Mengapa Anwar sakit hati bila Julia Gillard mengikitrafkan Malaysia sebagai negara Islam Morden

November 19, 2010 by  
Filed under Abdul Hakim, Articles

oleh : Abdul Hakim

abdulhakim@n9kini.com

Kalau Anwar Ibrahim sendiri yang tidak suka apabila negara ini  diiktiraf kan oleh pemimpin asing sebagai negara Islam yang moden tentu ada sesuatu yang tidak betul , apakah Anwar sakit hati atau pun dia sememangnya tidak suka Negara ini diiktiraf kan sebagai negera Islam.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden yang berjaya. Sebagai sebuah negara Islam yang berjaya seharusnya kita diberikan pujian kerana kerajaan Barisan Nasional  berjaya mentadbir  sebuah negara majmuk dengan gaya pemerintahan Islam yang moden dan berjaya. Anwar sememangnya  bersependapat  dengan DAP bahawa negeri ini adalah negara sekular.

Anwar tidak dapat membendung lagi sakit hati nya lantas mengatakan bahawa kenyataan  Perdana Menteri Australia itu adalah satu penghinaan.  yang membuat Anwar bertambah sakit hati adalah kerana  Australia kini tidak lagi mencampuri urusan perbicaraan kes sumbang Anwar yang sedang berlangsung.

Anwar mengharapkan pentadbiran Julia Gillard sama dengan Paul Keating yang dulu pernah mendesak kerajaan Malaysia untuk membebaskannya dari penjara.  Tapi Australia turut sama dengan kebanyakkan komuniti antarabangsa lain yang enggan masuk campur dalam hal pendakwaan Anwar kali ini.

Hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Australia tidak lah seakrab waktu dahulu lagi dan segala usaha Anwar yang melawat luar negara kini seakan akan tidak akan berhasil.

Bagaimana mahu perintah negara , Kemelut Zaid Ibrahim gagal ditangani

November 19, 2010 by  
Filed under Abdul Hakim, Berita Bergambar


Oleh : Abdul Hakim
abdulhakim@n9kini.com

Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan untuk keluar dari parti Keadilan rakyat dan juga mengumumkan akan menubuhkan parti baru untuk bertanding pilihanraya yang akan datang merupakan satu kegagalan kepada PKR.

Ini bermakna PKR kini sudah mempunyai parti serpihan yang mana  pastinya ramai lagi dari parti PKR yang akan bertindak mengikut jejak Zahid .

Anwar seperti biasa akan lari dari masalah yang dihadapi oleh parti dan berdiam diri tanpa memberikan sebarang ulasan mengenai tindakan Zaid Ibrahim.

Tindakan Zaid ini dikatakan memberikan tamparan yang hebat kepada Anwar di mana kewibawaan kepimpinan beliau kini sudah mula tercabar. Malahan ada pihak yang mencabar Anwar untuk membubarkan pertandingan berkenaan dan membenarkan  Zaid  bertanding menentang beliau dalam mana mana jawatan yang Anwar suka.

Apabila Zaid menyertai Keadilan lebih kurang 18 bulan yang lalu, dia telah dilihat sebagai salah seorang pengganti Anwar Ibrahim malah dilihat sebagai seorang yang mampu menyatukan Pakatan Rakyat (PR) yang menganuti pelbagai ideologi politik sebagai satu unit yang kukuh dan bersatu.

Zaid Ibrahim kecewa dengan PKR yang menyifatkan bahawa parti berkenaan menggunakan amalan politik naungan.

Zaid  juga berkata bahawa beliau pasti bahawa PKR tidak akan dapat menumbang kan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak demokratik .

Zaid yang disifatkan oleh Tun Abdullah  dalam wawancara beliau baru baru ini sebagai  ahli politik yang oportunis kali ini gagal juga untuk melonjakkan diri nya sebagai pemimpin utama dalam kepimpinan PKR dan beliau tidak terperanjat apabila Zaid  bertindak untuk keluar parti.

Apa yang boleh kita simpulkan di sini adalah kemelut yang berlaku kepada Zaid Ibrahim dan PKR adalah bukti kegagalan parti ini untuk mengendalikan sebuah parti yang dikatakan akan menjadi sebuah parti yang akan menerajui negara.

Namun jika kemelut yang kecil ini sukar dikawal oleh Anwar dan kini kebanyakan ahli PKR sudah mula bosan dengan parti ini.

Bagai manakah Anwar mahu menempatkan diri nya sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Sembang hujung minggu – Politik kita bertambah gila. – Bahagian 1

August 7, 2010 by  
Filed under Abdul Hakim, Berita Bergambar

Politik tanah air  kian  bertambah gila dengan kerancakkan kedua dua belah parti yang  cuba menyakinkan hati rakyat bahawa mereka adalah parti yang seharusnya disokong oleh rakyat.

