad kuning di layangkan sepanjang perlawanan yang dikemudikan oleh pengadil perlawanan, Kamal Ahmad.
Namun, malam tadi Pasukan Negeri Sembilan telah menurunkan pemain import Marian Farbak yang bermain di posisi pertahanan tengah dari Slovakia bagi memperkuatkan pasukan NS.
Pemain ini beraksi di kelab liga divisyen 1 Slovakia,Kelab terakhir yang diwakilinya adalah kelab Tatran Presov.
Dengan mempunyai ketinggian 1.93 meter, pemain ini mempunyai kelebihan mengekang serangan pihak lawan dan memberi kelebihan kepada pasukan NS.
Pemain ini perlu segera mencari keserasian bersama rakan sepasukan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Negeri Sembilan.
Turut menyaksikan perlawanan ialah Presiden PKNS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Oleh Dudi Aziz / Gambar : Ismail Othman
T-Team tewas 1 – 2 kepada NS
February 9, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, News1
Comments Off
PAROI, 09 Feb – Formula terbaik dari pengendali pasukan Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah malam tadi menebus kekecewaan pasukan rusa yang sebelum ini berkeputusan seri dengan pihak lawan di beberapa siri perlawanan.
Dengan meletakkan Shukur Adan selaku ketua pasukan di bahagian pertahanan tengah memberikan kekebalan pada benteng pertahanan Negeri Sembilan di separuh masa pertama dan beberapa serangan dari T-Team dapat di patahkan.
Namun T-Team mendahului NS di minit ke-36 hasil tendangan percuma yang diambil ketua pasukan, Zairo Anuar Zalani di luar kotak penalti yang menjadikan beliau penjaring terbanyak liga.
Walaupun T-Team kendalian Ahmad Yunus Alif mendahului pasukan NS, Effa Owona telah mengikat keputusan seri dengan T-Team di minit ke-44 hasil tendangan percumanya pada jarak 25 meter.
NS menambah jaringan lagi di minit ke-65 melalui tandukan Ahmad Shakir Ali di sudut gol T-Team melalui hantaran cantik Shahruain.
Dengan mendahului gol 2 berbalas 1 memberikan mata penuh untuk pasukan hoben jang hoben di gelanggang sendiri.
Perlawanan yang turut di saksikan oleh Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, berpuas hati dengan pasukan rusa kendalian Azraai Khor Abdullah serta gandingan Ahmad Shakir Ali dan Effa Owona telah menampakkan keserasian.
Namun kelemahan dapat di lihat pada bahagian pertahanan apabila Shukur Adan bermain di bahagian tengah di separuh masa kedua.
Katanya lagi, pasukan NS sedang menguji pemain pertahanan dan ketika ini tiga orang berada di dalam penelitian.
Keputusan pengambilan pemain import pula akan diputuskan selepas itu kerana persatuan perlu berhati-hati untuk mengekalkan prestasi cemerlang pasukan. Menurut beliau lagi, pemain import bukan satu kemestian sekiranya mereka tidak cemerlang.
Menjawab soalan wartawan mengenai FAM menangani isu rasuah pula, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berpendapat tindakan FAM itu wajar kerana selama lima, enam tahun bersikap lembut.
Menjual perlawanan dan mengamalkan rasuah adalah tidak baik dan akan menjadikan industri bola sepak merudum. Isu ini telah wujud sejak 80an dan 90an dan perlu di tangani secara serius.
“Sekiranya pemain muda, pegawai, persatuan tidak ambil iktibar dari perkara ini, industri bola sepak Negara akan jatuh di tahap yang lemah.” Ujar beliau lagi.
Oleh : Dudi Aziz / Gambar : Ismail
JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2012 – FEBRUARI & MAC
January 31, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS
Comments Off
PERHATIAN: Kepada penyokong dan peminat N.Sembilan serta T-Team. Perlawanan bertarikh 07hb Februari 2012 bertempat di Stadium Paroi akan di tunda kepada 08hb Februari kerana memberi laluan kepada beberapa pemain yang terlibat dalam perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bahrain.

