Kategori Isu Politik Terkini

PRK Pujut Ditetapkan 4 Julai

PUTRAJAYA, 19 Mei : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut akan diadakan pada 4 Julai depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun depan.

PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

 






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]