Pekerja  parti tidak henti henti untuk mencari tercetusnya kesilapan, mahu pun mencetuskan isu untuk disensasikan bagi menghangatkan lagi persada politik tanah air bagi  meyakinkan rakyat bahawa parti mereka lebih baik dari parti lawan.

Kerajaan yang ada sekarang terpaksa meluangkan banyak masa bagi menangkis serta  meyerang kembali pihak lawan yang sentiasa mencari dan juga mengubah satu satu isu untuk memburukkan imej kerajaan.

Kerajaan terpaksa  membahagikan dan mengimbangkan masa antara berpolitk dan mentadbir kan negera . Bagi Perdana Menteri , beliau terpaksa membahagikan masa beliau untuk menjawab fitnah dan serangan yang di lemparkan kepada beliau dan juga Negara.

Di peringkat negeri juga menteri besar terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan segala tohmahan pembangkang dapat ditangani  dengan baik agar ia nya tidak akan menjadi kudis dan seterusnya menjadi barah bagi kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang dan juga pemimpin pemimpin  pembangkang di Malaysia hanya perlu menyerang sepanjang masa dan mencari kesilapan pemimpin kerajaan untuk dijadikan isu politik bagi menampakkan kelemahan sesebuah kerajaan.

Mereka tidak perlu memikirkan cara dan masalah mentadbir  sesebuah negara atau sesebuah negeri . Mereka tidak perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan dan memajukan ekonomi Negara.

Mereka tidak perlu menghadapi kemelut krisis ekonomi dan bagi mereka apa yang kerajaan hadapi dan laksanakan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa perlu diterjemahkan sebagai satu kegagalan.Ini semua bagi mereka adalah tanggungjawab kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Pastinya kerajaan mahu yang terbaik untuk rakyat , pastinya kerajaan mahukan rakyat selesa dan segala keperluan  ekonomi berjalan dengan lancar. Banyak yang dirancangkan oleh kerajaan dan banyak kejayaan yang telah rakyat kecapi hasil perancangan kerajaan.

Buktinya sudah jelas dan kemakmuran yang kita kecapi dan keselesaan kehidupan yang kita nikmati sekarang adalah hasil dan usaha dari kerajaan.Anak anak mendapat pendidikan dan kebajikan mereka terjamin.

Kerajaan bukan hanya sekadar bercakap seperti apa yang dlakukan oleh pembangkang masa ini tetapi kerajaan telah pun membuktikan bahawa mereka telah melakukan dengan sebaik baiknya untuk dinikmati serta memastikan agar rakyat hidup dalam keselesaan.

Bagi pembangkang mereka hanya sekadar bercakap sahaja dan mereka tidak perlu memecahkan kepala untuk berfikir kerana mereka sememangnya tidak mempunyai pengelaman untuk mentadbir sebelum ini dan mereka hanya mahir untuk menaburkan janji janji manis sahaja di pentas pentas poltik.

Apa saja janji dan ikrar mereka sebenarnya hanya lah ritorik belaka hanya semata mata mahu memujuk dan memperdayakan rakyat untuk menyokong mereka.Mereka boleh  berjanji apa saja dan juga boleh menaburkan apa saja fitnah untuk memastikan rakyat akan menyokong mereka.

Namun setelah mereka diberikan  mandat oleh rakyat yang mahu mencuba dan merasakan satu perubahan , mereka gagal untuk melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Gelagat mereka sebagai pemerintah begitu sumbang dan mereka kini bagaikan lanun yang berjaya menawan sebuah kapal yang penuh dengan harta sedang berebut rebut membahagikan harta kekayaan yang mereka tawan.

Janji kepada rakyat kini hanya tinggal janji dan setelah setengah penggal berlalu dan mereka sedar bahawa mereka gagal untuk mentadbir kerajaan yang mereka tawan dahulu , kini mereka bertindak lebih ganas seolah oleh mereka tahu bahawa mereka tidak akan diberikan peluang dan akan dihukum oleh rakyat.

Selangor adalah antara negeri yang kini menjadi kacau bilau di bawah kepimpinan pembangkang. Rakyat tidak melihat sebarang pembangunan melainkan projek penternakan khinzir  morden yang terbesar di negeri Selangor dan pertubuhan pusat pusat maksiat di Pucung yang kini tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Janji janji untuk menutup kilang arak di Shah Alam selepas  subuh jika PR mentadbir negeri Selangor kini hanya tinggal janji sahaja. janji untuk memberikan air percuma juga hanya tinggal janji.

