Kejayaan hasil serbuan Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) itu diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan tahniah kepada pasukan itu menerusi akaun Twitter rasminya malam ini.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 840 orang dan rampas 3206 komputer. #GoPDRMGo.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 433 orang GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” kata Khalid. – BERNAMA