*KLIK JADUAL UNTUK LIHAT LEBIH JELAS
*KLIK JADUAL UNTUK LIHAT LEBIH JELAS
NS uji seorang lagi pemain import
January 31, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
SEREMBAN, 30 Jan – Negeri Sembilan petang tadi menguji pemain tengah Fernando Augusto de Abreu Ferreira yang juga bekas pemain Atletico
Madrid dan FC Porto di Stadium Tuanku Abdul Rahman, (STAR) Paroi.
Selepas memiiki Jean Emmanuel Effa Owona, skuad Hoben Jang Hoben dalam usaha mengintai seorang lagi pemain import terbaru dari Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira, yang bermain pada bahagian pertahanan tengah.
Mempunyai reputasi tinggi kerana pernah beraksi dalam saingan La Liga bersama Atletico Madrid dan Racing Santander, pemain berusia 27 tahun itu pernah bermain bersama FC Porto pada peringkat remaja.
Menurut pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah, “Berdasarkan pemerhatian, keadaan fizikalnya nampak baik dan bebas daripada sebarang kecederaan.”
“Dia pernah bermain dengan pasukan simpanan Racing Santander dan Atletico Madrid, kelab terakhir disertai Fernando ialah IFK Mariehamn, sebuah kelab dari Finland dan pernah bermain dengan beberapa kelab lain di sekitar Eropah, ” katanya.
Antara kelab yang pernah disertai Fernando selain Racing Santander (2003-2007) dan Atletico Madrid (2008-09), dia pernah bermain dengan kelab Slovenia, Olimpija Ljubljana dan Olympiakos Nicosia dari Cyprus.
“Namun, status pemilihan pemain ini akan di ketahui selepas berbincang dengan jawatan kuasa PBNS di dalam mesyuarat. Sekiranya mesyuarat memutuskan bersetuju pengambilan ini, Fernando bakal di turunkan di perlawanan menentang T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pada 8 Februari ini.” Ujarnya.
Sesi pemilihan petang tadi turut disaksikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Presiden PBNS.
Oleh : Dudi Aziz
FAM tentukan nasib N.S, Felda
January 25, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
KUALA LUMPUR, 25 Jan -Insiden pergaduhan yang melibatkan pemain Negeri Sembilan dan Felda United dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Badan bola sepak itu akan membawa kes tersebut untuk tindakan Jawatankuasa Tatatertib.
Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, beliau telah mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku daripada pegawai kedua-dua pasukan selepas perlawanan berakhir.
Namun, Hamidin enggan memberi sebarang komen mengenai siapa yang dipanggil atau cara siasatan dijalankan kerana ia di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Abd Razak.
”Saya telah mendapat laporan mengenai insiden itu daripada kedua-dua pegawai pasukan pada malam hari perlawanan tetapi laporan rasmi akan dibuat pada esok (hari ini) kerana cuti umum Tahun Baru Cina.
”Selepas itu, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Mohd. Taufik Abd Razak untuk diteliti sama ada perlu memanggil saksi daripada kedua-dua pihak persatuan bola sepak.
”Saya tidak mahu memberi sebarang komen berlebihan dalam isu ini, lebih baik kita semua tunggu apa kata Datuk Taufik selaku pengerusi termasuk tarikh pendengaran kes berkenaan, ” katanya yang dihubungi, semalam.
Kekecohan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu lalu bermula apabila pemain Felda, Hardi Jaafar bergaduh dengan pemain import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona selepas perlawanan tamat.
Setelah dileraikan, Hardi meluru ke tempat duduk penonton tuan rumah yang hampir mencetuskan pergaduhan lebih besar sebelum pengadil mengambil tindakan melayangkan kad merah kepada bekas pemain kebangsaan itu.
