Kategori Berita Bergambar

MB Berbuka Puasa Bersama Pegawai PBNS, Jurulatih Serta Pemain Liga Premier, Piala Presiden, Piala Belia

SEREMBAN, 16 JUN – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berbuka puasa bersama Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, malam tadi.

Selain itu, jemputan yang turut hadir jurulatih serta pemain-pemain Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia Bawah 19 Negeri Sembilan.

Para tetamu disambut Menteri Besar bersama isteri, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Majlis buka puasa itu kemudiannya diikuti dengan solat Maghrib, bacaan tahlil, solat Isyak dan diakhiri solat terawih yang telah di imamkan  oleh Syeikh Dr Solah Al-Qadiri.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat PBNS, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Abdul Latif; Naib Presiden PBNS merangkap Naib Presiden FAM, Dato’ Ab. Ghani Haji Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan  PBNS, YBhg Dato’ Haji Azman Haji Hassan.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]