Polis, DBKL kawal rumah Ambiga

May 18, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan rondaan sekitar kediaman Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara, di sini berikutan beberapa insiden kekecohan di hadapan kediamannya sejak Ahad lalu.

DUA anggota penguat kuasa DBKL menjalankan rondaan di kediaman  Ambiga di Bukit Damansara, semalam.

DUA anggota penguat kuasa DBKL menjalankan rondaan di kediaman Ambiga di Bukit Damansara, semalam.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setiakasih 1, agak tenang, malah tiada lagi kelihatan gerai burger mahupun kumpulan tertentu berkumpul untuk melakukan demonstrasi menyatakan bantahan terhadap tindakan beliau menganjurkan Perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata rondaan dijalankan di sekitar kediaman itu rondaan rutin dilakukan polis bagi membanteras sebarang aktiviti jenayah selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kita bukannya melakukan rondaan ekoran laporan polis yang dibuat Ambiga mengenai tindakan beberapa pihak yang didakwa berniaga burger dan melakukan senaman punggung di hadapan rumahnya, namun sebaliknya tugas itu dilakukan adalah bagi meningkatkan kehadiran polis di kawasan yang berisiko,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber : Berita Harian

p/s : Baru dia tau minta nyawa kat PDRM. Sudah-sudah lah tu Ambiga. Jangan membodohkan rakyat Malaysia. Daripada 100% rakyat Malaysia, lebih dari 50% cerdik pandai dan mampu berfikir rasional. Siapa Ambiga di hati kami?? Jangan tak reti menyesal pulak sudah lah yer??

DAP tidak sesuai untuk orang Melayu

May 16, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu.

Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti.
“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit.

Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011.

Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal.

Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu.

“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti.

“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.

Tunku Aziz keluar DAP

May 15, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Pemimpin kanan Melayu dalam DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (atas), malam tadi mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu.

pix_gal0

Tunku Abdul Aziz yang dilantik Naib Pengerusi sebaik menyertai DAP pada Ogos 2008, berkata beliau tiada pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepemimpinan parti.

Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, Tunku Abdul Aziz berkata, sebelum ini beliau pernah diingatkan oleh teman dan rakan seperjuangan supaya bersedia untuk dipecat berikutan tindakannya membantah perhimpunan BERSIH 3.0 yang disokong pembangkang, termasuk DAP.
“Saya tidak ada masalah untuk itu, tetapi sehingga kini tiada petunjuk daripada pucuk pimpinan bahawa ini akan menjadi takdir saya.

“Anda bertanya adakah saya akan meletak jawatan… saya rasa sudah tiba masanya saya melihat secara serius kedudukan saya dalam lingkungan budaya dan sistem parti. Saya menerima banyak nasihat daripada keluarga dan rakan dalam membuat keputusan.

“Berdasarkan perbezaan pendapat yang tidak boleh dipulihkan, saya tiada pilihan kecuali berundur secara bermaruah. Maka dengan ini, saya akan keluar daripada DAP,” katanya dalam program dihoskan Norzie Pak Wan Teh dan Charles Mohan.

Tunku Abdul Aziz dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau berkata, tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.

Tunku Abdul Aziz juga menegaskan penganjur BERSIH dan parti politik yang menyokong perhimpunan itu sepatutnya sedar bahawa selepas tiga kali perhimpunan diadakan, kerajaan mendengar permintaan mereka dan telah melakukan banyak perubahan untuk manfaat negara.

“Kita sudah menyampaikan bantahan kepada pengetahuan mereka (kerajaan) tetapi jangan lupa mereka adalah kerajaan yang dipilih secara sah. Pergi bercakap dengan mereka. Sudah tiga bantahan BERSIH dilakukan. Adakah anda fikir kita perlukan lagi?

“Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit apa yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar.

“Kerajaan yang tidak mendengar tidak akan membuat semua perkara ini. Kita selalu ingat yang kita boleh melakukan yang baik… beri mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka melakukan (sesuatu) yang akan memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Mengenai perancangan masa depannya, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai cita-cita besar yang khusus tetapi berhasrat untuk menyumbang kepada negara.

“Saya harap dalam tempoh waktu yang tinggal ini, saya boleh berbuat demikian,” katanya.

Kenyataan LGE tiada tanggungjawab

May 13, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyebut kuil Hindu akan terancam jika Umno kembali memerintah Pulau Pinang, sebagai satu kenyataan yangtidak bertanggungjawab.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali memandangkanpelbagai peruntukan telah disediakan kerajaan bagi membina dan membaik pulihkuil sedia ada di negara ini.

Jumlah besar peruntukan disediakan oleh kerajaan bagi membantu kuil Hindu di negara ini. Adalah silap untuk berkata sekiranya Umno berkuasa semula di Pulau Pinang, mereka akan menutup kuil,” katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada 51 buah kuil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India di sini hari ini.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengulas kenyataan Lim itu dengan merujuk insiden meroboh sebuah kuil Hindu oleh Penang Port Sdn Bhd, pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Isnin lepas.    — Bernama

Tujuh prinsip hadapi PRU-13

May 12, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Presiden UMNO tiup semangat lebih 100,000 ahli di Bukit Jalil.