Bertambah tegang, ketika penjaga gol Felda, Mohd. Hamsani Ahmad cuba masuk ke bilik persalinan, dia diserang oleh penyokong Negeri Sembilan dan hampir membuatkan bekas penjaga gol Selangor itu naik minyak, namun dapat dileraikan oleh pegawai keselamatan.
Atas insiden tersebut, lebih 1,000 penyokong Negeri Sembilan berkumpul di luar stadium sambil menanti pemain Felda sehingga memaksa pasukan keselamatan mengiringi setiap seorang pemain ke bas.
Sebelum itu, pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan dan Felda, Farid Ramli dilayangkan kad merah kerana terlibat dalam pergaduhan di atas padang.
Hamidin secara peribadi menyatakan kekesalan atas insiden berkenaan dan berharap pemain serta penyokong supaya lebih bijak mengawal emosi masing-masing.
”Perkara ini memang pernah berlaku dalam sukan bola sepak kita tetapi saya tidak mahu ia berterusan terjadi.
”Para pegawai setiap pasukan juga perlu pantas mengawal emosi pemain masing-masing agar perkara buruk dan konfrontasi dengan penyokong dapat dielakkan, ” katanya.
’3 kad merah hangat saingan’
January 24, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
Terjahan keras tidak disangka, undang rasa hilang sabar pemain: Azraai
KERAS dan panas! Itu rumusan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai aksi perlawanan antara Negeri Sembilan dengan FELDA United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang berkesudahan skuad bimbingannya mengutip mata penuh hasil kemenangan 1-0, malam kelmarin.
Tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin membabitkan pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar tetapi tindakan Hardi meluru ke arah tempat duduk penonton sebaik tamat perlawanan hampir mencetuskan pergaduhan.
Bagi Azraai, aksi terjahan keras di atas padang mengundang rasa hilang sabar pemain dan pihaknya mengakui situasi itu tidak dapat dijangka kerana masing-masing mahukan kemenangan tetapi beliau berpuas hati pemain memberi aksi terbaik untuk bangkit di laman sendiri selepas kecundang kepada Perak, Selasa lalu.
“Tiga mata yang kita inginkan tercapai walaupun Kunanlan dilayangkan kad merah. Kemasukan Shukor Adan yang pulih daripada kecederaan banyak membantu malam tadi (kelmarin).
“Syabas kepada pemain kerana mempamerkan persembahan seperti dirancangkan dan mencipta banyak peluang. Saya juga lega Shahurain (Abu Samah) sudah kembali menemui sentuhan,” katanya, semalam.
Pengendali berpengalaman itu yakin kemenangan kelmarin bakal menyuntik semangat dan keyakinan lebih tinggi buat skuad Hobin untuk mengumpul kemenangan dan meletakkan pasukan di kelompok teratas carta Liga Super.
“Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya.
NS kalahkan FELDA, 1 – 0 di STAR, Paroi
January 22, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
SEREMBAN, 21 Jan. – Negeri Sembilan menewaskan pasukan pelawat KL FELDA United malam tadi di Stadium Tuanku Abd Rahman, dengan jaringan 1 gol.
Jaringan gol tunggal Negeri Sembilan di jaringkan oleh Shahruain Abu Samah pada minit ke-53 separuh masa kedua.
Kedua-dua pasukan bermain cemerlang malam tadi, namun di cemari dengan beberapa insiden yang tidak di ingini sepanjang perlawanan berlangsung.
Penjaga gol KL FELDA United, Hamsani Ahmad mendakwa sinaran laser telah di pancar kan ke arahnya di babak pertama dan perlawanan terpaksa di berhentikan dua minit.
Di akhir babak pertama, S. Kunanlan, Negeri Sembilan telah di jatuhkan oleh Farid Ramli di luar kotak gol. Kemudian, berlaku adengan tolak menolak mengakibatkan pengadil perlawanan, Azman Jamaludin melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain S. Kunanlan (NS) dan Farid Ramli (FELDA).
