11 mati pertempuran pemberontak Libya dan tentera militia
BENGHAZI, 23 Sept : Pihak berkuasa Libya merampas semula ibu pejabat dan pangkalan tentera militia di sini selepas pemberontak bersenjata menyerang mereka lewat malam tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terkorban dan 70 lagi mengalami kecederaan.
Enam anggota pasukan keselamatan antara yang terbunuh dalam kejadian itu di bandar kedua terbesar Libya selepas kematian Duta Amerika Syarikat, Chris Stevens dan tiga lagi rakyat Amerika Syarikat pada hari ulang tahun serangan 9/11. – AFP












