Beliau berkata, penjawat awam tidak boleh melengah-lengahkan soal penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, langkah tersebut selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tahun ini sebagai tahun penyampaian.

“Penjawat awam diingatkan supaya mempertingkatkan daya usaha untuk penyampaian perkhidmatan. Kita tidak boleh lagi menunggu. Kadang-kadang ada projek yang diluluskan tetapi dari segi pelaksanaan berlaku kelewatan sehingga dua tiga bulan.

“Saya telah meminta pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk memantau dari segi pelaksanaan program dan projek kerajaan supaya impak daripadanya sampai kepada rakyat dengan serta-merta seperti yang dihasratkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE