Kategori Berita Nasional

Gotong Royong ‘My Beautiful Day’ Kuala Pilah di Kawasan Seri Menanti

SERI MENANTI, 19 Mei – Gotong royong ‘my beautiful day’  (mbd) Daerah Kuala Pilah Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti berlangsung serentak di 29  lokasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), di sini pagi ini.

29 buah JKKK telah terlibat turut di bantu oleh  “Komuniti Sihat Perkasa Negara” (KOSPEN) di enam lokaliti, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Jawatankuasa Masjid-masjid di Seri Menanti, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) DUN Seri Menanti, Klinik Desa dan Klinik Kesihatan Kawasan Seri Menanti, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Pilah, Pejabat Belia Daerah Kuala Pilah dan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).

Program gotong royong mbd ini merupakan usahasama National Blue Ocean Strategy (NBOS) antara Pejabat Wakil Rakyat Kawasan DUN Seri Menanti bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah yang mahu melihat penglibatan masyarakat dan agensi dalam usaha-usaha dan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan.

Gotong royong kebersihan ini tertumpu kepada jajaran perparitan dan longkang, masjid dan surau, tanah perkuburan, balai raya dan semak samun.

Malahan bukan sahaja berlangsung di Kawasan DUN Seri Menanti, mbd telah berlangsung serentak di kawasan DUN Pilah, Johol, Juasseh dan Senaling, hari ini.

Wakil Rakyat kawasan DUN Seri Menanti, Dato’ Abd Samad Ibrahim yang ditemui wartawan ketika sedang melakukan khidmat sosialnya di Pekan Tanjung Ipoh, mahu melihat budaya kerjasama dan gotong royong ini dilaksanakan di pelbagai peringkat masyarakat agar suasana bersih dan nyaman di kawasan kediaman malahan kampung halaman dilihat ceria dan bersih.

“Bukan sahaja dilihat ceria dan bersih, tujuan utama gotong royong ini ialah untuk kita menghindarkan gejala penyakit, terutamnya, penyakit denggi, demam malaria dan sebagainya.” ujar beliau ringkas.

Beliau mengambil contoh masyarakat Jepun yang mengutamakan kebersihan sebagai disiplin di dalam kehidupan dan mengharapkan budaya ini juga dicontohi oleh penduduk di sini.

Sebagai wakil rakyat di kawasan ini juga, Dato’ Abd Samad berharap budaya gotong royong mbd dapat  mengeluarkan masyarakat setempat yang bergandingan dengan agensi-agensi terlibat dalam suasana bergotong royong.

Malahan belau turut berhasrat agar program seumpama ini dapat dijadikan sebagai program di peringkat negeri pula.

Tujuannya tidak lain, bahawa suasana yang bersih mampu menghindarkan penyakit malahan ianya memberikan gambaran jelas membudayakan kebersihan ini merupakan satu tanggungjawab sosial secara bersama.

Bersama di gotong royong mbd ini, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Syahrul Nizam Saleh.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]