Majlis yang merupakan acara tahunan itu disertai sama Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Duta-duta serta para pemimpin kanan kerajaan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri serta isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 75 orang anak yatim daripada Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh.

Beliau juga turut menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawikh secara berjemaah dengan para hadirin. – UTUSAN ONLINE