Asam garam Couple

September 23, 2012 by  
Filed under Hiburan

Share |

LAGI peminat muzik indie, mungkin kumpulan muzik Couple tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka merupakan satu nama besar yang telah lama berada dalam industri ini.

DARI kiri, Ariana, Sharin,Aidil, Masrin.

 

Lagu-lagu mereka juga dijadikan sebagai lagu tema drama televisyen, Kami The Series yang turut menampilkan beberapa kumpulan pemuzik indie lain.

Bukan itu sahaja, pada tahun lalu, lagu Now That I Can See menjadi lagu tema sebuah filem dari Hollywood bertajuk Super, yang dibintangi pelakon seperti Rainn Wilson, Ellen Page, Liv Tyler dan Kevin Bacon.

Mungkin ramai yang merasakan bahawa Couple kian menyepi tetapi sebenarnya mereka sedang ‘bertapa’ untuk mengeluarkan sebuah album baru awal tahun hadapan.

Mereka juga akan menjamu peminat dengan mengeluarkan beberapa singlesebelum pelancaran album terbarunya.

Bercerita mengenai keadaan semasa industri muzik indie di negara ini, Aidil Rusli yang merupakan vokalis dan pemain gitar kumpulan tersebut menyatakan bahawa kumpulan indie sememangnya sukar untuk menembusi pasaran utama.

Namun, dengan kerja keras dengan menyertai pelbagai gig di semua peringkat dan tidak memilih acara menjadikan peminat dapat mendengar dan menikmati lagu-lagu mereka.

Bayaran yang diterima juga tidak terlalu besar dan masih belum cukup menaikkan industri muzik alternatif ke platform yang lebih tinggi.

“Kami bermain muzik kerana minat dan kepuasan untuk memberi hiburan di samping mempelbagaikan pilihan muzik kepada peminat.

“Tetapi ia masih belum cukup untuk menjadikan ia sebagai satu kerjaya utama dan bergantung sepenuhnya dalam bermain muzik terutama kumpulan-kumpulan alternatif,” kata Aidil.

“Album baru yang bakal keluar ini juga hasil dari titik peluh kami sendiri bermain muzik,” katanya.

Bagi yang tidak tahu, Aidil merupakan graduan jurusan undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai peguam sebelum menumpukan sepenuh masa dalam bidang ini.

Kini beliau merupakan penulis bagi sebuah akhbar dan sebuah portal berbahasa Inggeris tempatan.

Selain itu, Couple turut dianggotai oleh Masrin Mohd. Noor (bass), Ariana Adnan (vokal kedua dan gitar) serta Sharin Ismail (drum).

Masrin kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan dalam pengajian media.

Bagi peminat-peminat Couple yang inginkan berita dan mendengar lagu-lagu mereka boleh melawat laman blog, Facebook, Myspace dan Twitter, WeAreCouple.- AMIRUL/KOLEKSI PERIBADI COUPLE

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.