Anak anak yang masuk universiti , tadika , taska kini menuntut janji janji kerajaan Selangor , namun ini semua hanya tinggal janji sahaja. rakyat kini di beban pula dengan kerisauan apabila kerajaan Selangor kini bertambah rakus merompak harta rakyat di negeri berkenaan.

Pasir pasir dirompak seolah olah tiada esok lagi bagi mereka. Kerajaan negeri Selangor tidak pernah memikirkan sesuatu yang boleh membawakan pembangunan yang pesat  untuk negeri Selangor dan mereka mentadbir negeri Selangor seolah olah mereka masih pembangkang di negeri berkenaan.

Di Negeri Sembilan pembangkang juga  cuba membakar dan menghasut rakyat dengan isu isu yang lebih kepada cemburu akan kejayaan  Kerajaan BN  NS yang ditadbirkan oleh menteri besar , Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hasan.

Tidak sesiapa yang boleh menfikan bahawa  Menteri Besar Negeri sembilan berjaya membawa pembangunaan , memajukan biidang sukan, menaikan taraf sektor bidang pelancongan dan lain lain.

Negeri Sembilan sedang membangun dengan pesatnya dan amat sukar bagi pembangkang mencari kesilapan pentadbiran kerajaan Negeri .Mereka hanya mampu menaburkan fitnah atas dasar cemburu akan kejaayan menteri besar mentadbir Negeri Sembilan dengan jaya nya. ~ Bersambung

Abdul Hakim N9kini

News@n9kini.com

Negeri Sembilan jangan cuai jika mahu BN mahu terus kekal sebagai Pemerentah !

May 22, 2010 by  
Filed under Abdul Hakim, Articles, Bloggers

Oleh : Abdul Hakim Hj Abu Bakar.

Kita perlu bangun dan bangkit segera jika kita mahukan Negeri Sembilan kekal di tangan Barisan Nasional. Kita jangan leka dan cuai kerana senario politik tidak menyebelahi kita dan sokongan kaum Cina baca ini tidak lagi padu kepada Barisan Nasional. Kita hanya mengharap kan sokongan dari kaum Melayu dan jika sokongan  dari kaum Melayu juga berbelah bagi ini bererti kita dalam keadaan yang berbahaya.

Terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan terlalu banyak yang perlu di capai menjelang PRU13 yang akan datang . Perdana Menteri tidak boleh melakukan nya sendiri , Perdana Menteri juga tidak akan terdaya untuk melaksanakan segalanya sendiri. Kita seharusnya bersama sama membantu Perdana Menteri sebagai komponen komponen kecil memainkan peranan masing masing bagi membantu Perdana Menteri untuk mengekal sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Walaupun di Negeri Sembilan ini tidak pergolakan tidak sehebat seperti negeri lain seperti Perak , Kedah , Pulau Pinang mahu pun Selangor namun kita perlu  berhati hati kerana apa juga  kemungkinan akan berlaku. Tsunami politik yang melanda Negara pada pilihan raya  yang ke 12 dahulu juga  mengakibat kan Negeri Sembilan juga  terlibat merasa bahagian nya, Kita kalah beberapa kerusi yang menjadi kerusi tradisi yang di menangi oleh BN sebelum ini.

Pilihan raya Hulu Selangor adalah satu contoh yang baik di mana kita boleh melihat bahawa Tsunami itu belum lagi berakhir dan pilihan raya Sibu merungsing kan kita di mana kita tahu kerajaan sekarang belum lagi boleh mimikat hati rakyat untuk kembali menyokong  kerajaan seperti dahulu. Sokongan mereka masih seperti pru 12 dahulu dan jika kita masih leka dan cuai mereka akan menambah pengaruh mereka dengan isu isu yang mereka putar belitkan , kita akan menghadapi  satu situasi yang rumit.

Kemelut dalaman UMNO dan BN perlu diselesaikan dengan secara bijak jika  BN tidak mahu berputih mata, semua isu siu dalaman tidak mampu dimiliki oleh kepimpinan Negeri Sembilan jika mereka tidak mahu berputih mata. Merak perlu segera merapatkan saf dan berpegang kepada satu kepimpinan dan kepimpinan  tertinggi N Sembilan juga perlu mencari satu formula yang pantas bagi menyelsaikan masalah dalaman bagi menumpukan usaha memperkasa kan BN di Negeri Sembilan ,

Kepimpinan Menteri Besar perlu diberikan sokongan yang padu dan sokongan kepada beliau akan memudahkan perancangan  pesat pembangunan dan memastikan Barisan Nasional  adalah parti yang menjadi parti pilihan di Negeri Sembilan.

Jika ini dapat di laksanakan , Insya alah Negeri Sembilan akan terus di bawah pemerentahan Barisan Nasional. Insya alah kita juga dapat membantu Perdana Menteri untuk megekalakn kausa BN pada PRU13 Yang akan datang.