NS terus mara menewaskan Perak
May 16, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
PAROI, 15 Mei – Sukar diramal perlawanan NS melawan Perak malam tadi apabila kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan menarik dan aksi saling menyerang di babak masa pertama.
Kedua-dua pasukan menyaksikan corak permainan seimbang sehingga mengikat kedudukan seri satu sama pada separuh masa pertama di mana Perak mendahului gol melalui tendangan penalti Michal Kubala diminit ke-7 setelah dijatuhkan oleh Norisma Idham di kotak penalti.
NS merapatkan jaringan diminit ke-24 hasil tandukan tepat Effa Owona melalui sepakan sudut oleh Shahurain menjadikan keputusan terikat seri sehingga separuh masa pertama tamat.
Bermain di gelanggang sendiri dan berbekalkan semangat penyokong ‘hoben jang hoben’, pasukan Negeri Sembilan mengandakan usaha memburu gol bermula separuh masa kedua sehingga wisel penamat di bunyikan.
Gol kontraversi hasil tendangan Idris Karim tidak di kira diminit ke-63 apabila keputusan pengadil dan penjaga garisan tidak sependapat yang akhirnya memberi sepakan sudut buat NS.
Hasilnya, Effa meledak gol kedua NS melalui sepakan percumanya diminit ke-66 setelah beliau dikasari dari jarak 25 meter luar kotak penalti.
Serangan bertubi-tubi oleh Negeri Sembilan dan serangan balas pasukan Perak menjadikan perlawanan malam tadi panas dengan adengan kasar mengasari dan berlaku pergaduhan di tengah padang sehingga memaksa pengadil perlawanan melayangkan kad merah untuk Idris Karim dari NS dan Shahrul Nizam dari Perak di minit ke-80.
Sebanyak enam kad kuning dan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd Rahmat Jantan.
Gol ketiga NS di hasilkan oleh Marian Farbak diminit ke-83, apabila pertahanan Perak kucar kacir dari asakan NS melalui sepakan sudut yang di ambil Shahurain.
Kemenangan NS ke atas Perak malam tadi menambah mata penuh ke atas NS yang kini menduduki tangga ketiga carta Liga Super 2012.
Oleh : Dudi Aziz/ Ismail Othman
NS menambah 3 mata lagi
May 13, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
PAROI, 12 Mei – Selepas berjaya membenam pasukan gergasi merah kuning, Selangor di Stadium Shah Alam kelmarin, pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah semakin garang ketika beraksi di padang sendiri dengan membenam Johor FC hasil ledakan penyerang sensasi Effa dan juga Shakir Ali dua berbalas satu.
Hasil jaringan Johor FC di perolehi hasil sepakan penalti oleh Fernando Agusto diminit ke-38 apabila penyerang itu dijatuhkan oleh Rashid Mamud di dalam kotak penalti.
Namun, derita NS tidak lama apabila Effa menyamakan kedudukan di minit ke-42 hasil umpanan S. Kunanlan di hadapan pintu gol.
NS banyak mengasak dan hampir meledak banyak jaringan melalui percubaan bahaya Effa, Idris Karim, Firdaus Azizul, Shahruain dan juga S. Kunanlan di separuh masa kedua, tetapi tidak berjaya di sempurnakan sehingga Azraai Khor memasukkan Shakir Ali mengantikan Firdaus Azizul di minit ke-60.
Hasilnya, diminit ke-69, Shakir Ali berjaya meledak satu gol kemenangan hasil hantaran Shahurain yang menerima bola dari Effa dan berjaya mengelirukan pertahanan Johor FC kerana menyangka Effa akan mencuba dari bahagian tengah.
Kemenangan pada perlawanan ini, meletakkan NS berada di tangga ke-5 berkongsi 26 mata dengan Terengganu yang berada di tangga ke-4 liga.
NS akan bertemu Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 15 Mei ini.
Oleh : Dudi Aziz / Photo : Ismail Othman
NS calar imej Merah Kuning
May 9, 2012 by Ainaa
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
HAJAT Selangor meraih kemenangan berturut-turut buat kali pertama musim ini tidak kesampaian, sebaliknya mereka pula diaibkan di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada aksi ke-16 Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

PEMAIN Selangor Safiq Rahim (kanan) cuba dihalang pemain Negeri Sembilan Marian Farbak (kiri) pada pertemuan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan keputusan itu, Negeri Sembilan kini hanya satu mata kurang berbanding Selangor yang kekal di tangga keempat liga dengan 24 mata dan ketinggalan dua mata dengan pasukan tangga ketiga, Terengganu yang kurang satu perlawanan.
Gawang Selangor bocor seawal minit pertama berpunca daripada salah faham barisan pertahanan dan penjaga gol, G Jeevananthan yang mudah dimanfaatkan penyerang Negeri Sembilan, Firdaus Azizul untuk gol pertama pelawat.