  • Foto 
  • Foto NAJIB, Muhyiddin bersama Ahli Majlis Tertinggi menyanyikan lagu sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera UMNO pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Lautan merah menguasai Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dengan laungan ‘Hidup UMNO, Hidup Najib’ bergema sebaik Perdana Menteri menggariskan tujuh prinsip sebagai panduan untuk rakyat membuat penilaian dan pertimbangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam ucapan berkobar-kobar pada perhimpunan gergasi yang disertai lebih 100,000 ahli UMNO sempena Ulang Tahun UMNO Ke-66, Datuk Seri Najib Razak turut meniup semangat ahli setiap kali beliau mengemukakan persoalan mengenai pencapaian kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Presiden UMNO juga menegaskan parti keramat orang Melayu itu sudah bersedia menghadapi PRU-13 sama ada Jun depan atau pada bila-bila masa apabila tiba waktunya.

Najib menjelaskan tujuh prinsip yang dikemukakannya adalah berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.

“Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepemimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!

“Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri… sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.
“Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini,” katanya.

Seterusnya, Najib berkata, rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.

Prinsip keempat, katanya, rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.

“Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?” katanya.

Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Berikutan ‘demam’ pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata, beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

“Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah pun kena demam pilihan raya… saya lihat malam ini hebat… rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?” Soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada anggota UMNO yang hadir.

Najib berkata, perhimpunan malam tadi menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN.

“Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?

“Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh… siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?” katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memelihara kemakmuran yang sudah dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

“Ayuhlah! Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

“Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti UMNO, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO,” katanya.

Hadiah Ulangtahun UMNO ke-66

May 11, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

KUALA LUMPUR, 11 Mei : Rakan Facebook PM cecah sejuta orang

Pengikut laman sosial Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga semalam mencecah sejuta orang, sekali gus menjadikan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik yang mencatatkan bilangan ahli laman sosial paling ramai di negara ini.

Kejayaan mengumpulkan ahli melalui laman sosial itu hasil usaha Perdana Menteri yang berasakan pendekatan dan kesanggupan beliau menggunakan teknologi itu dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Najib dalam entri terbaru laman sosial itu pada 10.20 malam tadi, melahirkan rasa terharu sebaik mengetahui pengikut Facebook beliau sudah mencecah sejuta orang dan berterima kasih kepada rakan taliannya atas sokongan yang diberikan.

“Saya terharu mengetahui rakan Facebook sudah mencecah sejuta orang. Terima kasih… saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda,” katanya.

PAS dolak-dalik laksana hudud

May 10, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Hadi buat ketetapan tak amal hukum Islam selagi tiga isu belum selesai.

Datuk Seri Hadi Awang

Datuk Seri Hadi Awang


PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan.

Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan.

“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, kita tak boleh laksanakan hudud kerana tak cukup syaratnya.

“Masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan,” katanya selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, di sini, malam kelmarin.

Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP.

“Kita laksana dulu pada orang Islam. Orang bukan Islam diberi pilihan… itu yang termaktub dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri. Ini masih mengikut proses demokrasi,” katanya.

Berubah agar UMNO tak terhakis

May 10, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Bakal mencecah usia ke-66 esok, UMNO perlu berani berubah bagi memastikan kekuatan parti itu tidak terhakis disebabkan perpecahan, rebutan kuasa dan amalan enggan memberi ruang kepada individu berwibawa menyertai perjuangannya.

Pandangan itu disampaikan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang khuatir masa depan parti itu terjejas tanpa perpaduan, selepas parti itu mengharungi pelbagai cabaran untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun UMNO, tiba masanya kepemimpinan dan ahli UMNO diingatkan mengenai pentingnya kembali ke perjuangan asal dan mengutamakan kesetiaan kepada parti, bukan pemimpin atau individu tertentu.

“Kuasa akan terhakis kerana rebutan untuk jadi calon, ahli Majlis Tertinggi, ketua bahagian dan cawangan. Malah, perbuatan pengikut pihak yang kalah tidak beri kerjasama kepada pihak yang menang juga boleh menyebabkan UMNO lemah dan jika parti itu lemah tentu perjuangannya tidak akan berjaya sepenuhnya.

“Hakikatnya, ahli UMNO perlu mengutamakan parti, bukan pemimpin tertentu atau individu di mana-mana peringkat sekali pun, termasuk presiden dan ini perlu difahami setiap ahli kerana jika UMNO gagal, tidak mungkin ia dapat dipulih semula,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, ahli dan kepemimpinan UMNO juga perlu sedar bahawa kemenangan sesebuah parti politik itu yang boleh menjamin kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

“Kemenangan individu di kawasan tanpa kemenangan parti tidak memberi makna kepada perjuangan, malah kemenangan itu pula datangnya daripada kekuatan tetapi jika kita berebut hingga jadi lemah dan gagal, tentu nikmat yang diperoleh selama ini tidak ada lagi,” katanya.

