8 maut letupan bom di tenggara Turki
HAKKARI, Turki, 21 Ogos : Sebuah bom kereta meletup berhampiran stesen polis di bandar berhampiran sempadan tenggara Turki dan Syria hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.
Rakaman TV dari Gaziantep menunjukkan bas dan kawasan sekitar terbakar dan asap memenuhi ruang udara ketika pihak bomba cuba untuk mengawal kebakaran.
“Malangnya kita kehilangan lapan nyawa dan hampir 60 orang dirawat di beberapa hospital mengikut maklumat awal kami,” kata gabrnor Gaziantep, Erdal Ata, kepada pemberita. – Reuters