Selangor yang menguasai permainan selepas itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16, namun sepakan Safiq Rahim hasil gerakan satu dua menarik dengan Bosko Balaban sempat ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias.
Firdaus terpaksa digantikan Nazrin Nawi pada minit ke-30 selepas mengalami kecederaan tetapi empat minit berselang, Negeri Sembilan berjaya menambah gol kedua menerusi rembatan kencang Ahmad Shakir Md Ali di depan pintu gol selepas tandukan awal Marian Farbak sekadar ditepis lemah Jeevananthan.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan terus selesa apabila berjaya mendapatkan gol ketiga, juga menerusi Ahmad Shakir pada minit ke-63 selepas percubaan tidak berbahaya penyerang kebangsaan itu dari luar kotak penalti sudah cukup untuk memperdayakan Jeevananthan yang tersalah langkah.
Gol sagu hati Selangor hanya menjelma pada masa kecederaan menerusi penyudah kemas Balaban untuk gol kelapannya dalam saingan liga musim ini.
Terengganu belum panik
April 19, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
NADA penuh yakin dilontarkan pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris mengenai peluang pasukan dari Pantai Timur itu dalam misi mendakap trofi Liga Super musim ini.
MANAF (kiri) bersaing dengan pemain sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada aksi Liga Super di Paroi malam kelmarin.
Menurut Mat Zan, dengan saingan liga masih berbaki 12 perlawanan, pintu luas sebenarnya masih terbuka buat anak-anak buahnya untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Terengganu bagi menjulang trofi berprestij itu buat pertama kali dalam sejarah.
Kelmarin, skuad Penyu sekadar memperoleh satu mata hasil kunjungan ke Paroi selepas diikat 1-1 oleh Negeri Sembilan.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Terengganu masih kekal di tangga ketiga liga, namun dipisah dengan jurang mata yang agak besar berbanding dua pasukan teratas – Lions XII dan Kelantan.
Terengganu dan Kelantan yang beraksi 14 perlawanan kini masing-masing mengumpul 25 dan 31 mata, sementara Lions XII mengumpul 36 mata daripada 17 perlawanan.
“Saya rasa kami tidak perlu risau dengan kedudukan semasa ini kerana saingan liga masih berbaki 12 perlawanan dengan jumlah maksimum mata yang ada adalah 36.
“Apa yang perlu kami lakukan sekarang adalah memberi fokus kepada setiap perlawanan dengan matlamat untuk meraih sebanyak mungkin mata sehingga ke akhir musim,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.
Justeru, Mat Zan tidak mahu terlalu panik dengan kedudukan ketiga yang dihuni pasukannya, sebaliknya berasakan ia adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan anak-anak buahnya.
“Bagi kami sendiri, ini adalah masa terbaik untuk memperbaiki segala kekurangan pasukan yang kembali bangkit untuk mengejar kedudukan Kelantan dan Lions XII,” ujarnya.
Mengulas mengenai perlawanan di Paroi kelmarin, Mat Zan mengakui, pasukannya sedikit bernasib baik apabila mampu membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan.
“Kalau diikutkan kepada permainan, Negeri Sembilan sepatutnya memenangi perlawanan itu, namun sepakan percuma pemain importnya pada penghujung perlawanan tidak mendatangkan hasil.
“Jadi, saya perlu memberi kredit kepada semua pemain yang telah bekerja keras dan memperoleh jaringan awal bagi memastikan kami tidak pulang kosong,” katanya.
Jelas Mat Zan lagi, sasaran Terengganu kini adalah untuk memberi fokus kepada kempen separuh akhir Piala FA menentang Sime Darby pada 21 April ini.
“Buat masa ini ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan kecil termasuklah Ashaari Shamsuddin dan Manaf Mamat. Saya harap mereka dapat cepat sembuh menjelang aksi Piala FA nanti,” tambahnya.
Terenganu mln NS seri
April 18, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
Perlawanan Liga Super Pusingan kedua Negeri Sembilan menentang Terengganu dijangka sengit peringkat awalnya, berkesudahan seri satu sama kepada kedua-dua pasukan.
Terengganu yang bertandang di padang Negeri Sembilan, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi tidak berjaya mempamerkan permainan cantik dan tiada penyudah berbisa yang dapat menewaskan gawang Negeri Sembilan yang di kawal ketat oleh Farizal Marlias.
Hanya kesilapan awal dari tuan rumah memberi peluang kepada Terengganu memburu gol pertama hasil tendangan penalti pemain import diminit ke-4, Francis Forkey Doe, apabila Abd Manaf Mamat dijatuhkan Rashid Mamud di kotak gol Negeri Sembilan.
