Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perubahan tersebut melibatkan penyediaan khemah berbumbung, kipas, hiasan menarik dan pencahayaan seperti yang dilaksanakan di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru sejak tahun lalu.

“Kita berharap pembaharuan ini dapat diperluas ke bazar lain seperti Kampung Datuk Keramat, Sentul dan Jalan Masjid India secara berperingkat dengan menyediakan ruang selesa kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Datuk Affendi Zahari. – UTUSAN ONLINE