50 emas atau lebih sasaran untuk atlet negeri di SUKMA XV di Pahang

June 20, 2012 by  
Filed under News1

Share |

SEREMBAN, 20 Jun – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar meletakkan sasaran 50 emas atau lebihndi Sukan Malaysia 2012 (SUKMA) bagi kontinjen Negeri Sembilan yang bermula pada 5 Julai – 14 Julai 2012 di Kuantan Pahang.

Beliau berkata ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontinjen dan Pengurus-Pengurus Pasukan ke Sukan Malaysia XV, 2012 Pahang di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban, tengahari tadi.

Sementara kepada pemenang pingat perak dan gangsa pada SUKMA 2011, mereka digalakkan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan pingat emas.

Ini berbeza dengan target yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN), Negeri Sembilan iaitu sebanyak 36 pingat emas sahaja.

Beliau tidak mahu Negeri Sembilan menyertai SUKMA sebagai kontinjen pelengkap, tetapi berusaha dengan sebaik mungkin mencipta rekod dan mencapai keputusan cemerlang di semua acara yang dipertandingkan.

Ketika berucap, beliau turut menyatakan bahawa, “keputusan ini tidak mustahil dicapai oleh atlet yang mewakili negeri kerana yang penting semangat untuk berjaya dan memburu kejuaraan itu lebih utama.

Disamping, setiap atlet yang juga duta kecil bagi Negeri Sembilan, perlu berusaha lebih gigih dan yakin kepada keupayaan diri boleh melakukannya.” Katanya lagi.

Para atlet juga diingatkan agar menjaga disipilin diri di dalam acara masing-masing bagi memburu kejuaraan sehingga berkumandang lagu Negeri Sembilan dan mengibarkan sebanyak mungkin bendera negeri ini di lokasi pertandingan antaranya di Kuantan, Pekan dan Temerloh.

“Sekiranya di SUKMA 2011, Negeri Sembilan berada pada kedudukan tempat ke-4, tahun ini kontinjen perlu berusaha dengan lebih baik lagi dan memperbaiki kedudukan. Namun ianya tidak lari dari kedudukan lima teratas.” Ujar Menteri Besar.

Kerajaan Negeri pastinya akan menghargai setiap kejayaan yang dicapai dan ganjaran akan diberikan kepada mereka di dalam satu majlis meraikan kejayaan.

Negeri Sembilan menghantar seramai 283 atlet yang akan menyertai 22 acara sukan yang dipertandingkan antaranya, sukan Akuatik, terjun anjal dan renang, acara berbasikal, boling padang, olahraga, bola sepak dam Petanque.

MSN turut menghantar atlet di acara wushu, pelayaran, sepak takraw, teakwando, golf, hoki, pencak silat dan memanah.

Begitu juga di dalam acara skuasy, badminton, angkat berat, karate-do, tenpin boling dan tinju.

Acara gimnastik merupakan penyertaan pertama negeri di SUKMA 2012.

Ketua kontinjen Negeri Sembilan diketuai oleh En Fauzee Abd Aziz, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan dan seramai 111 orang pegawai akan menjaga atlet negeri ini di SUKMA 2012.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.