Awi & Hanez sulam cinta

September 23, 2012 by  
Filed under Uncategorized

Share |

 Tujuh bulan yang manis untuk dikenang buat pasangan bercinta, Hanez Suraya dan Awi Rafael. Sekalipun ada ujian yang datang seakan mahu mengganggu gugat ikatan cinta yang terpateri, keduaduanya masih disifatkan cukup kental mengharungi cabaran serta pancaroba yang datang tanpa diundang.

Muka depan B*Pop hari ini.Muka depan B*Pop hari ini.

Sekalipun masih terlalu awal untuk menjangka apa penamat hubungan mereka, baik Hanez mahupun Awi mengharapkan konklusi yang indah buat penamat hikayat cinta mereka. Seperti pasangan yang lain, mereka juga mendambakan hubungan ini berakhir ke jenjang pelamin.

Ambil berkat

Ramadan lalu, kedua-duanya juga sempat mengadakan majlis berbuka puasa membabitkan peminat masing-masing.

Bahkan pada Hanez yang menyambut hari lahirnya yang ke-27 pada raya keempat (22 Ogos), Awi dan ibunya datang beraya di kampung Hanez di Kuala Pilah. Seminggu selepas itu, Hanez ke Singapura pula untuk beraya di sana.

Kedua-duanya juga sempat menghadiri majlis perkahwinan teman baik Hanez, Izreen Azminda di Alor Setar hujung Ogos lalu. Malah, Awi sendiri membuat persembahan pembukaan dan Hanez pula menjadi pengapit pengantin perempuan ketika majlis berlangsung.
Kehadiran mereka di situ boleh dikatakan seperti mengambil berkat.

“Hanez seronok melihat Izreen bergelar raja sehari.

Terselit juga rasa teringin nak ikut jejak Izreen sebab orang kata kalau pergi kenduri kahwin itu ibaratnya nak dapat berkat. Tapi Hanez sendiri belum tahu bila ia bakal menjadi kenyataan.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan pada akhirnya ketentuan datang daripada-Nya. Awi memang ada bersuara dan berbincang mengenai masa depan, tetapi sebagai wanita, Hanez serahkan bulat-bulat kepadanya untuk merencana.

Hanez tak berani nak cakap apa-apa sebab takut meletakkan harapan terlalu tinggi.

“Hanez juga tak mahu memberi tekanan kepada Awi. Biarlah Awi kejar impiannya dulu dan tunggu ekonominya jadi lebih stabil. Hanez perlu sedar di pihak lelaki tanggung jawabnya begitu berat untuk menanggung anak orang.

Kami sama-sama kena kerja keras untuk masa depan yang lebih baik,” kata Hanez ketika dihubungi B*POP pada petang Selasa lalu ketika dia masih sibuk di lokasi bagi melunaskan penggambaran drama Dendam Pencinta terbitan MIG.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.