2013 disambut penuh meriah

January 1, 2013 by  
Filed under Berita Nasional

Share |

KUALA LUMPUR, 01 Jan : Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka sempena sambutan Tahun Baru 2013.

Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang semalam, termasuk pelancong asing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.

Pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.

Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.

Perayaan turut disambut di negeri lain.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.