Kategori Berita Bergambar

Koperasi Disaran Laksana Aktiviti Perniagaan Ikut Kemampuan

REMBAU, 18 MEI – Koperasi disarankan agar melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut kemampuan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-44/2017 Koperasi Kaum Ibu Penajis Rembau Berhad di Balai Raya Kampung Penajis, Rembau, hari ini.

Menurutnya, koperasi tidak perlu menjalankan perniagaan yang belum pernah dilakukan dengan tujuan untuk membesarkan operasi.

Ini kerana tanpa ilmu dan kepakaran yang cukup, jika berlaku sebarang masalah ia sukar diselesaikan dengan baik.

“Banyak syarikat besar berjaya tetapi bila cuba memperkembangkan lagi aktiviti perniagaan yang mereka sendiri tidak faham, mereka menggunakan kepakaran luar dan bila berlaku sesuatu mereka tidak dapat mengatasinya,” ujarnya.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Kota, Dato’ Dr Haji Awaludin Said.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 N9KINI.COM

[ Log in ]