Tuan rumah, Negeri Sembilan banyak terlepas menjaringkan gol sepanjang perlawanan dan hanya diminit ke-21, Sharbinee Allawee dapat ditewaskan penyerang sensasi Effa Owana apabila gawang Terengganu kucar-kacir hasil gandingan serangan Effa, Shahruain dan Shukor Adan di hadapan pintu gol.
Namun begitu, peluang menambah gol buat pasukan NS gagal disempurnakan oleh Effa Owana yang mengambil sepakan penalti di minit ke-84, di mana sepakannya melambung di atas tiang gol.
Sepakan penalti diberi kepada pasukan NS oleh pengadil perlawanan Kamal Ahmad apabila Shahruian dijatuhkan di kotak penalti hasil gerakan solonya dari jarak 25m.
Oleh Dudi Aziz
JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2012 – Pusingan Ke-2
April 7, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS
Comments Off
Squad Hoben Jang Hoben tidak mengecewakan
March 25, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
PAROI, 25 Mac – Squad Rusa kendalian Azraai Khor Abdullah hampir dibenamkan pasukan pelawat dari kelab Indonesia, pasukan Persebaya malam tadi apabila gagal pada empat puluh lima minit masa pertama.
Perlawanan bola sepak Negeri Sembilan menentang Persebaya merupakan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan serta memberi pendedahan kepada barisan pemain-pemain baru pasukan Negeri Sembilan.
Pasukan Rusa gagal mempamerkan permainan menarik dan memberi peluang Persebaya membolosi gol di minit ke-8 hasil jaringan Mario Karlovic dan diminit ke-45 hasil jaringan M. Halil. Erti kata lain, Squad Rusa banyak melakukan kesilapan-kesilapan kecil dan memberi ruang kepada Persebaya memburu gol.
Namun begitu, separuh masa kedua squad rusa berjaya menjinakkan gawang Persebaya apabila beberapa percubaan di dalam 15 minit awal masa kedua di manfaatkan dengan serangan bertubi-tubi oleh jentera pemusnah hoben jang hoben dengan rangkaian serangan Shahruain, Effa Owona dan juga Shakir Ali.
Gol pertama Negeri Sembilan di jaringkan oleh Effa Owona di minit ke-52 apabila perangkap ‘offside’ pertahanan Persembaya tidak di layan pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamad menjadikan kedudukan NS 1 dan 2 Persebaya.
Serangan bertali arus dari pasukan Negeri Sembilan berjaya mengucar kacirkan pertahanan Persebaya dan beberapa percubaan dari luar kotak penalti diperolehi Negeri Sembilan.
Akhirnya, squad Hoben Jang Hoben menundukkan ego Persebaya di minit ke-73 hasil tendangan percuma berbisa Effa Owona di luar kotak penalti.
Sehingga masa tamat keputusan terikat NS 2 – 2 Persebaya.
Di dalam perlawanan persahabatan ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah menguji seorang pemain import, Mateus Alonso, 28 dari Brazil yang bermain di bahagian pertahanan. Kelab terakhir Mateus ialah Kelab Steel Azin dari Negara Iran.
Menurut Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, ketika di temuramah, perlawanan persahabatan yang diadakan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain baru pasukan Negeri Sembilan dalam menghadapi musim perlawanan Liga Super dan perlawanan Piala Malaysia 2012.
Tunggak Negeri Sembilan pada musim lalu telah beralih ke pasukan lain dan inilah masanya untuk melatih bakat-bakat baru yang di lihat berpotensi.
“Walaupun NS di barisi oleh pemain baru dan kurang pengalaman, prestasi yang ditunjukkan malam ini sangat mengalakkan dan sekiranya mereka sentiasa menerima pendedahan seumpama perlawanan persahabatan dengan kelab terbaik, mereka mampu menyumbang corak permainan yang lebih baik. Malah persefahaman antara rakan sepasukan juga dapat dipertingkatkan” Tambah Presiden PBNS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Oleh : Dudi Aziz / Ismail Othman / Putra
‘Alpa punca Hoben diratah The Red Warriors’
March 6, 2012 by Mail
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
KEALPAAN pada minit terakhir disifatkan Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai punca Negeri Sembilan kecundang 1-2 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, malam kelmarin.
Katanya, sekalipun menyamakan kedudukan menerusi penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali, pemain gagal mengekalkan rentak, sebaliknya kealpaan menyebabkan tuan rumah mengambil kesempatan untuk meraih kemenangan.
“Memang rasa kecewa selepas hasrat meraih satu mata daripada gelanggang lawan hampir tercapai, tetapi angkara kelekaan pemain pada minit terakhir perlawanan menyebabkan impian itu berkecai. Walaupun pahit, kami terpaksa menerima hakikat ia berpunca daripada kesilapan sendiri.
“Saya harap pemain dapat menjadikan perlawanan malam tadi (kelmarin) sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan, sebaliknya bangkit dengan persembahan lebih baik pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.
Menurut pengendali berpengalaman itu, ketiadaan dua tonggak iaitu kapten Mohd Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah yang cedera, jelas menjejaskan kekuatan dan persembahan pasukan, apatah lagi berdepan pasukan berwibawa berstatus pendahulu dan juara bertahan seperti Kelantan.
Bojan lulus ujian
March 5, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
Gol masa kecedaraan ceriakan skuad Red Warriors kekal pendahulu takhta
GOL masa kecederaan S Chanturu membantu Kelantan mengutip tiga mata penuh, sekali gus mengekalkan penguasaan di persada Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Sebaik sepak mula, Kelantan yang dikendalikan buat pertama kali jurulatih baru, Bojan Hodak, hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan apabila kapten, Badhri Radzi yang tidak dikawal menerima hantaran cantik Zairul Fitree Ishak sebelum merembat padu menewaskan Farizal Marlias.
Negeri Sembilan cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi Che Mat cukup sukar ditembusi untuk kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Selepas rehat, anak buah Azraai Khor Abdullah bagai disuntik semangat baru dan mula mengawal permainan dan Khairul Fahmi yang cuba memintas bola gagal menangkap kemas dan Shakir Ali tampil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-53.
The Red Warriors yang tampak tidak kekok di bawah Hodak yang menggantikan Peter Butler, hampir dikecewakan Effa Owana pada minit terakhir, tetapi percubaan penyerang itu sempat ditepis Khairul Fahmi.
Ketika kedudukan 1-1 tampak memuaskan hati kedua-dua pasukan, Kelantan menyambar tiga mata penuh apabila Chanturu yang berada di dalam kotak penalti menyempurnakan bola selepas gagal dikeluarkan pemain Negeri Sembilan.
Penyandang juara Liga Super itu kekal di persada liga dengan 20 mata, tiga mata di depan Terengganu dan empat mata di depan T-Team dan Perak manakala Negeri Sembilan masih di tangga ketujuh dengan 12 mata
NS lepas peluang
February 19, 2012 by Dudi
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan
Comments Off
Selangor akan menentang Johor FC, yang mengejutkan Negeri Sembilan dengan menumpaskan skuad Hobin Jang Hobin 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Kedua-dua jaringan pelawat menerusi Arthuro Bernhat pada minit ke-24 dan 79, manakala gol tuan rumah dijaringkan Jean Emmanuel Effa Owana minit ke-29.
PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terjatuh akibat diasak pemain pertahanan Sarawak dalam perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Mohammad IV , Kota Bharu semalam.
Pemain gantian, Farhan Muhammed muncul penyelamat Kelantan, apabila jaringannya pada masa kecederaan membawa juara Liga Super itu ke pusingan kedua Piala FA selepas bangkit menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
Penyandang juara, Terengganu dan juara lima kali, Selangor juga mara menerusi kemenangan selesa 4-0 ke atas lawan masing-masing, manakala T-Team turut layak dengan menundukkan Johor 2-0.
Dalam saingan di Kota Bharu, Kelantan nyaris diheret ke masa tambahan apabila terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan, malah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat pada minit ke-20 menerusi Azizan Baba, sebelum Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan di minit ke-33.
Begitupun Farhan yang dibawa masuk pada babak kedua, meledakkan gol kemenangan seminit selepas saingan memasuki masa kecederaan, sekali gus membawa Kelantan menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur, yang menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 3-0 di Stadium Hang Jebat.
Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Selangor nyata bukan tandingan Shahzan Muda apabila dua jaringan Safiq Rahim (minit ke-66, 74), penyerang import, Basko Balaban (25) dan gol ke-100 ketua pasukan, Amri Yahya pada minit ke-82 membantu mereka menang besar 4-0.
Terengganu pula mengesahkan pertemuan dengan Perak selepas membelasah PDRM 4-0 hasil dua jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-37 dan 65, diikuti Abdul Hadi Yahya (9) dan Francis Doe pada minit ke-79.
Lions XII (Singapura) dan Preach Khan Reach dari Kemboja meneruskan saingan ke pusingan kedua.
Lions XII menjinakkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-0 di Stadium UiTM, Shah Alam untuk bertemu Betaria FC yang menumpaskan Melaka 4-0, manakala Preach Khan Reach menang tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur SPA yang menewaskan MBJB FC 3-0.
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis selesa menumpaskan SDM Kepala Batas 3-0.























































































