Kehilangan tunggak sayap kanan, S. Kunanlan, telah memaksa ketua juru latih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah mengubah strategi perlawanan bagi mengisi ruang yang di tinggalkan S. Kunanlan.
Jean Effa Owona tidak diberikan ruang dan sentiasa di kawal ketat oleh pemain KL FELDA United .
Namun pemain tempatan juga dapat melakukan beberapa percubaan-percubaan yang bahaya. Shukor Adan, Ahmad Shakir Ali dan Shahurain Abu Samah berjaya mengucar kacirkan pertahanan FELDA.
Perlawanan agak tegang dan memaksa pengadil perlawanan, Azman Jamaludin bertindak tegas dengan menghadiahkan 5 kad kuning kepada pasukan pelawat dan 3 kepada pasukan Negeri Sembilan.
Kemenangan menentang KL FELDA United meletakkan Negeri Sembilan berada di kedudukan tempat kelima Siri Liga Super 2012.
Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan turut menyaksikan perlawanan ini.
Oleh : Dudi / Gambar : Mael
Shakir janji aksi terbaik
January 20, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
PENYENARAIAN semula dalam skuad kebangsaan menyuntik semangat penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali, untuk memberikan persembahan terbaik menanti kunjungan Felda United pada saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.
Pemain berusia 23 tahun itu yang mula menampakkan kebangkitan selepas menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan membenam Johor FC, 2-0 kini kian bersemangat untuk memberikan persembahan cemerlang bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.
Katanya, impian mewakili negara sentiasa menjadi sasaran tapi dia akui prestasinya sepanjang tahun lalu kurang memberangsangkan hingga tersisih daripada skuad kebangsaan.
“Namun dengan penyenaraian semula dalam skuad kebangsaan memberi semangat kepada saya beraksi lebih baik.
“Saya berterima kasih kepada jurulatih Ong Kim Swee yang menyenaraikan nama saya, begitu juga jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing saya meningkatkan persembahan,” katanya semalam.
Mengenai pertemuan dengan skuad bimbingan E Elavarasan, Shakir bertekad untuk mengulangi aksi cemerlang untuk meletakkan kembali skuad Hoben Jang Hoben dalam kelompok teratas carta liga.
Dia yang kini menggalas cabaran barisan depan kian serasi bersama pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona.
Azraai ceria – Shukor, Idris kembali
January 17, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
HAJAT Negeri Sembilan jelas sekali mahu turun ke gelanggang, malam ini untuk membenamkan Perak dengan apa cara sekalipun bagi mempertahankan reputasi.
Namun, skuad Rusa akur lawan bukan mudah ditundukkan di Stadium Perak, Ipoh ketika beranggapan skuad pimpinan Norizan Bakar itu sudah pasti enggan angkat ‘bendera putih’ di laman sendiri ketika masih terasa luka kalah tipis kepada Selangor, Sabtu lalu.
“Kedua-dua pemain itu dilihat sudah pulih daripada kecederaan dan memang kami mengharapkan mereka dapat diturunkan esok (malam ini) membantu meningkatkan lagi kekuatan pasukan terutama bahagian tengah.
“Apa pun, kita sudah menyusun strategi terbaik berdepan Perak dan saya tidak mahu pemain leka dan cepat puas hati, sebaliknya perlu meneruskan persembahan cemerlang kerana saingan Liga Super kian sengit.
“Pasukan perlu mengumpul sebanyak mungkin mata untuk kekal dalam kelompok teratas carta dan setiap pemain skuad Hobin Jang Hobin perlu konsisten mengekalkan rentak terbaik bagi merealisasikan kemenangan,” katanya, semalam.
TERKINI: Carta Liga Super Malaysia 2012 ( 15 JAN. 2012 )
January 15, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS
Comments Off



































































































