Kategori Berita Bergambar

Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tandatangani GERAH

WISMA NEGERI, 09 OGOS – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hari ini menandatangani dokumen Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) bagi mewakili masyarakat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan mewakili Penjawat Awam Negeri Sembilan dalam satu pertemuan yang diadakan selepas Mesyuarat Exco bertempat di Wisma Negeri.

GERAH yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu adalah pemangkin dan tunjang SPRM bersama rakyat dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Menteri Besar berkata, selepas menandatangani dokumen berkenaan, seluruh Penjawat Awam di Negeri Sembilan mengikut zon-zon dan daerah akan melakukan lafaz ikrar anti rasuah dan menjadi sahabat kempen anti rasuah.

Katanya, usaha ini dilakukan untuk memerangi penyalahgunaan kuasa dan rasuah di peringkat akar umbi dan menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Negeri mahu melihat gejala rasuah dapat dihapuskan.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada Penjawat Awam mahupun orang awam yang cuba mengambil dan memberi rasuah.

“Kedua-dua pihak kita perangi sama ada orang yang menyogok ataupun orang yang mengambil rasuah,” ujarnya.

Menurut Menteri Besar lagi, gerakan ini dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan kerana mahu melihat masyarakat hidup dalam keadaan sempurna, sihat dan tidak mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa.

Antara lain, beliau tidak mahu wujudnya usaha menyogok terhadap mereka yang mempunyai kedudukan dan boleh membuat keputusan.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]