BR1M : 500 lagi penduduk terima bantuan

February 26, 2012 by  
Filed under Program Harian Menteri Besar

Share |

PAROI : 26 Feb. –  Seramai 500 penduduk dari Dun Paroi dan Taman Tasik Jaya menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) hari ini.

Baucer sebanyak RM500 itu di agihkan di perkarangan Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan.

Beliau yang berucap di program penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia berkata  program ini adalah bagi menunaikan janji kepada seluruh rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.

“Ini adalah program untuk kita menunaikan janji kita. Janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak, untuk bantuan secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia di mana sebuah keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah layak menerima.”

Beliau juga menjelaskan  bahawa kenaikan harga barang bukanlah disebabkan oleh kerajaan tetapi ia adalah krisis global. Bantuan ini adalah untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

“Ini adalah antara bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beban-beban tanggungan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat, bukan disebabkan oleh kerajaan tetapi kos sara hidup harga barang naik adalah krisis dunia yang mana sekarang akan jadi lebih runcing lagi,” tegas beliau.

Beliau menambah, hasil ini adalah hasil yang kita dapat daripada pelan transformasi kerajaan, pelan transformasi ekonomi yang telah pun menampakan hasilnya.

“Ini adalah hasil daripada hasil yang kita dapat kecapi daripada pelan transformasi kerajaan, plan transformasi ekonomi yang telah pun menampakan hasilnya. yang mana jabatan-jabatan kerajaan, jabatan-jabatan yang bersangkut paut dengan kewangan telah dapat menjimatkan kewangan kita dan yang mencari kewangan pula telah dapat menambahkan hasil.”

Beliau juga berharap agar bantuan ini dapat diberi setiap tahun supaya hasrat untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan tercapai.

“Saya berharap bantuan ini diberi setiap tahun supaya hasrat kita untuk memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan akan dapat kita capai. Inilah yang dipanggil Gagasan Satu Malaysia. Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan.”

Oleh : Mas / Foto : Ainaa

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.