Arena ragbi kembali menyemarak

July 1, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SEREMBAN, 30 Jun 2012 – Kejohanan Ragbi Power International Royal Sevens Edisi ke-14 kembali menyemarakkan arena ragbi tanahair yang berlangsung selama dua (2) hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2012 ini bertempat di Padang Perbandaran Seremban.

Sebanyak 44 pasukan ternama yang bertanding dari dalam dan luar negara iaitu daripada Singapura dan Afrika Selatan dan seramai lebih kurang 1000 orang pemain dan pegawai yang terlibat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan hadir dalam majlis makan malam Kejohanan Ragbi Power International Royal Sevens Edisi Ke-14 yang berlangsung di Allson Klana Resort Seremban, malam tadi.

Hadir sama, Penaung Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Fiji, Tuan Yang Terutama Madam Amali Sauduadua, EXCO Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Abdul Samad Bin Ibrahim, Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, Tuan Haji Abd. Jalil Bin Dato’ Haji Borhanuddin dan Penolong Pesuruhjaya Polis Singapura, Mr. Lee Chin Ek.

Dalam ucaptama Menteri Besar, beliau amat sukacita dengan kejayaan Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan kerana dapat menganjurkan kejohanan ini untuk kali ke-14 di Negeri Sembilan.

Malahan, kejohanan Ragbi Power International Royal Sevens ini telah menjadi salah satu aktiviti di dalam kalendar dan menjadi tarikan semua pihak.

Ujar beliau, kejohanan ini akan memberi pendedahan kepada pemain-pemain ragbi kita untuk bersaing dengan pasukan yang menurunkan pemain berstatus professional dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan persahabatan di antara negara.”

Menteri Besar turut menyumbangkan RM45, 000 kepada Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.