Mengenai pendekatan UMNO yang tidak menggalakkan kemasukan ahli berwibawa, Dr Mahathir berkata, amalan ini perlu diubah bagi memastikan UMNO tidak berhadapan masalah kurang keupayaan dari segi kepemimpinan.

“Kita dapati kadang-kadang nak cari calon yang elok, yang baik pun susah dalam UMNO, kadang-kadang orang kata nak cari calon jadi Menteri Besar (MB) cukup sukar sebab tidak ada ramai calon, tidak banyak pilihan, semuanya sebab kita tak beri masuk orang berpelajaran, wibawa dan cekap kerana kita lebih utamakan kedudukan.

“Ada yang bimbang jika individu ini masuk, mereka akan hilang peluang, inilah sikap yang ada dan jika ia berterusan UMNO tidak akan ada ahli,” katanya.

Mencadangkan supaya sejarah perjuangan dan asas kekuatan parti itu menjadi subjek kepada ahli UMNO, beliau berkata, langkah itu dapat menyedarkan ahli dan kepemimpinannya mengenai tujuan penubuhan dan peranan mereka dalam UMNO.

Mengenai generasi muda yang mempunyai pandangan tersendiri berkaitan politik tempatan, Dr Mahathir menegur sayap parti terutama Pemuda dan Puteri UMNO supaya lebih aktif dan mendekatkan diri kepada golongan muda.

“Pemuda dan Puteri UMNO perlu ambil tahu pemikiran generasi muda dan memperbetulkan pemikiran mereka kerana banyak persepsi mereka salah, tetapi jika tidak ada orang yang boleh betulkan persepsi ini, mereka akan terus berpegang kepada pandangan mereka yang salah itu.” katanya.

419.54 juta saham FGVH dapat sambutan

May 8, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Tawaran untuk institusi Bumiputera terima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali.

PENYENARAIAN FGVH di Pasaran Utama Bursa Malaysia mampu mengubah nasib peneroka FELDA.

PENYENARAIAN FGVH di Pasaran Utama Bursa Malaysia mampu mengubah nasib peneroka FELDA.


SEJUMLAH 419.54 juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang ditawarkan khusus untuk institusi Bumiputera dan pelabur yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malay-sia, mendapat sambutan sangat menggalakkan.

“Penyenaraian FGVH sesuatu yang dinanti-nantikan pelabur kerana ia mempunyai prospek yang kukuh pada masa depan, sekali gus mampu memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur.

“Tawaran langganan menerusi MITI ditutup Jumaat lalu dan kementerian itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan kadar lebihan langganan sehingga 17 kali,” katanya.

Sempena penyenaraiannya, FGVH membuat tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham, yang difahamkan adalah IPO yang terbesar di Asia tahun ini.

Mengikut draf prospektus IPO yang dikemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada jumlah itu, sebanyak 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya yang diperbesarkan akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam.

Bagi tawaran kepada pelabur institusi itu, sebanyak 1.5 bilion saham akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur terpilih Malaysia dan asing, manakala 419.54 juta saham diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Daripada sejumlah 273.61 juta yang akan ditawarkan untuk langganan pelabur awam pula, 200.65 juta saham akan diperuntukkan untuk peneroka FELDA, kakitangan FELDA yang layak serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu, manakala 72.96 juta saham lagi kepada orang awam Malaysia.

Apabila disenaraikan, FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

Penyenaraian itu juga membolehkan FGVH mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sebelum ini terdapat laporan media mengatakan IPO FGVH itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pelabur Eropah dalam misi yang diketuai Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad di London baru-baru ini yang bertemu dengan pengurus dana Britain dalam usaha menarik pelabur Eropah melanggan saham syarikat itu.

Selain London, Sabri dan kumpulannya juga mengunjungi bakal pelabur berpotensi di Hong Kong dan Singapura untuk objektif yang sama.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, FGVH mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.01 bilion dengan pendapatan sebanyak RM7.47 bilion.

Tiada Demokrasi di Pulau Pinang

May 8, 2012 by  
Filed under web/blog

Comments Off

Wakil BN keluar Dewan selepas usul ke atas Guan Eng ditolak

Semua wakil Barisan Nasional (BN) sekali lagi keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang apabila usul mereka untuk mengheret Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ke Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan ditolak Speaker Datuk Abdul Halim Hussain.

Usul bagi membincangkan tindakan Guan Eng yang berbaur hasutan yang menuduh UMNO akan merobohkan semua kuil sekiranya negeri ini dirampas daripada DAP yang dicadangkan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) itu disokong semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN.

Next Page »