Larian tersebut memulakan jelajahnya yang pertama hari ini dengan memilih Bandar Raya Johor Bahru sebagai destinasi pertama.

Obor yang diterima dalam majlis tersebut dibawa dalam satu larian mengelilingi bandar raya ini sebelum merentas ke daerah Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

Negeri ini menjadi hos terawal siri larian tersebut sebelum disambung ke seluruh negara dan berakhir di negara jiran, Singapura.

Larian Obor KL 2017 bermula hari ini dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos, sementara KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September bagi Sukan Para ASEAN. – UTUSAN ONLINE