Guru cipta pen pelajaran fizik

May 23, 2013 by  
Filed under Pendidikan

Comments Off

Mengajar di sebuah sekolah di pedalaman negeri ini tidak menyekat kreativiti seorang guru yang berjaya mencipta pen untuk menyelesaikan masalah berkaitan elektromagnet dalam subjek Fizik.

Androd Sadian, guru sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, berkata dengan pen ciptaannya yang dikenali Pen Android atau Pen A, pelajar tidak perlu lagi menggunakan jari tangan untuk menentukan arah yang tepat seperti kaedah pembelajaran sekarang.

 ”Sekurang-kurangnya Pen A ini menjamin pelajar memperoleh dua atau tiga markah dalam peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Solidariti dan Apresiasi Pendidik sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri, di sini, malam tadi.
Menurut Androd, pen itu juga boleh digunakan sebagai alat tulis biasa.

Pen ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran dan akan dipasarkan di Sabah bermula bulan depan pada harga RM7.50 seunit, sebelum diedar ke seluruh negara secara berperingkat, katanya yang percaya Pen A adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun yang juga EXCO Pelajaran Sabah, berkata kejayaan Androd adalah bukti kegigihan guru di kawasan pedalaman dalam mencari kreativiti bagi menangani kekangan bertugas di kawasan terpencil.

“…mereka berupaya mencari kaedah kreatif dalam meningkatkan semangat mereka untuk terus bersaing dalam pembangunan pendidikan,” katanya.

Terdahulu, Masidi dalam ucapannya berkata tema Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda’ amat bersesuaian dalam menempuh era globalisasi yang berteraskan enam aspirasi murid iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Pada majlis itu, Masidi turut melancarkan pen itu serta sebuah buku bertajuk Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Sabah (1881-1981) yang ditulis oleh pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayu Sansalu.

Menurut Dayu, buku setebal 300 halaman itu menerangkan sejarah pendidikan di Sabah sejak 1,000 tahun lalu. – BERNAMA

Faktor kesihatan bukan halangan

May 23, 2013 by  
Filed under General

Comments Off

Siti Hanisah pendaki FELDA terakhir tawan puncak Everest

NEPAL, 23 Mei : Siti Hanisah Sharuddin (gambar), 23, dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, menjadi pendaki terakhir sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter pada kira-kira jam 7.41 pagi waktu Nepal (9.55 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi.

Hukuman gantung sampai mati

May 23, 2013 by  
Filed under Mahkamah/Jenayah

Comments Off

SHAH ALAM, 23 Mei : Peguam N Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Next Page »