Kategori Isu Politik Terkini

Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Sarawak, Sabah Tak Terjejas

KUALA LUMPUR, 13 JUN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan hubungan antara kerajaan pusat dengan Sarawak dan Sabah akan terjejas, ekoran pertikaman lidah antara Datuk Seri Nazri Aziz dengan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, apa yang berlaku antara Nazri dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak itu, hanyalah pertelingkahan antara ‘adik dan abang’.

“Dia (Nazri) akan tersenyum dan memeluk Karim suatu ketika nanti, tetapi saya tak tahu.

“Apa yang saya katakan ialah, dia agak berlebihan sedikit semasa menjelaskan isu itu kepada orang ramai,” katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia separuh kedua 2017 oleh Bank Dunia di sini hari ini.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kelmarin menempelak Karim dan menggelarkannya menteri ‘setahun jagung’, ekoran mempertikai langkah kerajaan mahu melaksanakan cukai pelancongan pada 1 Julai depan.

Sarawak kemudian mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia atas alasan berlaku pertindihan tugas dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]